Seminar Setiausaha 2017

Release kejap dari kerja yang tak pernah habis. 😓

Sebenarnya terlupa hari ni ada seminar. Gigih sis masuk ofis hari ni. masuk je ofis, first sekali, bukak lah email dulu, maklumlah dari jumaat tak masuk ofis, ada urusan adik-adik dekat fakulti yang nak kena selesaikan di luar. Email yang di sync dengan handphone bertalu talu masuk tapi malas nak baca,  whatsapp tak usah cakaplah..😂

Dah clear pasal task nak buat hari ni barulah check calendar. Masukkan task dengan deadline.

Tu yang baru perasan ada seminar. Lupa nak set reminder, kalau tak bertalu bunyi notification kat handphone.

Gitu lahhh #lifeassecretary katanya 😁

Semua nak kena sync dengan handphone. Maksudnya sampai ke rumah pun masih lagi terikat dengan kerja.. Yang pasti balik rumah, phone silent! 

Kerja, kerja, kerja.

So hari ni skip kejaplah dari bebanan kerja. Bak kata penceramah tadi, u have a right untuk bagitau bos hari ni "Boss, please respect MY TIME today" 😂😂

Tapi tak sampai hatilah nak cakap gitu kan. Jawablah jugak segala whatsapp, email yang masuk through phone.


Bulan April kan bulan menghargai setiausaha 😁 ecehhh. Company besar-besar boleh lah sponsor setiausaha hi-tea ke, an evening with Anuar Zain ke. Macam kitorang ni dapat anjur seminar pun cukuplah, sekurang-kurangnya dapatlah merehatkan minda. 🙊

Seminar ni pun dua tahun sekali je. Kalau dulu buat kat hotel, 3 hari berturut siap dinner segala, fakulti sponsor. Mahal jugak, dalam 1k sorang. Merasalah jugak pergi masa zaman bujang dulu. Lepas dah kawen, ada anak, tak sanggup pulak nak tinggalkan anak.

Start tahun 2015 dah tak buat dekat luar, buat dalaman je. Sehari. Err okey la tu. 🙈 lagi pun sis kan emak yang tak sanggup berpisah dengan anak-anak. hahaha. Tak payah la nak bermalam sangattt. Buat office hour je. 

Selamat hari Setiausaha! Kita juga adalah penggerak utama organisasi 💪💪 #kamiSETIAberkhidmat