My 3rd Journey....... (sambungan)

Haaa ada sambungan pulak. hahaha..

Yela hari tu baru intro, kan dah bagitau ada kisah mendebarkan nak dikongsi. Jeng, jeng, jengggggg......

Ok, masa kandungan dah masuk 7w5d, saya pergilah follow up kat klinik untuk scan. Biasanya 7w ke atas baru orang pergi follow up kan. kira janin tu dah nampak sket la dan dah ada heartbeat.

So, macam biasa pergi ke panel ukm dulu. kalau pergi kk lama nak menunggu. 

Sampai je turn bagitau doc detail serba sikit dan scan. Time ni lah scene yang mendebarkan berlaku πŸ˜‚:

Doc : Saya rasa kandungan awak ni macam tak menjadi la...macam blighted ovum. Sac kosong. Kejap-kejap saya cuba lagi.

Saya : Haaa, yeke Dr.? 

Doc : Ok, saya dah nampak ada fetus tapi size tak berkembang dan tak ada heartbeat. Sepatutnya dah ada heartbeat ni.

Saya : Hmmm, okey. Macam mana ye Dr.?

Doc : Macam ni lah, saya bagi refer letter ke hospital, buat checkup dekat sana pulak, biasanya diorang akan buat TVS dulu untuk pastikan betul-betul. TVS lebih tepat sebab scan dari dalam. Nak refer hospital mana? Pergi hari ni jugak ye, pergi ke emergency terus nanti diorang akan refer ke pac/wad bersalin.

Saya : Err, putrajaya la Dr.

Masa doc inform macam tu, saya macam blank kejap. Lepas tu terus contact suami inform. Macam biasalah suami lebih panic dari saya πŸ˜‚πŸ˜‚ Terus dia nak balik bawak pergi hospital. Padahal dah petang sangat masa tu.

Saya iye kan je masa doc suruh pergi hari ni jugak. Tapi bila memikirkan anak-anak siapa nak jaga terus postpone pergi esok je. Lagipun saya tak ada tanda-tanda macam bleeding atau sakit perut. So suami pun setuju pergi esoknya.

Esoknya,

Lepas hantar anak-anak pergi sekolah, bergegaslah kami ke hospital putrajaya. Perghhhh nak cari parking sikit punya payah. Sudahnya parking dekat institut kanser negara dan menapaklah kami ke unit kecemasan hospital. Lepas dah serah refer letter tu di arah ke wad bersalin pulak. Menapak lagi mendaki tangga menuju kejayaan πŸ˜‚

Masuk wad bersalin, di interview dengan midwife pulak. Soalan biasala nak tengok kita ni di tahap kes kritikal ke tidak. So, no bleeding, no abd pain. Maka di tolak lagi ke pusat bersalin berisiko rendah dekat presint 8 tu πŸ˜…

Saya ajak suami breakfast dulu sebab dah lapar kottt. Sekali kena marah pulak dengan suami. Hahaha. Dia pulak yang neves mengalahkan tuan badan. Dia suruh settle dulu benda ni baru pergi makan. Hoiiii lapar kot.

Sampai PBBR terus register. Tunggu la kat bahagian EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit). Kat bahagian ni suami tak dibenarkan masuk. So suami tunggu kat luar jela. Dalam sejam lebih jugak la menunggu sempat melantak mee goreng orang jual kat kiosk sebab tak tahan lapar πŸ˜… Makanan ada jual tapi air tak ada. Jenuh telan air liur je nak bagi hilang haus. Dah la saya ni dalam fasa mual-mual. Lepas makan je mula la rasa tak sedap tekak. 

Sampai je turn, doc ambik detail serba sikit, pasal LMP, sejarah kelahiran anak semua baru proceed untuk check. Mula-mula scan abdomen je, scan dari atas, tak berapa clear. So doc decide buat TVS yakni scan dari vaginal.

Dan confirm tak ada heartbeat. Cumanya size fetus yang di scan semalam tu tak sama yang di scan hari ni.

first scan dekat panel ukm, sepatutnya saiz fetus 7w5d tapi saiz masa scan lebih kecik dari sepatutnya 6w6d beza dekat seminggu jugak la. No heartbeat.


Ni pulak hasil TVS dekat PBBR, saiz fetus ngam 8w, no fit activity jugak. Takde heartbeat la maksudnya.

So doc berulang tanya pasal period. Takut tersalah kira. Tapi saya memang 100% sure la sebab period saya regular dan saya mengamalkan perancangan natural method. Siapa yang merancang natural method wajiblah kenal badan sendiri macam mana ye, baru la tau tempoh subur bila πŸ™Š Alhamdulillah jarak anak saya semua hampir 3y kalau termasuk yang sekarang ni la. Tak tau kena refer doc yang pakar. 

So lepas TVS, doc kata ada dua kemungkinan la. Kemungkinan memang tak jadi atau kemungkinan conceive lambat. Kira 50-50. Doc minta datang lagi dalam tempoh dua minggu untuk repeat scan. 

