Depa Kata

Sejak entry hari raya hari tu saya perasan kekerapan kehadiran sorang visitor yang dulu dok selalu nasihat supaya jauhilah "spying".

Cheq pon dah mintak maaf lah sebelum ni, salah silap sebab perangai #badmouthing #backbiting #spying dan #stalker cheq yang telah melampaui batas tu.

Betol. Bila dah sedar kesilapan kita, mintak maaflah. Tak rugi pon. Kemudian pilihlah jalan bahagia masing-masing.

Lepas mintak maaf kita move on lah. Cakap yang baik-baik. Ingatkan habih dahhh. Tapi awat depa dok spying lagi nih??

Dok kata kita lagu tu dulu tapi tak #practicewhattheypreach . awatnyaaa??

Bak kata depa dululah account ig cheq ni dalam highest ranking visitor di ig nya. Dan dah tentu sekarang bukan lagi highest kan, kan. 

Dah tu yang depa dok highest ranking dalam traffic blog kita ni nak kata apa?? 

Cheq cakap lelebih kang cheq jugak di label mulut jahat, hati busuk, muka hitam, buruk sangka, insecure, tak move on, cakap tak serupa bikin dan segala yang buruk-buruk ja lahh 😂

Bulan baik, hari baik. Redho ja lah orang nak spying ke hapa. Kalau tak redho baik cheq private je macam ritu.

Jadi cheq malas la nak cakap apa. Mungkin depa berminat nak tau perkembangan kita yang tak seberapa ni kot atau suka dengan cerita-cerita kita atau nak mengenali dengan lebih mendalam. ehh banyak sangat atau. Lantak pi sana depa nak dok highest ranking traffic blog cheq ka apa. Selagi tak melampaui batas cheq alu-alukan dengan hamparan karpet merah 😁

Dengan ucapan, "WELCOME TO MY BLOG & HAPPY READING"



p/s : 💆💆💆 pening nak lukis pola baju ni....