Adorable Anas Turns 2


Semalam kami sekeluarga decide nak celebrate birthday Anas Zahrin. Walaupun birthday dia yang sebenarnya pada 6 April, alaa awal dua hari je. Tak pe, celebrate in advance.

Plan asal nak celebrate weekend ni, buat dekat taman saujana hijau, photoshoot sikit dengan props. Tapi biasalah, kita merancang, Allah menentukan. Tak jadi, lagi pun cuaca sekarang ni tak menentu. Err tak pela, kita buat photoshoot jela nanti. hehe.

Sebabnya papa diorang agak busy dalam dua bulan ni. Outstation sana sini tak habis-habis lagi 😅 Pengorbanan namanya, lagi tinggi jawatan maka lagi banyaklah beban tugas dan tanggungjawab yang terpaksa di galas. It's okey papa, anak-anak semua memahami. Emak kepada anak-anak lebih memahami. Janji lepas ni dapat beli ferrari sebijik, eh, honda civic sebijik, hahahaha. Berangan!

Kami celebrate simple je, just four of us. Papa, Omi, Abamar, dan yang diraikan Tuan Anas Zahrin, bukan Anas Mikail 😂

Sebenarnya tak plan pun nak celebrate semalam, balik kerja terus decide. Lepas maghrib keluar. Jadi tak sempat fikir nak makan dekat mana, kek apa nak beli.

Last-last, pergi IOI Mall Putrajaya.

Disebabkan anak-anak ni kipas susah mati (die hard fan) Ayam Goreng, maka kami sebulat suara memilih Texas Chicken sahaja 😂😂 KFC, McD ramai orang, jadi pilih restoran yang tak crowded dengan umat.

Sebelum tu singgah secret recipe dekat presint diplomatik dan belikan lah dua slice chocolate indulgence. Jadilah...hahaha.

Bukan kedekut, sebab omi dah order kek boboiboy untuk celebrate dengan kawan-kawan taska pulak nanti. Celebrate berempat ni dua slice cukup lahhh, haha.

Semoga Anas Zahrin diberikan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki yang berkat dan tidak putus-putus. Menjadi anak yang penuh dengan sifat mahmudah, dijauhkan dari sifat mazmumah. Dipermudahkan jalan hidup di dunia dan akhirat. Dan semoga menjadi penyelamat omi dan papa di akhirat kelak. InshaAllah, doa omi dan papa sentiasa mengiringi anak-anak. 


Bulan lepas dah dapat hadiah basikal. Kira hadiah la ni. Hahaha. Cadangnya nak belikan abang punya basikal je sebab dah berjanji dari awal tahun hari tu. Sudahnya masa dekat kedai basikal, dia tak nak turun dari basikal ni. Beli jela sekali untuk dia terus. Anggap jelah hadiah hari jadi ye Anas. 😂



Thanks for reading ✌