Time Management

Bulan Ramadhan bukan sekadar bulan kita menahan lapar dahaga.

Dalam bulan Ramadhan jugak sebenarnya saya rasa cemerlang dalam bab pengurusan masa 😂 Nampak nau sebelum ni gagal kannn. Haha.

Kalau bukan bulan ramadhan, selagi tak dengar azan subuh dari speaker surau berhampiran selagi tu lah tak celik mata. Dah dengar azan bukan terus bangun, duduk terpisat-pisat lagi bijik mata ni tak mau bukak. Lepas tu mulalah kelam kabut siap diri sendiri, siapkan anak-anak, solat pun kadang-kadang tergesa-gesa. Mujur suami pandai siap diri sendiri 😆

Masuk je bulan Ramadhan semuanya terasa smooth je.

Tenang. 😊

Bangun pukul 5 siapkan sahur. Kami jenis yang simple je makan, sempatlah. Tak tau la lepas ni kalau anak-anak dah besar, mungkin kena bangun awal lagi nak prepare sahur seisi keluarga 😂

Lepas sahur sempat kemas-kemas dapur, siapkan beg anak-anak, iron baju (selalunya suami yang tolong iron kan). Mandi, solat dengan tenang. Lepas tu siapkan anak-anak pulak, by 7 semua dah ready.

Takde termengah-mengah, terpekik suruh ammar mandi cepat!

Tak rushing!


Alhamdulillah, anas pun kurang tantrum beberapa hari ni. Sebelum ni makin besar makin susah pulak nak kejut dia bangun mandi, dulu senang je. Tapi beberapa hari ni dia pun bangun sahur jugak, so lagi senang kerja tak payah kejut-kejut 😁

Keluar rumah pukul 7.15, hantar anak-anak ke kinder dan taska. Sampai office pukul 8, walaupun masuk 8.30..Mungkin sebab cuti sekolah dua minggu ni traffic lancar je dapatlah sampai office awal. Ada hikmahnya sampai awal, Allah bagi peluang suruh buat sunat dhuha dulu, dapat 2 rakaat pun kira ok la, kan? masih belajar.

Betul la mak kata, BANGUN AWAL! BANGUN AWAL! Bila bangun awal semuanya akan jadi smooth je. Hati senang, dada lapang.

Balik kerja sharp pukul 5pm. Tak boleh nak lambat seminit dua, confirm nak keluar gate ukm tu bersusun-susun kereta.

Sampai rumah dekat pukul 6 terus bersilat dengan senduk dan kuali. Syukur sangat-sangat, anas tak meragam nak menyusu lepas balik taska. Sempatlah masak untuk berbuka. At 7pm semua dah terhidang atas meja. Puas hati 💕

Lepas tu barulah bersihkan diri pulak sementara tunggu nak berbuka.

Waktu petang tu memang penat sikit lah, tapi berbaloi bila dapat selesaikan semua dalam masa yang singkat.

Harap-harap lepas ramadhan nanti pun tetaplah diriku begitu juga 😂



------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Nota kaki : Allah judges you by your intention, Allah knows your heart. Let them judge, just be kind to others 😘