Eid 2017

Assalamualaikum...

Walaupun dah masuk 10 Syawal, belum terlambat lagi kan nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal 'Aidin Wal Faizin.

Masih mood raya lagi ke dah mood bekerja?

Saya tengah seru mood bekerja ni. Lama sangat cuti jadi liat sikit nak mula..

Seronok cuti panjang..tapi seronok lagi cuti bersalin, ehh 😁 #prayforme

Tahun ni turn beraya sebelah suami dulu. Jadi macam biasalah banyak #teamraya .

#teamrayakualalumpur
Pagi raya baru gerak balik ke Wangsa Maju. Putrajaya-Wangsa Maju tak sempat nak feeling 'perjalanan jauh tak ku rasa kerna hati ku melonjak sama....' 😂 dekat bebenor. Plan asalnya nak bermalam kat rumah mama dengan ayah tapi last minit suami cakap balik pagi raya pulak. Tak merasa la suasana persiapan raya. Mana tau kot-kot mama nak suruh masak rendang ke, cheq dah hebat masak rendang. Masak kari?? Alahhh petik jari je #gigihbelajar 🙊 tapi jangan suruh anyam ketupat, takut nanti jadi tikar pulak #cheqbelumkhatamanyamketupat

First raya tu tak kemana pun, spent time dengan family, makan, sembang, makan, sembang, terbongkang, 😁 bergambar pun tak sempat. Gigih lahh dahku pikul dslr, tripod, gopro, monopod. Sudahnya satu gambar pun tak ambik. Ada la dua tiga ketul gambar dari handphone je. Kira tak de gambar yang proper lah 😓 Mula-mula nak stay rumah mama ayah sampai malam, konon nyaaa lah. Nak tunggu adik dia habis kerja, sesi bermaafan dengan adiknya dan sesi menyerahkan duit raya untuk anak buah. Tau jela suami dahku itu, berubah-ubah pendiriannya. Lepas zohor, lepak-lepak kejap lepastu dia terus ajak gerak ke sendayan pulak #rumahmakkiteww


#teamrayanismilan
sepatutnya raya kedua baru balik ke sendayan. tapi memandangkan dah plan raya kedua tu nak ke muar, nak ke melaka itu yang tukar plan raya pertama dengan both side. Kalau banyak sangat tempat nak pergi raya kedua tu memang tak sempatlahh. Padahal pagi raya tu dah call emak bagtau balik raya kedua, suruh simpankan ketupat, lodeh, sambal tumis, sate goreng segala. hahaha. Mak pun dengan semangatnya frozenkan bahagian anak kesayangan beliau ni #ilebiumak. Dah sampai guard house depan rumah mak, baru call cakap nak balik raya sana. 🙊

Sampai pun dah petang, tak sempat nak jumpa abang saya. Ohh tahun ni semua raya dengan emak kecuali saya dengan kak ngah #turnmertua . Tapi abang saya pun biasanya raya pertama dengan both side, family sendiri dan family mertua. Kekdahnya mertua dia pun orang selayang je. Jodoh dekat-dekat belaka.

Tahun ni mak tak balik tangkak. So masing-masing gerak sendiri jela tanpa mak. Abang dengan adik perempuan saya balik ke Kuala Kangsar raya kedua, kampung arwah ayah. Dua orang adik lelaki pulak raya keempat dah start kerja. Kak ngah pulak sampai raya keempat dekat Kuala Selangor, raya kelima baru balik beraya dengan mak. Saya pulak dah plan nak stay melaka sampai raya kelima 😂

Alhamdulillah dapat jugak spent time dengan mak raya pertama tu. Lepas maghrib balik ke putrajaya balik. Baru nak packing kain baju balik kampung.


#teamrayamelaka
memang dah agak dah traffic raya kedua macam siput. Tersengguk-sengguk kereta, meter pun tak lebih 40kmj. Keluar je dari tol bangi terus stuck 😅 Gerak dalam pukul 10 pagi, singgah breakfast dulu area bangi, dekat pukul 5 baru sampai muar. Nak berhenti r&r memang tak boleh, jem kot. Sudahnya niat jamak jelah. Muar ni rumah kawan kitorang, saja datang beraya. Mak suruh singgah tangkak, rumah sedara mara tapi memandangkan dah petang sangat memang tak pergilah 🙈 dalam sejam dekat muar terus gerak ke melaka pulak.

Lagi pun ayah mertua dah banyak kali call, risau kitorang tak sampai-sampai lagi gamaknya, padahal gerak pagi. haha. Muar-Melaka tak jauh pun. Cadangnya sampai melaka nak cari hotel dulu. Macam biasa lah time raya ni rumah full, siapa balik lambat pandai-pandailah cari tempat nak tido 😂 Tahun ni suami tak booking hotel awal-awal, ambik risiko nak walk in aje katanyaaa 😕 cehh!

Masuk je area klebang (tempat hotel biasa kitorang duduk) ayah call bagitau tak payah book hotel, ada bilik kosong kat kampung. Fuhh jimat bajet hotel patharitigamalam. hahaha.. Jadi bermalam lah kami di rumah awe (nenek kepada suami sebelah ayah). Awe pun dah tak berapa kuat sangat, tapi gigih jugak la dia duduk nak bersembang. Seronok tengok cucu cicit balik ramai-ramai.

