Raya Collection 2017 by Lily Petuna

Tak sanggup nak bersesak-sesak dengan orang ramai?
Parking jauh?
Takut baju idaman SOLD OUT?
Inginkan fashion raya TERKINI, SELESA & BERGAYA?
Nak cari fabrik yang BERKUALITI?
Terasa nak fefeeling MODEL di hari raya 😁?



👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇





👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇






👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇






👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇




dapatkan koleksi hari raya anda di hujung jari.

Tak perlu berpeluh ketiak 💦😂

do visit my page ladies! lily petuna trusted agent (LS0083)









WQIC : Wajib ada masa puasa!

Terasa lama pulak tak update, padahal tak sampai seminggu pun 😁😁

Ingatkan bulan Mei ni bulan bersenang lenang dari segala workload. Rupanya tidak! Alhamdulillah walaupun sibuk, Allah berikan kesihatan yang baik untuk mengurus semuanya dengan lancar 💕 Mudah-mudahan bulan Ramadhan ni tetap kekal bertenaga 💪

Beberapa hari dah nak puasa ni, dah plan ke menu berbuka? kihkih. Biasalah mak-mak, tiap kali tu mesti pening fikir nak masak apa. Jangan kata bulan puasa je, bulan tak puasa pun sebelum balik kerja dah terfikir.

Tapi macam saya bulan puasa selalunya tak lalu sangat nak makan 🙊🙊 Bangun sahur tu wajiblah sebab dah terbiasa dari kecik, lagipun sampai sekarang masih menyusukan Anas 💪 iyee, budak kecik tu dah nak masuk dua tahun dua bulan pun, masih belum berjaya lagi omi nak wean off dia. Tak apalah, selagi ada rezeki dia.





Dua jenis sambal ni wajib ada masa bulan puasa. Sambal hijau dengan sambal kering pedas piauuuuuu 😂. Wajib ada stok! Kalau stok habis kemurunganlah jawabnya. Sebabnya ini je yang mampu telan masa sahur. Bangun goreng telur je. Hahaha. Yang sebenarnya malas nak masak pepagi buta pun iye jugak.

Sambal ni pun jenis tahan lama dan senang nak buat. 

So, apa korang punya menu WAJIB ada bulan puasa?








Be Wise


they dont need to go actually. But u have to be wise enough to walk away from them 😉

Parent-Teacher Meeting

Semalam hari prestasi tadika Ammar Zahin untuk semester 1.

Alhamdulillah sepanjang tempoh lebih kurang 5 bulan di tadika, Ammar Zahin tunjukkan perkembangan yang memberansangkan. He's doing great, really great actually. 

Unexpected! Dalam umur dia yang baru 4 tahun 5 bulan sebenarnya.

Menghafal surah lazim, hadis, doa harian dan zikir, mengenal huruf, nombor, membaca suku kata. Walaupun sebutan dia agak pelat tapi he did it very well. #proudmom 😭😭

Saya memang tak meletak harapan yang terlalu tinggi. Nak dia pandai segala-galanya dalam masa 5 bulan. Masih ada lagi setahun setengah untuk dia belajar di tahap tadika sebelum masuk darjah 1. Darjah 1 yang makin mencabar silibusnya. hurghhh!

Tapi dari makluman teacher siti (teacher kelas), Ammar Zahin ni seorang yang tak boleh duduk diam dalam kelas. Tapi dia bukan hyperactive, dia tak ganggu kawan-kawan lain. Cuma ada masa bila dia dah bosan duduk satu-satu tempat, dia akan bangun berjalan-jalan pergi corner library, pergi corner toys. Tapi bila di soal sesuatu, dia boleh jawab dengan cemerlang. Maksudnya, badan dia tak ada dalam kelompok study tapi telinga dia sangat peka! Dia belajar dari apa yang dia dengar 😂

Kadang-kadang teacher cakap ada jugak murid yang tanya "kenapa teacher tak marah Ammar Zahin berjalan-jalan waktu belajar?" So teacher terpaksa panggil Ammar Zahin dan soal dia depan kawan-kawan lain, contohnya mengira, baca surah. Ammar Zahin dapat jawab dengan baik, dengan harapan kawan-kawan dia yang lain dapat fokus dalam kelas.

Saya memang tau pasal ni. Dia banyak belajar dari apa yang dia dengar berbanding dari apa yang dia lihat. Senang cakap, dia ni hebat bab menghafal. 😂😂

Macam tengok kartun, contohnya ultraman ke atau cerita-cerita aksi macam boboiboy. Kebanyakkan dia tak tiru sangat aksi dalam cerita tu, tapi dia akan tiru dialog.

