Posts

Showing posts from April, 2017

Seminar Setiausaha 2017

Image
Release kejap dari kerja yang tak pernah habis. 😓
Sebenarnya terlupa hari ni ada seminar. Gigih sis masuk ofis hari ni. masuk je ofis, first sekali, bukak lah email dulu, maklumlah dari jumaat tak masuk ofis, ada urusan adik-adik dekat fakulti yang nak kena selesaikan di luar. Email yang di sync dengan handphone bertalu talu masuk tapi malas nak baca,  whatsapp tak usah cakaplah..😂
Dah clear pasal task nak buat hari ni barulah check calendar. Masukkan task dengan deadline.
Tu yang baru perasan ada seminar. Lupa nak set reminder, kalau tak bertalu bunyi notification kat handphone.
Gitu lahhh #lifeassecretary katanya 😁
Semua nak kena sync dengan handphone. Maksudnya sampai ke rumah pun masih lagi terikat dengan kerja.. Yang pasti balik rumah, phone silent! 
Kerja, kerja, kerja.
So hari ni skip kejaplah dari bebanan kerja. Bak kata penceramah tadi, u have a right untuk bagitau bos hari ni "Boss, please respect MY TIME today" 😂😂
Tapi tak sampai hatilah nak cakap gitu kan. …

Hectic

Image
Nak cuti 😭😭

Magnificent Jumaat #2

Image
Saya juga manusia, manusia yang jauh dari kesempurnaan. Kalau ada tersalah kata, terlanjur bicara, Maafkanlah.
Atas rasa tanggungjawab itu yang buat saya memadam semua kata-kata dan cerita yang tak sepatutnya di kongsi, baik di sini mahupun dimana-mana. 
Apa yang menjadi perkataan seharian kita, adalah apa yang ada dalam hati kita. Itulah diri kita. 
Bukan semua yang kita rasa boleh di luah dengan kata-kata. 
Kata-kata yang akhirnya membawa dosa ke atas diri saya sendiri. 
Cukuplah mendoakan sesama kita, moga urusan hati, Allah permudahkan.
Maafkanlah saya. 😔😔

Infection

Isnin lepas dah cerita tentang vaksin Anas untuk dua tahun. Sepatutnya minggu lepas tapi terpaksa di tunda sebab demam.
Jadi, Isnin tu selesailah ambik vaksin untuk dua tahun.
Keesokkan harinya pulak, masa nak mandikan Anas pagi Selasa tu, nampak peha dia bengkak sikit dan merah. Bagitau suami, masa tu pun suami tengah nak bergegas pergi kerja dah, terpaksa keluar awal sebab kena pergi ke mahkamah klang. Dia tengok sekali lalu jela. Mungkin fikir macam saya jugak kot 'biasalah, normal la baru lepas cucuk bengkak'

Balik kerja petang tu, tengah 'bonding time' Anas dan Omi, check balik peha dia. Makin besar pulak bengkak. Bila picit-picit dia relax je macam tak sakit. Emm, memang tak sakit la kot.

Suami suruh tanya kawan kitorang yang kerja sebagai nurse dekat kpj. Whatsapp dia tunjuk gambar.

Kawan kitorang tu inform, sepatutnya tak bengkak lepas cucuk. Dia suggest jumpa je Dr. dan tanya. Salah satu sebab katanya infection.

Suami, bila dah dengar macam tu hati dia lagi t…

Weaning Off, Anas Zahrin #2

Hari tanpa bekalan.
Saya namakan hari ni sebagai hari tanpa bekalan untuk Anas Zahrin. Sebab bermula hari ni dah tak bekalkan stock susu lagi untuk dia.
Macam kejam bunyinya 😂
Tapi, itulah hakikatnya. Tabah omi, tabah... 💪
Pagi tadi hantar dia dekat taska, tinggalkan pesan jugak dekat teacher. Start hari ni dah tak bekalkan stock susu. Tapi kalau dia merengek ke, mengamuk ke nak susu, mintak teacher inform saya terus. Sebab saya standby je pump dekat ofis. 
Kalau boleh tak nak lah menyusahkan teacher melayan ragam dia sebenarnya, sebab tu standby je pump, incase la dia mengamuk nak susu.
Incase,
Hopefully tak laaa. Semoga Anas pun kuat semangat dan tabah 😊
Walaupun sebenarnya saya tau dia okey je tak ada susu kat taska. Dia bukan kisah sangat pun dengan botol susu tu. haha.
Cabaran yang sebenar-benarnya nak weaning off ialah directfeed. 
Ni paling susah ni.
Tak pela, kita cuba yang termudah dulu, lepas tu baru move to the next step. 
Cabaran yang susah tu melibatkan emosi. Emosi a…

Sup Ayam Anakanda

Image
Ni apa ni, pasal sup ayam pun nak di kongsi dalam blog ke? Macamlah susah sangat nak buat sup ayam. 😂
Relax-relax..

