Soto Ayam Simple, Cepat dan Lazat

Weekend lepas macam biasa bila suami terpaksa kerja memang tak ada plan ke mana-mana lah jawabnya. Plan nak keluar pun lepas suami balik kerja konon nya. Nak ke festival makanan antarabangs je pun, 5 minit dari rumah 🙈 Alaa depan presint diplomatik tu. Siapa suka thai food wajib pergi. Sampai 8hb ni je..

Sementara nak menunggu kepulangan suami, buatlah apa yang patut dulu.

Disebabkan pagi-pagi dah breakfast dekat luar, fikirkan menu untuk tengah hari sampai ke malam je lah. Masak tengah hari tapi boleh makan sampai ke malam. Selalu weekend memang masak portion banyak sebab malas lahhh banyak kali nak masuk dapur 😂 melainkan kalau awal-awal suami dah pesan, malam tak payah masak sebab nak bawak makan kat hotel lapan belas bintang (gerai tepi jalan jelaah, kan dapat tengok banyak bintang dilangit). wanita terbahagialahh aku jawabnya. kahkah..

Weekend tu mood saya tengah berkerjasama dengan baik, anak-anak turut behave dengan aktiviti masing-masing. Dapatlah saya scroll-scroll resepi di google untuk mencari ilham.

Tiba-tiba terpandang resepi soto dan teringin 😋

Mula-mula macam ehh leceh lahhh banyak benar step dia, masuk itu, masuk ini. Tapi keinginan mengatasi segalanya.

Check fridge memastikan kesemua bahan utama lengkap. Fuhh nasib semua barang ada. Bukan apa, malas betul nak ke kedai. Sekali pergi je boleh habis dekat dua puluh ringgit hoii. Sebab melayankan permintaan anak teruna yang dah pandai meminta. Ehh dia tak mintak, dia bijokk sikit. Kang time dah nak bayar kat kaunter, cashier tu tengah dok kira nanti dia akan selit segala barang yang dia dah pegang dari tadi 😭😭 menangis omi kau nakkk  tengok total harga. bertabahlahhh..

Terpanjang pulaklah mukadimah 😁

Actly saya tak ikut exactly resepi soto original. Pakai apa yang ada je kat rumah. Bukan nak jamu orang pun, makan sendiri je. So, ni resepi dalam anggaran 4-5 orang makan. Resepi suka hati jelah asalkan sedap. haha.

BAHAN UTAMA:
Ketupat mini (nasi impit)

a) Rebus ketupat mengikut masa yang telah ditetapkan seperti arahan di packaging.


BAHAN SUP:
Ayam (sebab makan berdua je, pakai 4-5 ketul isi ayam)
Bawang besar *kisar
Bawang kecik *kisar
Bawang putih *kisar
Black pepper *tumbuk
Rempah 4 sekawan
Sup bunjut
Kiub ayam

a) Tumis bahan kisar sampai naik bau
b) Campak rempah 4 sekawan, sup bunjut, black pepper dan kacau-kacau
c) Masuk isi ayam
d) Air, kiub ayam dan biarkan mereneh
e) Garam secukup rasa
f) Keluarkan isi ayam yang dah masak dan ketepikan.


BEGEDIL:
Kentang
Daun Sup
White Pepper
Garam
Telur

a) Dadukan kentang tak besar, tak kecik. Basuh bersih dan toskan atau ikut suka la nak basuh dulu pun boleh
b) Goreng kentang agak-agak senang nak lenyek barulah di angkat.
c) Lenyek-lenyek sampai tak berketul, campak garam, white pepper secukup rasa dan daun sup lalu digaul sebati.
d) Bila dah sejuk bolehlah digentel-gentel menjadi bentuk begedil atau bentuk suka hati kau lah.
e) Pukul telur dalam bekas lain, celupkan begedil yang dah siap digentel lalu di goreng sehingga kuning keemasan..

*tips buat begedil, jangan rebus kentang nanti begedil lembek. goreng sahaja. ngerti??


ISI AYAM DICARIK-CARIK:
Ayam *yang direbus tadi
Kicap

a) Perap ayam dengan kicap
b) Goreng ayam sekejap, angkat dan sejukkan
c) Dah sejuk barulah dicarik-carik dipilis


BAWANG GORENG KRIUK-KRIUK:
Bawang Kecik

a) Hiris bawang kecik
b) Goreng lah sambil bertapa depan kuali. Jangan tinggal menonton sinetron nanti bawang kau hangus padan muka.


CILI KICAP:
Kicap
Bawang Putih
Bawang Kecik
Gula

a) Blend je kesemua bahan ni kalau spesis malas macam saya. Kalau rajin nak tumbuk boleh, nak giling pun boleh 😂


SUHUN:
Suhun lahh yang kena ada

a) Goreng suhun macam goreng keropok ikan. perlu tangkas dan pantas.. 😁


TAUGEH:
Celur je dengan air panas.


DAUN BAWANG DAN DAUN SUP:
Racik-racik sebagai hiasan.



taraaaa.. my first attempt. suami puji sedap. 🙈🙊 
ok boleh buat lagi lepas ni. Tak leceh pun sebenarnya. Buat ikut suka hati kaulah asalkan jadi.