Mengaji


video

Tahun ni saya berazam untuk tekankan sikit dalam bab mengaji untuk Ammar Zahin di rumah. Walaupun dekat sekolah dia dah mengaji, balik rumah saya tetap buat revision sama-sama dengan dia lepas maghrib. Kadang-kadang tu, suami ambik alih bila saya terkejar-kejar nak siapkan makan malam, nak solat maghrib dengan melayan si Anas Zahrin yang asyik mengempeng lepas gian 😂

Alhamdulillah, permulaan agak susah, mencabar dan penuh drama.

Akhirnya, berjaya jugak kami berdua mengharungi kelemahan masing-masing.

Ye, walaupun rasa agak terlambat jugak tekankan dia bab-bab mengaji ni tapi alhamdulillah Ammar Zahin sangat cepat belajar. Tak apa lah, better late than never kan?

Bila mengajar anak sendiri ni cabaran dia lain sikit, tak macam dia belajar dengan teacher kat sekolah.

Bila tanya performance Ammar Zahin kat sekolah macam mana, teacher puji melambong-lambong. "Kak, Ammar Zahin ni sangatttt bagus, sangattt fokus dalam kelas, suka participate dalam semua aktiviti, blablabla...."

Alhamdulillah, sejuk hati omi dengar.

Tapi, bila dekat rumah. Allah saja yang tahu tahap kesabaran omi macam mana nak ajak dia bukak iqra, ulangkaji dalam sepuluh minit. Tak lama, sepuluh minit jeee. Setengah jam je dah habis dalam usaha memujuk dia dengan penuh kasih sayang.

Kadang-kadang cara lemah lembut ni boleh diguna pakai, kadang-kadang tu tak. Bila tak boleh diguna pakai, omi beralih ke kaedah 'ugutan' pulak. Tak ngaji, tak ada kartun, tak ada games di tablet, tak ada youtube on weekend!!

Tak ada toleransi lagi!

Dan selalunya menjadi. Haha 😂 #jangankecamomiplease

Sebab saya berpegang pada prinsip, 'sesuatu kebaikan yang ingin dilakukan kadang kala bermula dengan keterpaksaan, lama kelamaan akan datang kerelaan melakukannya, inshaAllah' . Mudah-mudahan mendapat keredhaan. 😊

Kalau boleh saya nak Ammar Zahin dapat habiskan iqra 1-3 dalam hujung tahun ni, iqra 4-6 dalam tahun depan. Saya memang kena letakkan target, bila ada target boleh la saya tahu setakat mana dah progress dia. Kita merancang, Allah menentukan.


video

Anas Zahrin ni kalau abang belajar memang dia suka join sekali, jadi omi buatkan flash card untuk dia kenal huruf dulu. Kalau dekat school teacher selalu hantar gambar dia ni lah orang yang duduk paling depan sekali sampai tutup pandangan kawan-kawan kat belakang sebab nak conquer buku tu sorang 😂 macam tu jugak lah dekat rumah bila omi dengan papa tengah mengajar abang.

Kadang-kadang tu kesian jugak, bagi dia buku suruh duduk tepi dulu. Nanti dengar la dia sebut huruf A,B,C sorang-sorang. hehe. Nak fokus serentak memang susah sikit, abang ni kalau omi leka sikit dia mula la buat kerja lain.

Alhamdulillah, Anas Zahrin pun dah boleh menyebut beberapa huruf walaupun dia tak kenal lagi alif ba ta. Sebab dia dengar abang selalu baca, jadi dia pun secara automatiknya belajar sekali. 

Jiwa anak-anak ni bersih lagi, apa yang dia perhati, dia dengar cepat je dia absorb.

Doakan kami terus istiqomah 😊


-till then ✌