Rezeki

Kesenangan tidak datang bergolek tanpa usaha, doa dan tawakal.

Rezeki tu datang dalam macam-macam bentuk.

Sihat itu rezeki. Anak itu rezeki. Kerjaya itu rezeki. Keluarga itu rezeki. Segala-gala yang di kurniakan itu rezeki. Bukan dalam bentuk wang dan harta benda semata-mata.

Sesungguhnya rezeki itu datang daripada Allah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada orang dalam berniaga takut akan persaingan secara sihat. Seolah-olah tidak yakin setiap rezeki tu dah ditentukan oleh Allah dengan usaha, doa dan tawakal diri kita sendiri.

Kenapa mesti takut? Kenapa mesti ada rasa iri dalam hati? Kenapa mesti marah?

Sebab tak yakin segalanya dari Allah kan??

Sebab tu dalam zaman serba canggih, moden dan maju pun masih ada lagi yang buat segala macam bentuk khurafat, mensyirik kan Allah. Nauzubillahiminzalik 😔 (terbaca satu kes yang viral di fb baru-baru ni)

Tak perlu cemburu! Kita di kurniakan akal untuk berfikir. Tapi kalau kita tercongok asyik nak mendengki je, tak ke mana pun hidup tuuu.  

Be wise.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Manusia yang tak yakin dengan Allah je yang suka melihat kejatuhan orang lain. Please dong!

Kalau belum cukup usaha, USAHA!

Kalau belum cukup doa, DOA!

Kadang-kadang, sebab tak menjaga silaturahim jugak salah satu punca rezeki susah nak masuk. Asyik nak menghamburkan kata-kata nista seolah-olah diri kita sempurna. Mungkin kita memanggil dan mengejek-ngejek orang dengan kata-kata kesat #b****h #b****a #b***h #s**l . Siapa tahu di mata Allah dia lebih mulia dari si pemanggil itu. Jadi, berhati-hatilah bila berkata-kata.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Well, suka saya ingatkan 😄 my posts don't make pious. Sekadar reminder untuk saya sendiri. Kena noted takut ada yang menyampah pulak bila membaca. Saya juga manusia biasa yang tak lepas dari membuat dosa dan sentiasa mengharap keampunan dari Allah.


--------------------------------------------------------------------------------------------------


sorry if u think this is kind a show off picture. saya cuma nak bagitau anything is possible. Selagi kita berusaha, inshaAllah akan ada jalan. Tak kira lah berniaga nasi lemak ke, jual kuih raya atau jadi dropship sesuatu produk. Niatkanlah sesuatu yang baik. Nak tolong suami contohnya. 

Saya pegang kata-kata seseorang yang pernah menghina supaya saya "mengira poket sendiri". No heart feeling. Jadikan sebagai semangat! And, I "count it" now 😏 walaupun sikit, tetap rezeki. Yang penting work hard, it will pay off later. Sabarrrrr 😀

Itu yang keluar macam-macam hashtag 😂 sebab nak motivate diri! Motivate jela, dahulukan mana yang lebih utama. #travellingfeet tu lain tahun sis coba lagi. 

Alhamdulillah dapat tukar tayar kereta semalam hasil ikat perut. haha. Yela bukan ado-ado tak kan nak berlagak macam ado-ado. Dan sekurang-kurangnya saya tak "meminta bantuan" orang tau nak tukar tayar kereta.. 😂😂 hello! excuse me ✋

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Semoga kita semua di murahkan rezeki hendaknya. Usaha, doa, tawakal 💪 We can do it!!