Berwajah Baru

Holaa!

Mencari mood untuk berblog. Nak ada mood kena la 'mencantek' kan sikit rupa blog tak semenggah ni dulu. Asalkan sedap mata sendiri memandang.

Lama dah tak tukar theme, susun atur layout.

So tukar la sikit, try test theme baru, click satu-satu, preview kejap tengok berkenan ke tidak lepas rasa puas hati sikit baru save 😁 ok la ni, guna theme yang sedia ada je - contempo - 

Adjust sikit layout, susun-susun bagi sedap mata memandang dan tak berterabur sangat. Mana yang rasa tak perlu tu remove. Nak nampak simple dan matured. Dulu-dulu boleh la tukar cursor jadi rama-rama ke, letak link lagu kegemaran ke. Umur dah three series ni macam dah tak sesuai rasanya πŸ™ŠπŸ™Š cukuplah yang simple je. Tak serabut mata memandang.

Lepas ni nak tapis post yang lama pulak.

Masa 'reconstruct' hari tu semua post di 'revert to draft'. Ni dalam proses pemilihan, post mana yang nak di pertontonkan balik. Jenuh jugak la nak bukak satu-satu dan baca balik πŸ˜‚ Eh tapi seronok jugak baca post-post lama tu sebenarnya, tersenyum-senyum sendiri, heee 😁sesuai pulak rasa dengan title blog 'kisah untuk masa depan', sebab minat gila lagu SO7 dulu tu la, kisah klasik untuk masa depan. 

Tambah ruang page list dekat bahagian atas tu yang ada home, instashop, instagram - oh instagram tu instagram yang lama sebenarnya @qila86 dah tak active pon, dan dah di public kan πŸ˜‚ lama hoii saya deactivate kan dan memang tak pernah sekali pun bukak balik. Malas! 

Baru-baru ni saya format handphone tanpa backup segala gambar yang di save dalam phone memory. Sendu la jawabnya sebab banyak gambar lama hilang, yang selamat pun yang ada dalam memori kad, termasuklah memori di hati, ecehh 😝

Sayanglahh, gambar anak-anak membesar semua dah hilang. Itu yang decide nak active kan balik tapi active macam tu jela dah tak ada upload yang terbaru. Followers, following semua dah tak ada. Tinggal satu jela, account arwah sepupu yang paling disayangi 😒 kalau rindu arwah, boleh la bukak tatap gambar-gambar lama beliau.

Harap-harap dengan berwajah baru ni semangat la sikit nak update blog. Err maksudnya update dengan entry yang bermanfaat hendaknya.


-till then ✌