Hobi Baru

Sekarang ni tengah kemaruk gila-gila dengan hobi baru. Hobi apa??

MENJAHIT 😂

Iyeeee, hobi baru saya sekarang menjahit. Rupa-rupanya seronok jugak menjahit ni ek, nyesal betul tak belajar dari awal. 

Seronok dapat buat baju sendiri. Puas hati dapat pakai hasil tangan sendiri. kihkih. 

Jumaat lepas, sempat la siapkan sehelai blouse nak pakai pergi open house kekdahnya. Haha. Kemain kan, mentang-mentang dah boleh jahit nak pergi majlis semua nak yang baru sajee 😂 Alaa baru belajar ni jahit yang simple je dulu, yang fesyen-fesyen belum khatam lagi.

Actly ada dua orang cikgu yang ajar. Officemate saya, Kak Nor dengan Kak Ngah saya sendiri yang ajar. Free of charge! Untuk saya je laaa, haha. Request je nak belajar modul baju pattern apa. Untung kat situ la, sebab tak payah keluar yuran pegi belajar. Yang penting minat katanya. Harap-harap bukan hangat-hangat taik ayam la 😜

video
ni masa dua hari sebelum raya, dapat pelepasan balik awal. Singgah la rumah kak ngah. Masa tu dia tengah jahit langsir. Sekali terjebak menjahit baju sendiri. Dapatlah sepasang baju raya lagi. Pakai masa raya kedua. hehe~

Bila dah berjaya siapkan dan puas hati dengan hasil sendiri, tu yang terus jadi kemaruk gila nak menjahit. 




Kain ni lebihan kain MIL saya bagi buat baju raya tahun lepas. Ada balance dua setengah meter lagi. Terfikir nak buat blouse. Nak potong terus atas kain memang tak berapa nak confident lagi. So buat dulu pola. Macam saya suka lebihkan inci dari ukuran asal sendiri. Sebab tak berapa selesa pakai ngam-ngam lagipun kalau badan mengembang sikit still boleh pakai. Kecuali ukuran bahu. Original size 14". 

Belajar buat pola ni dah banyak kali dah, tapi masa tu minat belum mendalam lagi dalam dunia jahitan ni, ecehhh. So ilmu tu hilang dibawa arus kelalaian jela. haha. Mungkin faktor usia membuatkan saya lebih serius sekarang! Ini betol-betol bukan cobaan! 😂😂


video

Jenis baju yang simple tak susah pun nak jahit, berapa jam je boleh siap. Kalau baru belajar macam saya ni makan masa setengah hari jugak la, nak jahit zip sorok kang tak berapa nak tersorok zip dia, kena bukak balik/tindih balik jahitannya 😛 Mujur lah dapat cikgu yang bertabah mengajar anak murid. 

Setakat ni rumah saya memang tak ada mesin jahit. Semua kerja-kerja menjahit saya buat kat rumah kak ngah je. Lagi-lagi kalau hari jumaat, waktu rehat panjang, saya pun panjang langkah la ke rumah dia. Panjang langkah cari ilmu tak pe kannn. hihi.


siap sehelai blouse untuk pergi open house 😂


#ootd dari tepi jelah, tunggu bhai carpet ambik kan carpet yang di ingini. #ootd full eksklusif untuk tontonan ig je, hahaha. bajet sangattt 😝 #adayangmemerati #peminatbarangkali #sisperasanje #kasichancelahhh

Hobi baru ni bertambah-tambah semangat nak teruskan bila ada yang menyokong.

Sebab asyik tengok isteri cerita perihal dunia jahitan dan angan-angan si isteri nak menjahit langsir lah, jahit baju anak-anak lah. Maka semalam suami ajak survey sebuah mesin jahit 😂 Walaupun perkataan "survey" dulu la, tetap membuat isteri bersemangat. Haha.

Kelmarin dapat hadiah carpet, pun dah bahagia macam dapat emas selautan. hahaha. 

Mesin jahit ni memang kena survey dulu, tanya pada yang pakar. Bolehlah start menabung dah. Ada few model dan brand yang dah berkenan dihati. 


p/s : kerja part time sekarang ni, jadi assistant pada kak ngah untuk semua tempahan baju. bolehlah kot kumpul modal. Ada siapa yang berminat ke dengan custom made?? #testmarket