Beraya kat melaka pun kitorang gerak sendiri je pergi rumah sedara mara. Ada yang sempat pergi dengan mama, mana yang tak sempat kitorang pergi sendiri je. Mama pun kena balik kl awal sebab jaga anak orang, mana yang parents tak dapat cuti lama tu hari Rabu dah start hantar. Takpelah, asalkan dapat jugak beraya.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Persiapan Raya;

Semua baju beli ready made je. Tahun ni sepatutnya tema mint green tapi susah pulak nak cari warna dan saiz untuk anak-anak. Kitorang start cari baju anak-anak minggu kedua puasa. Pusing area bangi sampai ke kajang mencari baju. Non hadoo warna yang di kehendaki. Nak ke KL memang mintak mahaplahh, tak kuasa nak pening-pening cari baju. Kalau tak de, kita tukar plan jelah warna lain. Last-last dapatlah baju yang ada saiz untuk kedua-dua anak bujang, warna je lain. It's okey 😘

Baju casual anak-anak sebelum puasa dah selesai. Masa padini sales hari tu dapatlah rembat baju diorang. Tak banyak, dapatlah 3 persalinan sorang. Jadilahhh. Makpak kau bukan jutawan!

Siap baju anak-anak, misi mencari baju si ayah pulak. Yang ni rasa nak meninggal mencari! Konon nak cari warna yang lebih kurang dengan anak, kira lain sikit takpe janji matching. Tapiiiii, pfttttt!

Malas nak cerita banyak. Teori orang lelaki kalau shopping doplohminit tu memanglahhh tak boleh pakai hokey! Misi mencari baju suami aje makan masa 4 hari. Bukan 4 jam tau, 4 hari di ulangi 😭😭 Nasiblah hari ke empat tu jumpa jugak. Wuuuwuuu..

Selesai part suami dan anak-anak, barulah turn saya pulak. Kalau ikutkan nak pegi sendiri je shopping. Tapi suami offer nak belanja baju raya, tudung raya, kasut raya, handbag raya, maka i angkutlah sekali banker i tu. Hahahaha. 💸 Itu offline punya shopping, yang online dia tak tau 🙈 Rambang mata cheq dok mengadap zalora punya website.

ini jela gambar raya kami sekeluarga tahun ni, jenuh tau mak pikul dslr. last-last gambar handphone jugak dapat ambik seisi keluarga. 💆





on the way nak ke sendayan. Mujur raya pertama tu traffic clear. Orang belum start keluar jalan raya lagi kott 😁


Raya kedua, putrajaya-muar-melaka. Sendu muka suami menghadap traffic slow. Anak-anak tido kat belakang, kasi chance mak nak selpie. By the way, baju raya kedua ni saya jahit sendiri, sehari sebelum raya. Kain sponsor MIL masa raya tahun lepas, lepas setahun baru siap jadi baju. haha. For the first time di usia 31 tahun, hahahaha. Achievement unlocked 😂 Alaa, baju kurung moden je, #ootd kat instagram. Next target, jait baju suami dan anak-anak #prayforme. Walaupun jem, panas, berlemuih yang penting kulit i maintain glowing okey. Rahsianya 1 minute miracle foundation jeee #1mmf #sayapakai #sayajual. Boleh usha instagram @kaelabeauty.co . Sempattt promote, hahaha 😂

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Stay melaka 4hari, cadangnya nak bawak anak-anak berjalan ke A'famosa Resort dengan Melaka Wonderland. Tapi memikirkan cuti umum ni, confirmlah penuh dengan umat manusia. So kitorang postpone niat tu dilain masa. Jalan tempat biasa jelah ye anak-anak. Setiap kali balik kampung, tempat tu lah yang tak pernah missed 😂

anak bujang kita dah pandai ambik kan gambar. Hmm lepas ni makin galak lah mak kau bergambar 🙈

OP - by AmmarZahin, untuk tempahan sila hubungi mak dia 💕




tak dapat terjun dalam air, berenang-renang ditepian pantai pun jadilah. Seronok berguling atas pasir 💆💆 Takpe, setahun sekali.





seminggu duduk kampung, tak taulah berapa kilo bertambah. Belum timbang lagi. So tak tau berapa berat pasca raya. Last hari tu 45kg. Hopefully naik 4kg lagi 😁 Tempat wajib pegi, barkat roti john. Menu wajib order, roti john sardin dengan ayam golek. Bergolek-golek dalam perutku. Mee Besen Ori, first time try. Not bad. Boleh pergi lagi nanti. Portion mee besen saiz S banyak macam makan 4-5 orang. Sudahnya lakibini macam ular sawa lepas paksa diri menghabiskan! 


hadiah raya, macam mana entah tido sampai jatuh katil. Sudahnya lebam tang kening, hidung dengan pipi. Siann baby mak ni 😅

Tiap kali balik kampung, suka sangat breakfast kat luar. Sebab feel makan kat kedai kopi kampung ni lain sikit. Selera jadi luar biasa sikit, haha, lepas tu lepak tepi pantai sampai matahari terpacak atas kepala. 





Sebelum pulang ke pangkal jalan, ajaklah suami singgah freeport A'famosa kejap dengan alasan nak mencari seluar jean 😂 Entah 'jean' apa yang merasuk, semuanya tak berkenan dihati. Haha. 


Maka tamatlah percutian raya kami. 







p/s : ada beberapa kejadian yang buat kami ralat, terkilan dan berdosa sangat raya tahun ni. Next entry, hopefully dapat jadi pengajaran pd diri sendiri di masa akan datang. 😔