My adorable Anas

video

Anas Zahrin, 1y10m..
Attention seeker, selalu buat macam-macam benda yang membuatkan omi bertukar hijau
Bila tau omi nak marah, cepat-cepat datang peluk omi..dia tau omi akan kalah dengan tektik dia..cehh!

Dia memang dah tak nak duduk carseat, selalu jugak la buat stunt dalam kereta yang mana setiap stunt dia tu boleh buat jantung omi berhenti sesaat dua..herghhhh 😩 #jangantiruaksiini

Sebulan lebih je lagi dah nak masuk dua tahun.

Orang selalu ingat baru setahun sebab kecik comel macam omi, ehhh? hahaha..

Pandai apa dah??

Pandai cakap
Pandai baca alif, ba, ta
Pandai baca a,b,c
Pandai nyanyi - hafal lagu boboiboy galaxy paling tak boleh blah 😅
Pandai buat lawak
Pandai bergaduh - dengan abamar
Pandai mengamuk, merajuk
Pandai membazir diapers - abang masuk toilet buang air, dia pun sama pergi bukak diapers konon nak kencing 😂 ok, dah boleh potty train.
Pandai bodek omi, papa

ehhh, pandai belaka lahhh. Itu yang kadang-kadang omi bertukar warna, hijau, biru, merah, kelabu.

Masih lagi kuat mengempeng.

ok, dah boleh wean off pelan-pelan kottt. hahaha..

Omi tau Anas belum ready, omi pun macam tu jugak. Takpe, bukan sekarang. Lepas dua tahun nanti kita cuba pelan-pelan.

Kasi chance kat adik baru pulak. eh! kasi chance omi tido malam dengan lena.. 😅


#ificouldkeepulittle #catatanomibuatanas