Bento Ammar #5


Hari ni pukul lima pagi dah berkumandang alarm suami dekat telinga isteri. haha. Gigih laaa jugak bangun menuju ke dapur dengan lemah longlai 😴😴😴 

Mujur laa dari malam dah prepare semua barang-barang nak memasak. Pagi tadi tinggal tumis-tumis, kelentung, kelantang..siappp!

Menu asal nak buat mushroom soup dengan garlic bread. Tapi cendawan lupa beli 😅 Malam tadi selongkar fridge masak apa yang ada jela.

So, menu #bentoammar hari ni - Nasi Goreng Cina/ Cek Mek Molek/ French fries.

Cek Mek Molek tu siap-siap gentel dari malam, lepas tu frozenkan, bagun pagi tinggal goreng je. Nak gentel pepagi buta?? Memang tak lahhhh.. Kecik Molek je rupa dia sebab dapat sweet potato dari Cameroon hari tu tak banyak. Jadilahhh 😭

Menu sendiri, nasi putih, telur mata dengan sambal tumis petai ikan bilis. Gigih menyambal pepagi. hahaha.