Ramadhan & Penyusuan #tahunke5

Tahun ke lima masih lagi berpuasa sebagai 'breastfeeding mom'.

Bezanya tahun ni, masih dalam proses bercerai susu dengan si anas (weaning off). Dah stop pump di ofis, dah stop bekalkan ebm di taska 😂

Tidaklah rasa mencabar sangat seperti tahun-tahun sebelumnya.

Ohh itu kalau weekdays sahaja. Kalau weekend terasa nak 'merangkak mencari air' jugak bila dah pukul 12 noon onwards. haha.

First  dan second day ramadhan jatuh hujung minggu, menggigil jugaklah kepala lutut menahan haussss 😅

Weekdays, alhamdulillah boleh tarik nafas lega jugaklah sebab tak perlu directfeed hampir setiap jam! #pengsann

Kalau dulu paksa diri untuk makan berat masa sahur, minum air bergelen-gelen lepas berbuka. Walaupun tak lalu, terpaksa gagahkan jugak untuk makan.

Sekarang ni dah tak risau sangat, untuk sahur makan nasi seciput je. Lauk tak beriya sangat sebab memang tak selera nak makan pagi-pagi. Cukuplah sekadar sambal hijau atau sambal ikan bilis garing. Tapi air kena maintain macam biasa. Penting!

Ada jugak yang tanya, Anas dah masuk dua tahun ni pun masih ada "supply" lagi ke? 

InshaAllah selagi ada demand dah tentulah ada supply. Gitulah konsepnya.