Busy Book versi JIMAT

Termenung ku sendiri, hati sayuuu mengenang diri mu...sobsobss.
Tetiba fefeeling satu hari di hari raya ni dah kenapa??
Ambik mood sedih kejap sebab nanti terpaksa berjauhan dengan suami beberapa hari. Gitu laa, demi memenuhi syarat kelayakan gred baru. Its okey baby, bersusah payah dahulu bersenang lenang kemudian.inshaAllah..My prayers always be with u..
Actly nak cerita pasal projek busy book untuk anak-anak. Lamaaaa dah teringin nak buat tapi asyik la tergendala beberapa kali. Bila mood rajin dah datang cepat-cepat la proceed supaya tak terbantut lagi niat tu.
Saya ubah sikit mengikut cost poket sendiri. Haha.
Kalau ikutkan nak laminate mahal jugak kalau beli laminating film. Pergi book store dekat warta bangi (kip mall) tanya harga laminate film tu, 100 keping dalam rm50. Memandangkan bajet saya dibawah rm50, fikir cara lain untuk menepati bajet sendiri.hehe.
Printing cost : rm20
White board marker : rm2.10 (mr diy)
White board duster : rm1.40 (mr diy)
Sheet protector : rm5.40 (2 set = 48pcs)
Ikut kreativiti masing-masing. Kalau tak rajin nak buat ada je orang yang jual ready made.
 Ok la ni untuk anak-anak mem"busy"kan diri sementara emak menyelesaikan kerja rumah dan sebagainya..


Lupa pulak nak bagitau..sheet protector tu tak termasuk file. Masa kemas-kemas stor rumah hari tu terjumpa management file yang dah tak pakai. Masukkan je sheet tu dalam file guna fastener. Jimatttt..hehe..

Busy book ni pun salah satu cara tak nak bagi ammar ni asyik berzikir kat telinga mintak gadget. Gadget tu ada masa bagi jugak dengan kawalan dan had masa tertentu. Nak suruh dia mengadap busy book ni sentiasa pun mesti la bosan jugak kan.. Budak-budak tengah nak explore macam-macam, mana boleh fokus sesuatu terlalu lama. Ada masa dia lambakkan mainan, lepas tu mintak nak tengok kartun kegemaran, agak-agak dah boring dia berimaginasi pulak la macam kartun yang dia tengok tadi.. ada masa tu saya tengah melipat kain pun dia sukarela nak tolong.lipat cara dia la, takpe sekurang-kurangnya ada jugak minat nak membantu emak.hehe..

Ada idea lagi aktiviti yang anak-anak boleh buat di rumah?? Boleh la kongsi..


Bhai~