Keria Gula Melaka


Hari tu terbaca blog kak aty pasal kueh keria (silent reader blog beliau sebab suka tengok rumahnya yang cantik itu, hehe), terus teringat ada keledek dekat rumah yang dah tergolek seminggu dekat dapur tu. Memang asalnya nak buat keria pun tapi semangat membuat tu tak di seru lagi. Jadi biarkan jelah keledek tu tergolek-golek dulu dekat sana. πŸ™Š

Daripada viral sampai dah tak berapa nak viral nak buat tapi tak terbuat jugak.

Senang macam mana pun resepinya, kalau mood tu tak sampai nak buat memang tak buat jugak. 

Walaupun setiap tahun balik melaka, sekali pun suami tak pernah bawak merasa kueh keria yang viral tu. Nak suruh dia beratur berpusu-pusu lepas tu dapat beli ikut quota yang ditetapkan?? Memang tak lahhh~

Gigihlah buat sendiri. Gigih tak gigih jugak la, disebabkan dah terbeli keledek dan terbiar dekat seminggu, takut pulak berakar umbi πŸ˜‚ dah tak jadi kuih keria, jadi penternak keledek yang berjaya pulak nanti. haha.

Nak buat keria ni tak banyak pakai bahan pun. 


BAHAN-BAHAN;
Keledek (putih/ungu/oren/suka hati kau lah nak kaler apa)
Tepung gandum
Gula Melaka/Nisan/Kabung
Garam sikit

Rebus sampai empuk lepas tu lenyek-lenyek. Kalau suka rasa keledek berketul-ketul dalam mulut tak payah hancur sangatlah. Lepas tu tambah tepung gandum mengikut kuantiti keledek yang digunakan. Alaa agak-agak jelah, gaul-gaul sampai adunan tak melekat tu kira ok la kot πŸ™Š


Biarkan mereka-mereka berenang-renang di lautan minyak sehingga keemasan. Abaikan rupa bentuk kueh yang tak sama saiz. Saya bab menggentel ni failed, kelim karipap pun tak pernah nak jadi. Seni buat kueh tak ada namanya. Jangan pandang luaran, yang penting rasa tu rasaaaa πŸ˜‚


Ada orang panggil gula melaka, ada yang panggil gula nisan, ada jugak panggil gula kabung. Kan? Tak kisahlah panggilan apa sekali pun janji spesis gula yang sama. Sementara keria tengah seronok berenang-renang di lautan minyak, maka hiris-hirislah gula melaka tersebut. Malas hiris tumbok je dengan lesung batu sampai berkecai. Nak sampai lumat pun boleh jugak πŸ˜† Kuantiti gula bergantung berapa butir keria anda terhasil setelah di gentel. Saya pakai 3 ketul keledek saiz sederhana, dapatlah dalam 25 bijik keria.


Kemudian, bolehlah di caramelized kan gula tadi dikuali, saya letak garam sikit bagi rasa manis-manis masin, barulah balance dan lebih umphhh. Kacaulah sehingga mencair dan tak berketul, lepas tu tambahkan sikit air. 


Agak-agak dah mendidih, campakkanlah keria yang siap di goreng tadi ke dalam gula yang telah di caramelized dan kacau sehingga kering.


SIAP! 


Tiba-tiba rasa berbaloi buat sendiri dari beratur di tengah panas mentari. Bukan sahaja senang malah menjimatkan poket suami. πŸ˜‚




Thanks for reading ✌