WQIC : Wajib ada masa puasa!

Terasa lama pulak tak update, padahal tak sampai seminggu pun 😁😁

Ingatkan bulan Mei ni bulan bersenang lenang dari segala workload. Rupanya tidak! Alhamdulillah walaupun sibuk, Allah berikan kesihatan yang baik untuk mengurus semuanya dengan lancar 💕 Mudah-mudahan bulan Ramadhan ni tetap kekal bertenaga 💪

Beberapa hari dah nak puasa ni, dah plan ke menu berbuka? kihkih. Biasalah mak-mak, tiap kali tu mesti pening fikir nak masak apa. Jangan kata bulan puasa je, bulan tak puasa pun sebelum balik kerja dah terfikir.

Tapi macam saya bulan puasa selalunya tak lalu sangat nak makan 🙊🙊 Bangun sahur tu wajiblah sebab dah terbiasa dari kecik, lagipun sampai sekarang masih menyusukan Anas 💪 iyee, budak kecik tu dah nak masuk dua tahun dua bulan pun, masih belum berjaya lagi omi nak wean off dia. Tak apalah, selagi ada rezeki dia.





Dua jenis sambal ni wajib ada masa bulan puasa. Sambal hijau dengan sambal kering pedas piauuuuuu 😂. Wajib ada stok! Kalau stok habis kemurunganlah jawabnya. Sebabnya ini je yang mampu telan masa sahur. Bangun goreng telur je. Hahaha. Yang sebenarnya malas nak masak pepagi buta pun iye jugak.

Sambal ni pun jenis tahan lama dan senang nak buat. 

So, apa korang punya menu WAJIB ada bulan puasa?