Definisi Bahagia #inmyperspective

In my perspective, ecehh 😂

Bahagia itu subjektif, sama juga dengan perspektif cantiknya wanita di mata lelaki, handsomenya lelaki di mata wanita dan sebagainya. Kenapa cantik dan handsome menjadi contoh?? Sebab itu yang paling simple untuk difahami kottt. ngerti??

Bahagia itu terpulang kepada individu.

Bahagia dapat mengurus anak-anak dengan tangan sendiri.

Bahagia dapat memasak makanan untuk suami dan anak-anak dengan makanan yang sedap-sedap.

Bahagia dapat berbakti kepada kedua orang tua kita.

Bahagia bila dapat bertugas dalam organisasi yang tak banyak drama. #luckyme

Bahagia bila anak-anak berjaya menjadi insan yang berguna

Dan lain-lain hal yang kita buat dan senang dengan keadaan tersebut..

Bagi saya bahagia itu tak perlu matlamat. Bila kita meletakkan matlamat untuk bahagia kena buat itu, kena buat ini takut-takut satu hari nanti tak mustahil menjadi disaster!

Nak bahagia kena ada duit berkepuk-kepuk dalam bank.

Nak bahagia kena selalu beli barang mewah dan berharga.

Nak bahagia kena selalu bercuti ke eropah, barulah kurlasss..

Nak bahagia, suami kena selalu surprise kan isteri sejambak bunga setiap minggu.

Nak bahagia anak-anak dipaksa mengikut kemahuan kita.

Bahagia yang kita nak pertontonkan kepada umum semata-mata. Yang kita nak orang nampak supaya dipuji dan adored. Tapi hakikatnya jiwa kosong sebab sekadar memenuhi matlamat kita. #socialattention

Bahagia itu ialah bila kita sentiasa mensyukuri dengan segala yang ada pada diri kita sendiri. Bersyukur itu bukan hanya sekadar perkataan dari mulut atau dari tulisan yang dipaparkan. Tetapi, bersyukur itu ialah dengan perbuatan. Perbuatan yang bagaimana? Dengan sujud kepada yang Maha Pemberi Rezeki. SOLAT. Jika tidak SOLAT, maka kita belum benar-benar BAHAGIA 🍂🍂 #prayerchangeseverything

Selagi kita bersyukur, inshaAllah bahagia itu milik kita.



   We didn't realize we were making memories. We just knew we were having fun! #ificouldkeepulittle