Kerjaaaa Dong!

Start naik cuti raya, ambik mood dalam beberapa hari nak buat kerja. Lepas dah dapat mood tu terus bertali arus kerja NON STOP 😫

Unit saya ni sayalah satu-satunya staf yang incharge. Baik dari kerja hakiki sebagai setiausaha, uruskan intern student sampailah jadi runner 😂

Bila bagitau colleague, jadi runner mesti diorang tanya "habiss tu kau claim tak?"

Dah tentulah claimmmmm, apa ingat duit minyak, tol tu bayaq pakai ayaq liur kaaa??

Persoalannya bukan sebab claim ke tidokk, tapi kerja yang tak mengikut skop kerja cheq yang sebetulnya..😪

Bila penat sangat tu rasa nak menangis pun ada weii. Tapi selalunya kalau dah tak daya nak buat, saya jadi macam ni laa. Menaip blog ke, lantak pi kerja tu dulu yang penting TAK STRESS! haha. Kalau deadline yang dekat sangat tu memang tak laaa nak pandang sebelah mata, lengah-lengahkan dulu kerja tu. Karang bukan tahap stress je, mau meroyan dibuatnya.

Balik rumah mengadu dengan suami,

"yang, kita penatlah hari ni kerjaa..blablablabla rasa nak pengsan, blablabla, macam nak cuti je esok, blablabla....nak berenti kerjalahh jaga anak je, blablablabla...." 

Lepas tu jawapan suami selalu tak mendorong ke arah menaikkan semangat 😂

"kalau penat tak payah la masak hari ni, biar kita masak / jom makan kat luar je..." 😳


HAHA..bertabahlah dahku. Kontra wehh cara kerja saya dengan suami, ibarat langit dengan bumi.

Suami saya sangattttttt workaholic! Jaranglah dengar dia merungut pasal kerja, kecuali kalau orang buat kerja tak betul atau tak ikut prosedur. Telefon pulak sampai ke weekend tak pernah senyap sebab ada setengah negeri yang kerja on weekend kan.

Kalau ikutkan tempoh kitorang berkhidmat lebih kurang je. Suami dah dua kali dapat APC sepanjang dia bekerja dan sekali sebagai pekerja cemerlang bulanan. 😂 Saya?? Saya cemerlang dihati suami dah la..hahahaha.

#proudwifey bulan depan naik pentas ambik APC pulak. Alhamdulillah, he deserve it!




Beberapa minggu ni memang akan busy. Sebab dapat task baru yang tak pernah saya uruskan sepanjang bekerja. Takpela ambik sebagai cabaran dan ilmu baru. 💪💪 Belum pernah lagi uruskan event yang melibatkan protokol. Mampukah?? Doakan saya berjaya! #prayforqila