Sungguh penantian itu satu penyiksaan πŸ˜‚πŸ˜‚ Tak tenang wehh, walaupun dah motivate diri apa pun jadi kena redha. Sampai tido malam pun tak lena. Nak tunggu dua minggu tuuuuu. Lama kot.

Saja nak sedapkan hati sendiri, lepas seminggu dari tarikh kejadian pergi la ke pusat kesihatan ukm pulak. Kali ni dah nekad. Apa pun keputusan dah redha seredha redhanya. haha. Sebab tak nak la ada dua harapan. Antara jadi, tak jadi..Taknak, taknak.

hasil scan lepas seminggu. Doc declare blighted ovum pulak sebab tak nampak fetus langsung tapi sac sangat besar katanya tak macam 9w pregnant. 😭😭 pulak dahhhh, tapi tunjuk la jugak hasil scan yang first dulu. 

Tapi suka doc ni consult sebab best. Hehehe. Saya pun tanya la macam-macam kalau kes macam ni memang saya akan rasa mual semua tu ke? Dia cakap ye, sebab dikira masih lagi pregnant cuma tak ada bayi. Lagi pun saya tak ada tanda-tanda keguguran macam spotting ke, bleeding ke, sakit perut macam senggugut ke. Semua tak ada. Kira hormoh hcg tu masih ada la. Sebab tu rasa simtom mengandung.

Cuma dinasihatkan supaya tak tunggu kantung tu gugur sendiri jela sebab akan mengakibatkan bleeding yang banyak. So dia cadangkan supaya D&C je. Saya tanya la D&C tu bius tak? Hahaha. Takut kot, kalau lepas beranak hari tu pun dijait hidup-hidup. Kahkah. Doc kata sebelum D&C akan dibius dulu. Fuhhh, legaaaa. πŸ˜‚ Dan dinasihatkan untuk rest tiga bulan dulu sebelum conceive lagi πŸ˜† Mujur la sempat lagi nak try tahun depan tambah baby. Hahaha.

Disebabkan kes ni la semua kawan-kawan tau saya mengandung. Haha. Sebab start disahkan blighted ovum atau sebenarnya fetus tak berkembang (tak tau nak refer mana satu sebab dua doc ckp ada fetus, satu doc ckp kosong) la baru share dekat ig. Kalau tak semua tak tau termasuklah family dan adik beradik. Agaknya sebab tu la  Allah gerak kan hati supaya tak share dulu cerita ni kot. 

Keputusannya, inshaAllah next week akan serah diri ke hospital untuk D&C dan tak dapat sambut raya haji sebab berpantang πŸ˜‚πŸ˜‚ Adoii, merasa la pantang time raya. Takpe, time ni la nak rasa jadi queen sebab semua disediakan suami. Hahaha...

Ada yang tanya, tak sedih ke??

Hello, bohong la tak sedih. Saya manusia normal la, of course la sedih. Tapi ada dua anugerah yang Allah dah bagi sebelum ni buat saya rasa bersyukur sangat sebab ada jugak zuriat. InshaAllah, ada rezeki lain nanti. Saya anggap ni ujian kecil dari Allah untuk saya, kenapa saya mesti mengeluh dan bersedih keterlaluan pulak. Orang lain punya ujian lagi hebat tau. Mana tau lepas ni dapat twin girl ke  Allah nak bagi πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ (mohon doakan plsssssss)

InshaAllah, setiap ujian tu ada hikmah & nikmat yang Allah nak bagi kalau kita redha. 

Doakan semuanya berjalan lancar minggu depan πŸ˜‹




My 3rd Journey...........

Sebenarnya tak tahu macam mana nak mula untuk entry ni πŸ˜‚

Sebab nak menaip dan berkongsi pasal cerita ni penuh dengan emosi yang pelbagai. Ada gembira, ada sedih, ada macam berharap, ada juga rasa pasrah dan redha. haha.

Well, i'm pregnant! Almost 9 weeks 😁

Lepas Anas dua tahun memang dah prepare mental dan fizikal pun. Cumanya berharap dapatlah menambah sorang lagi tahun depan bukan tahun ni πŸ˜‚πŸ˜‚ Mengandung tahun ni tapi keluar tahun depan pun okey.

Dah kenapa pulak kan? Kalau Allah nak bagi lahir tahun ni jugak keluar tak kan nak tolak??

Rileks, dont get me wrong bebehhh. Baca dulu penjelasan saya. Haha.

Sebagai manusia tak salah kita merancang. Merancang untuk kebaikan. Tapi sehebat mana pun rancangan manusia tak kan dapat menandingi kehebatan perancangan Allah.

Anas masih dalam fasa weaning off. Masih belum berjaya! Ye, mungkin ada yang cakap, apa salahnya mengandung lagi dan teruskan penyusuan. Betul..Tapi bergantung pada tahap ketahanan badan masing-masing. We are different. Jangan sama kan si polan dengan si polan. Jangan! Hormatilah pandangan dan keputusan masing-masing.

Fasa kali ketiga pregnant ni sangat, sangat lain dari dua yang sebelum ni.

