Posts

Showing posts from March, 2017

Magnificent Jumaat #1

Copy & Paste;
sources : Whatsapp Group original sources : tidak dapat dipastikan.

Masuk rumah. Semuanya senyap sunyi.
Suami tak bercakap. Isteri tak bercakap.
Apabila isteri mahu bercakap, suami sudah keluar rumah ‘ngeteh’ bersama kawan-kawan. Apabila suami mahu bercakap, isteri sudah tidur di bilik keletihan.
Anak-anak? Disuruh buat kerja rumah. Tiada siapa meneman. Akhirnya buku ditolak ke tepi, layan Insta di iPhone 7 plus lebih menarik.
Dari mana belajar ‘duckface’? Tengok gambar Insta kawan-kawan.
Abah duduk ‘pulau’ lain.
Mama hidup ‘pulau’ lain.
Anak-anak terdampar ‘pulau’ lain.
Masing-masing ada ‘pulau’ sendiri.
Katanya kita keluarga?
Suami ada masalah, tak terasa nak berbincang dengan isteri. Isteri ada masalah, tercari-cari dengan siapa mahu dikongsi. Anak ada masalah, terasa hidup sebagai anak tiri. Hidup sendiri-sendiri. Keluarga bahagia? 
Jauh. Lebih jauh dari Kuala Lumpur ke Miri.
Buka surah At-Taubah.
Kaab bin Malik dan beberapa orang sahabat Nabi dipulaukan k…

Weaning Off, Anas Zahrin #1

Diam tak diam minggu depan anak teruna kedua tu dah nak masuk dua tahun dah. Alhamdulillah.
Diam tak diam jugak hampir dua tahun jugak omi mengusung beg doremon ke tempat kerja. Beg doremon yang banyak berjasa buat omi dan anak-anak. Juga tidak ketinggalan buat suami, sebab tak payah beli formula milk πŸ™Š kira berjasa jugak lah tu. haha.
OK!
Dengan itu, genap je umur Anas Zahrin dua tahun minggu depan, omi isytiharkan untuk 'wean off' secara pelan-pelan. Ye, slow-slow dan tiada paksaan di antara kita berdua.

Kenapa tak nak teruskan??

Cukuplah dua tahun. #jangankecamomiplease . Setiap orang ada pandangan, pengalaman berbeza-beza kan.

Weaning off pun bukanlah nak dilakukan secara drastik. Ambik masa jugak. Ikut pengalaman yang lepas masa Ammar Zahin, ambik masa dalam lima bulan jugak untuk berhenti sepenuhnya πŸ˜‚

Macam-macam tips saya dapat. Sapu itu lah, letak ini lah. Hehehe. Tapi tak buat pun. Saya tak sampai hati sebenarnya. Biarlah  secara semulajadi. Tak ada stress antara i…

Mengaji

Tahun ni saya berazam untuk tekankan sikit dalam bab mengaji untuk Ammar Zahin di rumah. Walaupun dekat sekolah dia dah mengaji, balik rumah saya tetap buat revision sama-sama dengan dia lepas maghrib. Kadang-kadang tu, suami ambik alih bila saya terkejar-kejar nak siapkan makan malam, nak solat maghrib dengan melayan si Anas Zahrin yang asyik mengempeng lepas gian πŸ˜‚
Alhamdulillah, permulaan agak susah, mencabar dan penuh drama.
Akhirnya, berjaya jugak kami berdua mengharungi kelemahan masing-masing.
Ye, walaupun rasa agak terlambat jugak tekankan dia bab-bab mengaji ni tapi alhamdulillah Ammar Zahin sangat cepat belajar. Tak apa lah, better late than never kan?
Bila mengajar anak sendiri ni cabaran dia lain sikit, tak macam dia belajar dengan teacher kat sekolah.

Bila tanya performance Ammar Zahin kat sekolah macam mana, teacher puji melambong-lambong. "Kak, Ammar Zahin ni sangatttt bagus, sangattt fokus dalam kelas, suka participate dalam semua aktiviti, blablabla...."

A…

Umi ke mommy?

Sebelum ni memang panggil mommy pun.
Tapi, Ammar dah masuk 4 tahun pun belum jugak fasih nak menutur perkataan mommy tu. 
Mula-mula mama, lepas tu ami, lepas tu mimi. Dan sekarang ni pulak omi. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Payah nak menyebut agaknya. Maklumlah lidah melayu. Mak kau je tak sedor diri..
Kenapa mommy?
Sebab dalam keluarga sebelah saya ni anak-anak panggil mak sedara semua bukan dengan panggilan mak long, mak ngah macam tu..
Macam abang dengan kak ipar, anak-anak saya panggil ayah dengan mama. Tapi anak diorang panggil saya mokde πŸ˜‚
Kalau kak ngah dengan abang ipar saya pulak, anak-anak saya panggil ayahngah dengan ibu. Anak-anak diorang panggil saya mommy sebab sebelum kawen lagi anak diorang yang sulong panggil saya mommy πŸ˜‚
So, melekatlah panggilan mommy tu sampai dah ada anak maka di teruskan pula untuk anak sendiri.
Paham tak? Tak paham takpe, tak penting pun bagaimana sejahrahnya bermula. Hahaha.
Macam saya cakap tadi, Ammar ni susah betul nak menyebut perkataan mommy. 4 tahun tunggu di…

