Umi ke mommy?

Sebelum ni memang panggil mommy pun.

Tapi, Ammar dah masuk 4 tahun pun belum jugak fasih nak menutur perkataan mommy tu. 

Mula-mula mama, lepas tu ami, lepas tu mimi. Dan sekarang ni pulak omi. 😂😂😂

Payah nak menyebut agaknya. Maklumlah lidah melayu. Mak kau je tak sedor diri..

Kenapa mommy?

Sebab dalam keluarga sebelah saya ni anak-anak panggil mak sedara semua bukan dengan panggilan mak long, mak ngah macam tu..

Macam abang dengan kak ipar, anak-anak saya panggil ayah dengan mama. Tapi anak diorang panggil saya mokde 😂

Kalau kak ngah dengan abang ipar saya pulak, anak-anak saya panggil ayahngah dengan ibu. Anak-anak diorang panggil saya mommy sebab sebelum kawen lagi anak diorang yang sulong panggil saya mommy 😂

So, melekatlah panggilan mommy tu sampai dah ada anak maka di teruskan pula untuk anak sendiri.

Paham tak? Tak paham takpe, tak penting pun bagaimana sejahrahnya bermula. Hahaha.

Macam saya cakap tadi, Ammar ni susah betul nak menyebut perkataan mommy. 4 tahun tunggu dia nak menyebut betul-betul..harapannnn.

Ngam-ngam 4 tahun, dia panggil Umi.

Bila saya saja bahasakan diri dengan panggilan mommy, dia akan bantah dan cakap "bukan mami, omi laaa.."😅

Untuk tidak menyeksa lidah beliau, maka ku relakan dengan panggilan umi. umi pasrah..haha.

Anas pulak dah mula menyebut "emay"

Macam-macam panggilan emak kau dapat. haha. Tak apa lah asalkan selesa nak menyebut dan sedap telinga emak kau mendengar..

Bila tak ada depan mata dia je, mesti terdengar suara comel dia tu memanggil-manggil "emay, emay, emay..." sampailah dia give up kalau kelibat saya masih tak kelihatan. Lepas tu terdengarlah jerit pekik dia di luar bilik air. "Emay" nak memerut pun tak aman damai nak oii.. terbantut tahu?

Tak kisahlah anak-anak nak panggil mama/mommy/emak/ibu/ummi asalkan selesa nak menyebut sudah.




-till then ✌