Mungkin faktor usia yang makin meningkat kot πŸ˜‚Ditambah dengan dua hero yang tengah aktif membesar, suami yang semakin busy outstation. Penat tu tak tergambar dengan kata-kata. Saya pun manusia biasa, kadang-kadang termengeluh tanpa sengaja.

Mungkin jugak keadaan tempat kerja dan bebanan kerja sekarang. Rasanya kalau setiausaha lain duduk dekat tempat saya ni mau isi borang tukar. Tempat saya tak ada pembantu operasi macam department lain. Semua kerja baik dari hantar surat/dokumen luar, prepare & kemas bilik mesyuarat sampailah ke kerja hakiki kena buat sendiri. Sedih, kadang-kadang stress πŸ˜… selalunya kawan baik saya kat sini yang akan jadi mangsa terpaksa pinjamkan telinga dengar keluh kesah saya ni. Thanks D'

Pregnant sebelum ni langsung tak ada morning sickness, alahan apa-apa la. Bahagia je rasa menikmati pelbagai juadah lauk pauk beraneka macam.

Kali ni berbeza pulak. Kerap rasa mual lepas makan. Air liur sendiri rasa pahit, gula-gula mint sebagai penyelamat. Lesu, bau perfume, sabun basuh baju, sabun mandi, berus gigi semua rasa memualkan. Mual jela tapi langsung tak muntah. Syukur jugak la, kalau tak dengan nak menyusukan anas lagi confirm tak tertanggung rasanya. Ini pun dah kerap berlaku drama air mata sebab saya berkeras tak bagi anas menyusu. Sungguh rasa tak berdaya sangat.. Bila orang tanya takde morning sickness ke? Saya jawab tak, sebab tak nak melayan sangat asyik fikir mual je.

Actly, saya dapat tahu saya pregnant sebelum due period untuk bulan tu lagi. Rasa badan ni lain macam sangat. Dan instict! Empat hari sebelum tarikh period yang sepatutnya saya pergi beli 2 upt dekat farmasi. Masa tu suami outstation. Balik kerja terus test. Dan hasilnya positif. Macam tak puas hati jugak, pagi esoknya test lagi. hasilnya tetap sama πŸ˜‚

Tapi saya tak bagitau suami dulu. Bila dah lepas tarikh period yang sepatutnya, lewat dalam empat hari macam tu baru saya acah-acah suami ajak pergi beli upt. Masa tu suami tengah berkemas nak outstation lagi 😁 Itu yang decide nak inform. Lagipun dia memang akan selalu je tanya dah period ke bulan ni? Concern betul. Tapi kan sebenarnya dia yang lebih excited nak tau kalau period saya lambat walaupun sehari. Over sangatt πŸ˜‚

So lepas keluar lunch pergi la singgah farmasi kejap. Dia suruh beli yang mahal punya upt tu, clear blue. Tapi tak koser la nak beli mahal-mahal. beli yang lima ringgit sudahhh. Sebab nanti ke tong sampah jugak benda tu. Haha. So balik je rumah terus buat test, padahal dah tau..πŸ˜† hebat cheq berlakon masa tunjuk result. hahaha.. respond suami, sengih jela macam kerang. haha.

Hasil pengiraan sendiri masa tu baru 4w+/- macam tu. Saya decide tak buat confirmation kat klinik pun. Ambik asid folic je. Lagipun awal lagi nak detect heartbeat baby, tak nampak apa pun. Tunggulah 8w+ nanti ke.

Pregnant kali ni memang ramai tak tau. Termasuk ahli keluarga sendiri, adik beradik. Entahlahhh, rasa macam tak ada mood nak cerita. Termasuklah dalam blog ni.

Tapi hari ni tergerak hati nak cerita. Dan sebenarnya ada kisah mendebarkan nak di kongsi. Tapi tunggulah. Bila tiba masa yang sesuai nanti. Sekarang ni nak enjoy dulu hari-hari yang mendatang 😊





No Offence

😏😏

Finally, Friyeayyy!

Ya Allah, tak sabarnya nak selesaikan semua kerja hari ni. Next week tinggal rehearsal, lepas tu event, lepas tu lega la sikit walaupun masih ada kerja-kerja lain yang pending. 

Kerja-kerja admin yang nak diselesaikan dengan aman dan tenteram. Bukan macam dua minggu lepas yang haru biru! πŸ˜‚ menggugat emosi betul. 

Esok dapatlah bercuti dengan tenteram. Ke mane kite?? Cutilahhhh, nak rehattttt!

Sebenarnya dalam beberapa minggu ni tak ada mood nak berblogging sangat 😁 kalau update pun mungkin #magnificentjumaat jelah yang tak perlu nak menaip panjang-panjang sebab copy and paste sahaja..

Ada cerita gembira nak di karang untuk tatapan sendiri di masa depan. tapiii tu lah, sekarang ni mood menaip tak berapa nak bekerjasama sangat. πŸ˜… Di tambah dengan kerja-kerja yang menimbun ni. Memang harapanlahhhhh nak membebel panjang-panjang dalam blog.