Secara jujurnya, saya tak gemar sangat dia tengok kartun upin ipin, boboiboy. Sabab apa? Hmm, sebab dialog dalam cerita tu sendiri. Memang dia akan tiru sebijik!

Contohnya kalau Anas rampas mainan dia. Automatik dia akan marah "ish, kau ni..." (dialog upin ipin) 😔 atau pun kalau dia terkejut, "oh mak kau.." 😔

Mungkin ada parent yang tak kisah dan anggap biasa-biasa je. Tapi bagi saya, tak!

Mungkin cara saya dibesarkan dulu lain, saya tak pernah bercakap dengan adik beradik guna perkataan "Aku, Kau". Bagi saya ianya macam satu perkataan yang kasar. Kalau dengan kawan-kawan rapat ok lah, tapi kalau ahli keluarga memang macam kurang sopan bunyinya. Just my two cents. Dan saya akan cuba elakkan anak-anak saya bercakap macam tu dalam adik beradik diorang nanti. #omidontlike

Haa, kan dah termelalut cerita lain.

Ok, back to the topic. Dari segi akademik alhamdulillah, dia di tahap yang cemerlang setakat ni. Mudah-mudahan terus cemerlang hendaknya. Cemerlang akademik tu bonus, paling penting akhlak kena cemerlang dulu. Barulah seiring dan sejalan, seimbang dunia akhirat. InshaAllah. 😄

Dari segi sosial, pergaulan dengan kawan-kawan. Honestly, Ammar Zahin bukan seorang yang friendly. Like mother like son. 😁

Sepanjang 5 bulan di tadika, best friend dia sorang je. Yang dia selalu sebut-sebut bila balik tadika.

Aqilah.

Ye, nama best friend dia aqilah! Sama pulak nama best friend dia dengan omi. hahaha 😂😂

Teacher siti bagitau diorang berdua ni macam belangkas, dalam kelas mesti nak sama-sama. Aqilah ni start tadika dari tahun lepas, jadi dia lebih advance dari Ammar Zahin dalam pelajaran. Tapi dia sangatttt membantu Ammar Zahin. Aqilah ni yang ajar Ammar Zahin membaca suku kata 😂 #thankyouaqilah

Tapi kalau diorang tak fokus dalam kelas, buat bising, banyak main ke. Teacher siti akan pisahkan diorang sekejap. Setakat ni katanya masih boleh dikawal lagi dan tak terdetik untuk tukarkan diorang dalam group yang berlainan.

Pada saya, ok je. Kadang-kadang sebab kawan ni yang buat semangat kita nak belajar. Mungkin jugak sebab aqilah ni, Ammar Zahin pergi sekolah dah tak menangis 😂😂😂 Kalau betul, banyaklah omi terhutang budi dengan Aqilah. Haha.

So, overall di tahap yang memberansangkan. Alhamdulillah. Mudah-mudahan prestasi lepas ni makin baik dan terus baik.

Doa omi papa sentiasa mengiringi anak-anak. InshaAllah.

ChocChips Marvellous

Open Order from 5/5/2017 - 9/6/2017
Last delivery on 18/6/2017
No postage!
Delivery area : Bangi, Kajang, Putrajaya, Wangsa Maju, Segambut
Price : RM25/jar (50pcs)





Magnificent Jumaat #3

Stay focus 💪

Sambutan Hari Jadi Anas

Alhamdulillah, lepas jugak niat omi dengan papa nak buat simple celebration birthday Anas dengan kawan-kawan dekat school. Walaupon lewat sebulan 😂 tak apalah yang penting seronok. kan.

Memang sebelum ni pun dari Ammar Zahin celebrate dekat school je, tak pernah buat kat rumah kekdahnya. Sebab kawan-kawan diorang semua dari sana. So senang, tak payah nak jemput-jemput. Hahaha..

Omi pun tak penat, siapkan apa yang patut je, yang lain semua teachers uruskan termasuklah deko. kihkih. Thank u teachers, jasa mu di kenang 😘

Paling penting, anak-anak seronok.

Tadi pun lari sekejap ambik Ammar dekat school dia, mintak permission teacher nak bawak ammar keluar. Kira tuang kelas kejap la dalam dua jam sebab nak celebrate birthday adik. 

Tapi papa diorang tak dapat nak join sebab baru hari ni dia kena masuk office lepas dua minggu outstation. It's ok la, faham, bila dah lama tak masuk office dah tentu la banyak kerja pending. Don't worry papa, anak-anak enjoy! Lagipun hari ni hari jumaat, nanti nak rushing pergi solat lagi.

