Infection

Isnin lepas dah cerita tentang vaksin Anas untuk dua tahun. Sepatutnya minggu lepas tapi terpaksa di tunda sebab demam.

Jadi, Isnin tu selesailah ambik vaksin untuk dua tahun.

Keesokkan harinya pulak, masa nak mandikan Anas pagi Selasa tu, nampak peha dia bengkak sikit dan merah. Bagitau suami, masa tu pun suami tengah nak bergegas pergi kerja dah, terpaksa keluar awal sebab kena pergi ke mahkamah klang. Dia tengok sekali lalu jela. Mungkin fikir macam saya jugak kot 'biasalah, normal la baru lepas cucuk bengkak'

Balik kerja petang tu, tengah 'bonding time' Anas dan Omi, check balik peha dia. Makin besar pulak bengkak. Bila picit-picit dia relax je macam tak sakit. Emm, memang tak sakit la kot.

Suami suruh tanya kawan kitorang yang kerja sebagai nurse dekat kpj. Whatsapp dia tunjuk gambar.

Kawan kitorang tu inform, sepatutnya tak bengkak lepas cucuk. Dia suggest jumpa je Dr. dan tanya. Salah satu sebab katanya infection.

Suami, bila dah dengar macam tu hati dia lagi tak tenteram dari hati seorang ibu. 😂 Malam tu jugak dia ajak pergi klinik. Ok lah, nak bagi jiwa dan raga kitorang berdua tenteram supaya dapat menikmati tidur malam lebih lena maka saya setuju nak ke klinik malam tu jugak. Lepas maghrib terus bawa Anas ke klinik.

Dan, menurut doktor memang bekas suntikan tu terkena infection sikit. Sama ada berpunca dari jarum yang tak bersih, Tangan nurse/saya/anas yang kotor dan terpegang bekas suntikan atau cara di suntik. Antara faktor-faktor penyebab la. Walahu a'lam.

Alhamdulillah, mujurlah Anas tak demam atau sakit kaki ke apa. So, doktor bagi ubat untuk sapu sahaja. Dalam tiga ke empat hari ni kalau masih tak surut jugak bengkak tu terpaksa ke klinik semula.

Mudah-mudahan di jauhkan dari segala kemudaratan hendaknya.



p/s : klinik mana biarlah rahsia 😉


till then ✌