Parent-Teacher Meeting

Semalam hari prestasi tadika Ammar Zahin untuk semester 1.

Alhamdulillah sepanjang tempoh lebih kurang 5 bulan di tadika, Ammar Zahin tunjukkan perkembangan yang memberansangkan. He's doing great, really great actually. 

Unexpected! Dalam umur dia yang baru 4 tahun 5 bulan sebenarnya.

Menghafal surah lazim, hadis, doa harian dan zikir, mengenal huruf, nombor, membaca suku kata. Walaupun sebutan dia agak pelat tapi he did it very well. #proudmom 😭😭

Saya memang tak meletak harapan yang terlalu tinggi. Nak dia pandai segala-galanya dalam masa 5 bulan. Masih ada lagi setahun setengah untuk dia belajar di tahap tadika sebelum masuk darjah 1. Darjah 1 yang makin mencabar silibusnya. hurghhh!

Tapi dari makluman teacher siti (teacher kelas), Ammar Zahin ni seorang yang tak boleh duduk diam dalam kelas. Tapi dia bukan hyperactive, dia tak ganggu kawan-kawan lain. Cuma ada masa bila dia dah bosan duduk satu-satu tempat, dia akan bangun berjalan-jalan pergi corner library, pergi corner toys. Tapi bila di soal sesuatu, dia boleh jawab dengan cemerlang. Maksudnya, badan dia tak ada dalam kelompok study tapi telinga dia sangat peka! Dia belajar dari apa yang dia dengar 😂

Kadang-kadang teacher cakap ada jugak murid yang tanya "kenapa teacher tak marah Ammar Zahin berjalan-jalan waktu belajar?" So teacher terpaksa panggil Ammar Zahin dan soal dia depan kawan-kawan lain, contohnya mengira, baca surah. Ammar Zahin dapat jawab dengan baik, dengan harapan kawan-kawan dia yang lain dapat fokus dalam kelas.

Saya memang tau pasal ni. Dia banyak belajar dari apa yang dia dengar berbanding dari apa yang dia lihat. Senang cakap, dia ni hebat bab menghafal. 😂😂

Macam tengok kartun, contohnya ultraman ke atau cerita-cerita aksi macam boboiboy. Kebanyakkan dia tak tiru sangat aksi dalam cerita tu, tapi dia akan tiru dialog.

Secara jujurnya, saya tak gemar sangat dia tengok kartun upin ipin, boboiboy. Sabab apa? Hmm, sebab dialog dalam cerita tu sendiri. Memang dia akan tiru sebijik!

Contohnya kalau Anas rampas mainan dia. Automatik dia akan marah "ish, kau ni..." (dialog upin ipin) 😔 atau pun kalau dia terkejut, "oh mak kau.." 😔

Mungkin ada parent yang tak kisah dan anggap biasa-biasa je. Tapi bagi saya, tak!

Mungkin cara saya dibesarkan dulu lain, saya tak pernah bercakap dengan adik beradik guna perkataan "Aku, Kau". Bagi saya ianya macam satu perkataan yang kasar. Kalau dengan kawan-kawan rapat ok lah, tapi kalau ahli keluarga memang macam kurang sopan bunyinya. Just my two cents. Dan saya akan cuba elakkan anak-anak saya bercakap macam tu dalam adik beradik diorang nanti. #omidontlike

Haa, kan dah termelalut cerita lain.

Ok, back to the topic. Dari segi akademik alhamdulillah, dia di tahap yang cemerlang setakat ni. Mudah-mudahan terus cemerlang hendaknya. Cemerlang akademik tu bonus, paling penting akhlak kena cemerlang dulu. Barulah seiring dan sejalan, seimbang dunia akhirat. InshaAllah. 😄

Dari segi sosial, pergaulan dengan kawan-kawan. Honestly, Ammar Zahin bukan seorang yang friendly. Like mother like son. 😁

Sepanjang 5 bulan di tadika, best friend dia sorang je. Yang dia selalu sebut-sebut bila balik tadika.

Aqilah.

Ye, nama best friend dia aqilah! Sama pulak nama best friend dia dengan omi. hahaha 😂😂

Teacher siti bagitau diorang berdua ni macam belangkas, dalam kelas mesti nak sama-sama. Aqilah ni start tadika dari tahun lepas, jadi dia lebih advance dari Ammar Zahin dalam pelajaran. Tapi dia sangatttt membantu Ammar Zahin. Aqilah ni yang ajar Ammar Zahin membaca suku kata 😂 #thankyouaqilah

Tapi kalau diorang tak fokus dalam kelas, buat bising, banyak main ke. Teacher siti akan pisahkan diorang sekejap. Setakat ni katanya masih boleh dikawal lagi dan tak terdetik untuk tukarkan diorang dalam group yang berlainan.

Pada saya, ok je. Kadang-kadang sebab kawan ni yang buat semangat kita nak belajar. Mungkin jugak sebab aqilah ni, Ammar Zahin pergi sekolah dah tak menangis 😂😂😂 Kalau betul, banyaklah omi terhutang budi dengan Aqilah. Haha.

So, overall di tahap yang memberansangkan. Alhamdulillah. Mudah-mudahan prestasi lepas ni makin baik dan terus baik.

Doa omi papa sentiasa mengiringi anak-anak. InshaAllah.