HFMD

HFMD - Hand, Foot & Mouth Disease 

Bukan Anas yang kena. Alhamdulillah, mudah-mudahan Allah pelihara kesihatan anak-anak omi. Tapi disebabkan penyakit ni penyakit berjangkit, pihak taska terpaksa menutup operasi diorang dua hari. Teacher maklumkan mulanya dalam dua orang anak asuhan diorang kena, lepastu berjangkit pada dua orang lagi. Jadi total anak-anak yang kena jadi empat orang semuanya.

Sebelum pihak pejabat kesihatan arahkan diorang tutup operasi dua minggu (prosedur biasa) jadi diorang ambik inisiatif untuk tutup dua hari bermula khamis lepas untuk kerja-kerja pembersihan.

Sebenarnya penyakit ni bukan puncanya dari taska je. Sebab selalu dengar orang cakap, kalau kena penyakit berjangkit je mesti orang tanya, "hantar anak kat taska ke??" "Oh patut lah, sebab duduk taska.."

Sebenarnyakan taska ni jadi medium penyebaran je, yelah dah bercampur gaul dekat situ.

Punca dia tak semestinya taska, kadang-kadang parents bawak anak-anak main kat luar contohnya, main dekat indoor/outdoor palyground ke, tempat-tempat yang tak terjamin kebersihan dengan tahap antibodi anak-anak yang masih belum kebal. Ada jugak anak yang bekas chickenpox baru nak kering dah di bawak pergi shopping mall 😞 

Bila dah kena kat anak, di hantar pulak ke taska. Kira taska ni sebagai medium penyakit tu tersebar je. Jadi sebagai parents kita kena lah alert dengan kesihatan anak-anak. 



Sendu jugaklah omi memikirkan siapa nak jaga Anas. Dah la suami outstation seminggu, kalau tak boleh mintak belas ihsan beliau suruh ambik cuti. Sebab cuti beliau banyak πŸ˜‚ 

Bukan omi tak boleh nak cuti, memandangkan bulan april memang sangat, sangat, sangattt la sibuk. Kalau cuti pun sia-sia je sebab tak boleh nak manfaatkan bersantai dengan tenang kat rumah. Mesti ada whatsapp masuk, mesti ada notification email. Rugilahhh.. Baik masuk office, buat kerja. Kan!

Dah tu kena lah bawak si Anas ke office. Mujurlah Ammar tak banyak soal tengok adik dia tak pakai baju school πŸ˜‚ Kalau tak, confirm dia pun sama nak mengekor bontot omi pegi office. Kalau dah dua askar ni turut serta, sah lah tak jadi kerja kat office tu. Jadi medan tempur pulak nanti.


Kesian anak omi, penat sehari suntuk kerja πŸ˜† Waktu tido pun tah ke mana, tak selesa agaknya. Kalau dulu selesa sikit sebab ada bilik sendiri, sejak dah pindah ke bangunan lain ni tak dapat bilik 😐 Kalau ada bilik boleh lah tergolek terlentang terkuak dia baring-baring. Huhu.. 

On the way ambik abang, dari riuh kat belakang tau-tau je dah senyap. Bila toleh dah terlentok dia tidur 😁 Abang masuk je kereta terus tanya "kenapa adik omi?" "adik demam ke omi" "sian adik demam". Abang memang macam ni sekarang, perihatin sangat dekat adik dia. 



Lepas tu dengar dia tepuk-tepuk adik dia suruh baring, omi toleh je ke belakang tengok adik dah terbaring macam ni, abang tolak badan dia suruh baring. Alahhh, dah abang-abang sangat dah Ammar Zahin ni πŸ˜‚

Dua hari adik ikut omi, dua hari jugak dia macam ni. penat sangat gayanya.