Weaning Off, Anas Zahrin #2

Hari tanpa bekalan.

Saya namakan hari ni sebagai hari tanpa bekalan untuk Anas Zahrin. Sebab bermula hari ni dah tak bekalkan stock susu lagi untuk dia.

Macam kejam bunyinya 😂

Tapi, itulah hakikatnya. Tabah omi, tabah... 💪

Pagi tadi hantar dia dekat taska, tinggalkan pesan jugak dekat teacher. Start hari ni dah tak bekalkan stock susu. Tapi kalau dia merengek ke, mengamuk ke nak susu, mintak teacher inform saya terus. Sebab saya standby je pump dekat ofis. 

Kalau boleh tak nak lah menyusahkan teacher melayan ragam dia sebenarnya, sebab tu standby je pump, incase la dia mengamuk nak susu.

Incase,

Hopefully tak laaa. Semoga Anas pun kuat semangat dan tabah 😊

Walaupun sebenarnya saya tau dia okey je tak ada susu kat taska. Dia bukan kisah sangat pun dengan botol susu tu. haha.

Cabaran yang sebenar-benarnya nak weaning off ialah directfeed. 

Ni paling susah ni.

Tak pela, kita cuba yang termudah dulu, lepas tu baru move to the next step. 

Cabaran yang susah tu melibatkan emosi. Emosi anak, emosi omi. 

Macam mana, nak kurangkan directfeed time balik kerja, macam mana nak kurangkan directfeed tengah malam..

Ye, tengah malam pun masih lagi bangun menyusus seperti seorang bayi 😂 walhal dah masuk kategori toddler dah dia tu.

Bab ni kena ada campur tangan suami. Kalau campur tangan omi sorang-sorang memang susah nak jalan. Sebab, dengan omi dia punya ragam tu lain sikit. Jadi eloklah suami main peranan.

Hari ni baru hari pertama, doakanlah perjalanan kami dipermudahkan. Ada banyak lagi cabaran sedang menanti. hehe..



till then ✌