Ermm, Ammar Zahin dah request dah ni, birthday dia nak kek ultraman katanya. 😂😂 iye la abang, untuk anak-anak Omi, inshaAllah akan diusahakan. 💪💪








video
😘😘

Teaser .....



Anas birthday party..
Walaupun lambat sebulan,
Don't care!
Yang penting kitaaa enjoyyyy!! 💃🙌🙌

Count on Me


video


You can count on me like 1, 2, 3
I'll be there
And I know when I need it
I can count on you like 4, 3, 2
You'll be there
'Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah
Oh, oh yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye
You know...  😘


Ok, boleh la nyanyi birthday song sendiri 😁 

#proudmommy #cleverbaby #2y1m 

Wordless Wednesday


our marriage life, is not an example of the perfect marriage. but, the super duper adventure roller coaster ride that we ever took. Life, turn us upside down, but we learn to live right side up 💑 #stillgoingstrong #fiveyearsandstillcount #marriagelife #newlywed #throughtickandthin

HFMD

HFMD - Hand, Foot & Mouth Disease 

Bukan Anas yang kena. Alhamdulillah, mudah-mudahan Allah pelihara kesihatan anak-anak omi. Tapi disebabkan penyakit ni penyakit berjangkit, pihak taska terpaksa menutup operasi diorang dua hari. Teacher maklumkan mulanya dalam dua orang anak asuhan diorang kena, lepastu berjangkit pada dua orang lagi. Jadi total anak-anak yang kena jadi empat orang semuanya.

Sebelum pihak pejabat kesihatan arahkan diorang tutup operasi dua minggu (prosedur biasa) jadi diorang ambik inisiatif untuk tutup dua hari bermula khamis lepas untuk kerja-kerja pembersihan.

Sebenarnya penyakit ni bukan puncanya dari taska je. Sebab selalu dengar orang cakap, kalau kena penyakit berjangkit je mesti orang tanya, "hantar anak kat taska ke??" "Oh patut lah, sebab duduk taska.."

Sebenarnyakan taska ni jadi medium penyebaran je, yelah dah bercampur gaul dekat situ.

Punca dia tak semestinya taska, kadang-kadang parents bawak anak-anak main kat luar contohnya, main dekat indoor/outdoor palyground ke, tempat-tempat yang tak terjamin kebersihan dengan tahap antibodi anak-anak yang masih belum kebal. Ada jugak anak yang bekas chickenpox baru nak kering dah di bawak pergi shopping mall 😞 

Bila dah kena kat anak, di hantar pulak ke taska. Kira taska ni sebagai medium penyakit tu tersebar je. Jadi sebagai parents kita kena lah alert dengan kesihatan anak-anak. 



Sendu jugaklah omi memikirkan siapa nak jaga Anas. Dah la suami outstation seminggu, kalau tak boleh mintak belas ihsan beliau suruh ambik cuti. Sebab cuti beliau banyak 😂 

Bukan omi tak boleh nak cuti, memandangkan bulan april memang sangat, sangat, sangattt la sibuk. Kalau cuti pun sia-sia je sebab tak boleh nak manfaatkan bersantai dengan tenang kat rumah. Mesti ada whatsapp masuk, mesti ada notification email. Rugilahhh.. Baik masuk office, buat kerja. Kan!

Dah tu kena lah bawak si Anas ke office. Mujurlah Ammar tak banyak soal tengok adik dia tak pakai baju school 😂 Kalau tak, confirm dia pun sama nak mengekor bontot omi pegi office. Kalau dah dua askar ni turut serta, sah lah tak jadi kerja kat office tu. Jadi medan tempur pulak nanti.


Kesian anak omi, penat sehari suntuk kerja 😆 Waktu tido pun tah ke mana, tak selesa agaknya. Kalau dulu selesa sikit sebab ada bilik sendiri, sejak dah pindah ke bangunan lain ni tak dapat bilik 😐 Kalau ada bilik boleh lah tergolek terlentang terkuak dia baring-baring. Huhu.. 

On the way ambik abang, dari riuh kat belakang tau-tau je dah senyap. Bila toleh dah terlentok dia tidur 😁 Abang masuk je kereta terus tanya "kenapa adik omi?" "adik demam ke omi" "sian adik demam". Abang memang macam ni sekarang, perihatin sangat dekat adik dia. 



Lepas tu dengar dia tepuk-tepuk adik dia suruh baring, omi toleh je ke belakang tengok adik dah terbaring macam ni, abang tolak badan dia suruh baring. Alahhh, dah abang-abang sangat dah Ammar Zahin ni 😂

Dua hari adik ikut omi, dua hari jugak dia macam ni. penat sangat gayanya.