Weaning Off, Anas Zahrin #1

Diam tak diam minggu depan anak teruna kedua tu dah nak masuk dua tahun dah. Alhamdulillah.

Diam tak diam jugak hampir dua tahun jugak omi mengusung beg doremon ke tempat kerja. Beg doremon yang banyak berjasa buat omi dan anak-anak. Juga tidak ketinggalan buat suami, sebab tak payah beli formula milk 🙊 kira berjasa jugak lah tu. haha.

OK!

Dengan itu, genap je umur Anas Zahrin dua tahun minggu depan, omi isytiharkan untuk 'wean off' secara pelan-pelan. Ye, slow-slow dan tiada paksaan di antara kita berdua.

Kenapa tak nak teruskan??

Cukuplah dua tahun. #jangankecamomiplease . Setiap orang ada pandangan, pengalaman berbeza-beza kan.

Weaning off pun bukanlah nak dilakukan secara drastik. Ambik masa jugak. Ikut pengalaman yang lepas masa Ammar Zahin, ambik masa dalam lima bulan jugak untuk berhenti sepenuhnya 😂

Macam-macam tips saya dapat. Sapu itu lah, letak ini lah. Hehehe. Tapi tak buat pun. Saya tak sampai hati sebenarnya. Biarlah  secara semulajadi. Tak ada stress antara ibu dan anak. Alhamdulillah berjaya jugak.

Untuk permulaan, saya dah kurangkan mengepam. Dah tak ada simpan stock lagi dah. Pam hari ni untuk bekal esok. Dekat ofis pam sekali, balik rumah tandem. Kuantiti pun dah makin berkurang, biasanya boleh collect dalam 10-16oz sekarang cuma 6-8oz sahaja.

Bakalan Anas Zahrin pun di kurangkan mengikut kuantiti yang saya dapat semalam. Kadang-kadang saya bekalkan sebotol je, dalam 4oz.

Setakat ni tak ada masalah. Dia makan macam biasa, lepas makan minum air kosong. Belum terfikir lagi nak beli formula milk untuk topup. Dan saya dah refer juga pada doktor masa checkup dia yang sebelum ni.

Actly formula milk tu sekadar option je. As long dia makan ok, kira ok lah. Nak tepat lagi makan makanan seimbang la kan..haha yang seimbang tu tak boleh nak confirm. Tapi setakat ni sayur yang dia makan sawi dengan carrot je. Ayam, ikan, daging pun dia boleh terima, telur paling favourite. Seafood belum pernah try lagi, lepas dua tahun ni boleh try.

Situasi ni bila saya tak ada dengan dia. Maksudnya dalam waktu bekerja dan dia di taska. Tak ada susu ok je, tak ada masalah.

Tapi bila dekat rumah, faham-faham jela.

Kadang-kadang tu tak sempat nak letak beg dia dah bergayut dekat kaki mintak menyusu 😂😂😂

Kalau setakat menghilangkan haus tu ok lagi lah, tapi dia ni memang betul-betul lepas gian. Dekat sejam jugak la bila balik kerja tu. Jenuhhhh lah!

Tak pelah, untuk permulaan sesi directfeed tetap berjalan seperti biasa, hehehe..



-till then ✌