Berwajah Baru

Holaa!
Mencari mood untuk berblog. Nak ada mood kena la 'mencantek' kan sikit rupa blog tak semenggah ni dulu. Asalkan sedap mata sendiri memandang.
Lama dah tak tukar theme, susun atur layout.
So tukar la sikit, try test theme baru, click satu-satu, preview kejap tengok berkenan ke tidak lepas rasa puas hati sikit baru save 😁 ok la ni, guna theme yang sedia ada je - contempo - 
Adjust sikit layout, susun-susun bagi sedap mata memandang dan tak berterabur sangat. Mana yang rasa tak perlu tu remove. Nak nampak simple dan matured. Dulu-dulu boleh la tukar cursor jadi rama-rama ke, letak link lagu kegemaran ke. Umur dah three series ni macam dah tak sesuai rasanya πŸ™ŠπŸ™Š cukuplah yang simple je. Tak serabut mata memandang.
Lepas ni nak tapis post yang lama pulak.
Masa 'reconstruct' hari tu semua post di 'revert to draft'. Ni dalam proses pemilihan, post mana yang nak di pertontonkan balik. Jenuh jugak la nak bukak satu-satu dan baca balik πŸ˜‚ Eh tapi seronok jugak …

Soto Ayam Simple, Cepat dan Lazat

Image
Weekend lepas macam biasa bila suami terpaksa kerja memang tak ada plan ke mana-mana lah jawabnya. Plan nak keluar pun lepas suami balik kerja konon nya. Nak ke festival makanan antarabangs je pun, 5 minit dari rumah πŸ™ˆ Alaa depan presint diplomatik tu. Siapa suka thai food wajib pergi. Sampai 8hb ni je..

Sementara nak menunggu kepulangan suami, buatlah apa yang patut dulu.

Disebabkan pagi-pagi dah breakfast dekat luar, fikirkan menu untuk tengah hari sampai ke malam je lah. Masak tengah hari tapi boleh makan sampai ke malam. Selalu weekend memang masak portion banyak sebab malas lahhh banyak kali nak masuk dapur πŸ˜‚ melainkan kalau awal-awal suami dah pesan, malam tak payah masak sebab nak bawak makan kat hotel lapan belas bintang (gerai tepi jalan jelaah, kan dapat tengok banyak bintang dilangit). wanita terbahagialahh aku jawabnya. kahkah..

Weekend tu mood saya tengah berkerjasama dengan baik, anak-anak turut behave dengan aktiviti masing-masing. Dapatlah saya scroll-scroll resepi …

My Breastfeeding Journey #AnasZahrin

Image
A month to complete. InshaAllah. Alhamdulillah, Allah makes it easy. And thank you husband for your part in this journey (ucapan menang award) πŸ˜‚πŸ˜‚ #journeytoPhDinbreastfeeding #secondPhD #ididit #proudmom #selfreward #nothingcanbeatthishappiness #onlycomesonecinalifetime #readyforthirdπŸ‘Ά

Definisi Bahagia #inmyperspective

Image
In my perspective, ecehh πŸ˜‚
Bahagia itu subjektif, sama juga dengan perspektif cantiknya wanita di mata lelaki, handsomenya lelaki di mata wanita dan sebagainya. Kenapa cantik dan handsome menjadi contoh?? Sebab itu yang paling simple untuk difahami kottt. ngerti??
Bahagia itu terpulang kepada individu.

Bahagia dapat mengurus anak-anak dengan tangan sendiri.

Bahagia dapat memasak makanan untuk suami dan anak-anak dengan makanan yang sedap-sedap.

Bahagia dapat berbakti kepada kedua orang tua kita.

Bahagia bila dapat bertugas dalam organisasi yang tak banyak drama. #luckyme

Bahagia bila anak-anak berjaya menjadi insan yang berguna

Dan lain-lain hal yang kita buat dan senang dengan keadaan tersebut..

Bagi saya bahagia itu tak perlu matlamat. Bila kita meletakkan matlamat untuk bahagia kena buat itu, kena buat ini takut-takut satu hari nanti tak mustahil menjadi disaster!

Nak bahagia kena ada duit berkepuk-kepuk dalam bank.

Nak bahagia kena selalu beli barang mewah dan berharga.

Nak baha…

Bento Ammar #5

Image
Hari ni pukul lima pagi dah berkumandang alarm suami dekat telinga isteri. haha. Gigih laaa jugak bangun menuju ke dapur dengan lemah longlai 😴😴😴 
Mujur laa dari malam dah prepare semua barang-barang nak memasak. Pagi tadi tinggal tumis-tumis, kelentung, kelantang..siappp!
Menu asal nak buat mushroom soup dengan garlic bread. Tapi cendawan lupa beli πŸ˜… Malam tadi selongkar fridge masak apa yang ada jela.
So, menu #bentoammar hari ni - Nasi Goreng Cina/ Cek Mek Molek/ French fries.
Cek Mek Molek tu siap-siap gentel dari malam, lepas tu frozenkan, bagun pagi tinggal goreng je. Nak gentel pepagi buta?? Memang tak lahhhh.. Kecik Molek je rupa dia sebab dapat sweet potato dari Cameroon hari tu tak banyak. Jadilahhh 😭
Menu sendiri, nasi putih, telur mata dengan sambal tumis petai ikan bilis. Gigih menyambal pepagi. hahaha.