Sambutan Hari Jadi Anas

Alhamdulillah, lepas jugak niat omi dengan papa nak buat simple celebration birthday Anas dengan kawan-kawan dekat school. Walaupon lewat sebulan 😂 tak apalah yang penting seronok. kan.

Memang sebelum ni pun dari Ammar Zahin celebrate dekat school je, tak pernah buat kat rumah kekdahnya. Sebab kawan-kawan diorang semua dari sana. So senang, tak payah nak jemput-jemput. Hahaha..

Omi pun tak penat, siapkan apa yang patut je, yang lain semua teachers uruskan termasuklah deko. kihkih. Thank u teachers, jasa mu di kenang 😘

Paling penting, anak-anak seronok.

Tadi pun lari sekejap ambik Ammar dekat school dia, mintak permission teacher nak bawak ammar keluar. Kira tuang kelas kejap la dalam dua jam sebab nak celebrate birthday adik. 

Tapi papa diorang tak dapat nak join sebab baru hari ni dia kena masuk office lepas dua minggu outstation. It's ok la, faham, bila dah lama tak masuk office dah tentu la banyak kerja pending. Don't worry papa, anak-anak enjoy! Lagipun hari ni hari jumaat, nanti nak rushing pergi solat lagi.

Ermm, Ammar Zahin dah request dah ni, birthday dia nak kek ultraman katanya. 😂😂 iye la abang, untuk anak-anak Omi, inshaAllah akan diusahakan. 💪💪








video
😘😘