Magnificent Jumaat #6

Jom kongsi ilmu.. 📚
Drp Radio IKIM
Ustaz Pahrol kupas tentang isu LALAI...🤔

Mak aiii.  Macam kena lempang rasanya.
Mula-mula Ustaz kongsi tanda-tanda lalai.  

Antaranya:
1. Kurang membaca Al-Quran
2. Kurang berzikir
3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
4.  Banyak membuang masa; untuk hiburan
5.  Kurang atau malas berdoa.  Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6.  Memanjang sibuk dengan urusan dunia; mudah stress
7.  Cara hidupnya menyerupai musuh Islam
8.  Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram


Ada juga Ustaz sebut; jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al-Quran. 
Pesannya, beli Al-Quran guna duit sendiri. 

Pilih ikut citarasa kita.  Cakap dengan Al-Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia. 

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat lalai:
1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca al-quran
2. 'Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama
3.Hilang fokus dalam hidup
4.Mudah lesu dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada.

Sebab-sebab lalai:
1. Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman
2. Berkawan dengan orang-orang yang lalai
3.Berada dalam persekitaran 'rosak' (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
4. Tidak berzikir
5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )

Cara-cara untuk atasi:
1.Cari sahabat yang baik
2.Hadiri majlis ilmu
3.Bagun mlm dan solat
4.Banykkan zikir
5.Rajin baca al-quran
6.Bersangka baik dgn org lain.


Bersambung lagi minggu depan, Insya Allah...😊

Pesan tukang catit :
Share lah andai bermanfaat...😘🌹🌹

#jentikjiwa #selfreminder