Al kisahnya, semalam genap umur Anas Zahrin dua tahun, dan semalam jugak ada appoinment di klinik untuk last vaksin. Malangnya tak boleh di vaksin kerana demam.

Demam di hari jadi. Nak bertambah bijak leteww.

Actly dah dua tiga hari Anas batuk dan selsema, tapi suhu badan start naik semalam. Dari rumah dah rasa dedar je, check suhu baru 37.3, tak demam pun. Sampai je klinik, nurse check terus jadi 38.3 😂

Sabar jela omi.

Tapi sesungguhnya memang tak nampak simtom-simtom orang demam, memanjat sana, berlari keliling klinik 😌 nurse pun confuse, demam ke tak demam ni. Walaupun suhu agak tinggi, alhamdulillah masih kekal aktif bertenaga 💪

No worries.

Balik je rumah omi terus sediakan remedy terbaik untuk orang batuk, selsema dan demam!

SUP AYAM ~

Kalau anak-anak tak sihat biasanya memang bagi sup je, tak kiralah sup ayam ke, sup sayur ke. Anas ni biasanya makan ikut mood,…

Adorable Anas Turns 2

Image
Semalam kami sekeluarga decide nak celebrate birthday Anas Zahrin. Walaupun birthday dia yang sebenarnya pada 6 April, alaa awal dua hari je. Tak pe, celebrate in advance.
Plan asal nak celebrate weekend ni, buat dekat taman saujana hijau, photoshoot sikit dengan props. Tapi biasalah, kita merancang, Allah menentukan. Tak jadi, lagi pun cuaca sekarang ni tak menentu. Err tak pela, kita buat photoshoot jela nanti. hehe.

Sebabnya papa diorang agak busy dalam dua bulan ni. Outstation sana sini tak habis-habis lagi 😅 Pengorbanan namanya, lagi tinggi jawatan maka lagi banyaklah beban tugas dan tanggungjawab yang terpaksa di galas. It's okey papa, anak-anak semua memahami. Emak kepada anak-anak lebih memahami. Janji lepas ni dapat beli ferrari sebijik, eh, honda civic sebijik, hahahaha. Berangan!
Kami celebrate simple je, just four of us. Papa, Omi, Abamar, dan yang diraikan Tuan Anas Zahrin, bukan Anas Mikail 😂
Sebenarnya tak plan pun nak celebrate semalam, balik kerja terus decide.…

Keria Gula Melaka

Image
Hari tu terbaca blog kak aty pasal kueh keria (silent reader blog beliau sebab suka tengok rumahnya yang cantik itu, hehe), terus teringat ada keledek dekat rumah yang dah tergolek seminggu dekat dapur tu. Memang asalnya nak buat keria pun tapi semangat membuat tu tak di seru lagi. Jadi biarkan jelah keledek tu tergolek-golek dulu dekat sana. 🙊
Daripada viral sampai dah tak berapa nak viral nak buat tapi tak terbuat jugak.
Senang macam mana pun resepinya, kalau mood tu tak sampai nak buat memang tak buat jugak. 
Walaupun setiap tahun balik melaka, sekali pun suami tak pernah bawak merasa kueh keria yang viral tu. Nak suruh dia beratur berpusu-pusu lepas tu dapat beli ikut quota yang ditetapkan?? Memang tak lahhh~
Gigihlah buat sendiri. Gigih tak gigih jugak la, disebabkan dah terbeli keledek dan terbiar dekat seminggu, takut pulak berakar umbi 😂 dah tak jadi kuih keria, jadi penternak keledek yang berjaya pulak nanti. haha.
Nak buat keria ni tak banyak pakai bahan pun. 

BAHAN-BAHAN…