Sup Ayam Anakanda

Ni apa ni, pasal sup ayam pun nak di kongsi dalam blog ke? Macamlah susah sangat nak buat sup ayam. 😂

Relax-relax..

Al kisahnya, semalam genap umur Anas Zahrin dua tahun, dan semalam jugak ada appoinment di klinik untuk last vaksin. Malangnya tak boleh di vaksin kerana demam.

Demam di hari jadi. Nak bertambah bijak leteww.

Actly dah dua tiga hari Anas batuk dan selsema, tapi suhu badan start naik semalam. Dari rumah dah rasa dedar je, check suhu baru 37.3, tak demam pun. Sampai je klinik, nurse check terus jadi 38.3 😂

Sabar jela omi.

Tapi sesungguhnya memang tak nampak simtom-simtom orang demam, memanjat sana, berlari keliling klinik 😌 nurse pun confuse, demam ke tak demam ni. Walaupun suhu agak tinggi, alhamdulillah masih kekal aktif bertenaga 💪

No worries.

Balik je rumah omi terus sediakan remedy terbaik untuk orang batuk, selsema dan demam!

SUP AYAM ~

Kalau anak-anak tak sihat biasanya memang bagi sup je, tak kiralah sup ayam ke, sup sayur ke. Anas ni biasanya makan ikut mood, ada hari-harinya dia tak nak makan nasi. Jadi saya akan gantikan dengan bihun ataupun spageti. Celur je bihun atau rebus spageti lepas tu curahkan sup atau tomyam sikit untuk rasa. Confirm makan bermangkuk-mangkuk.. #omimasaksedap #biarlahomiperasankejap #jangankecamomiplease



Masak sup untuk anak-anak yang kurang sihat biasanya saya akan lebihkan bawang putih. Bawang putih kan salah satu agen pembunuh virus. Nyahhh kau virus!

Alhamdulillah hari ni dah sihat. Isnin nanti boleh la ambil vaksin yang terakhir untuk dua tahun. 

Ni, omi pulak yang rasa tak sedap badan. 😖






Thanks for reading ✌