Bucket list #1 - Menjahit


Rasanya dah bertahun-tahun dah terperammm je dalam bucket list. Macam tak de inisiatif nak mula..
Memandangkan banyak sangat kain ela yang orang bagi terperap je dalam almari sampai dah berbau almari pun ada ni..haha. Gigih jugak la pasang niat dan cari masa nak belajar..

Korbankan kain yang murah-murah dulu. Contohnya kain yang suami belikan. Dia sendiri ngaku kain murah.siapa suruh..hahaha. Kain yang lain sayang nak korbankan untuk belajar. Silap potong nanti menangis bucu meja.

MIL bagi je dah 4 pasang, 2 pasang batik sarawak, sepasang kain apa entah, sepasang lagi dah buat baju raya tahun lepas. FIL bagi sepasang kain saree dari tahun 2014 kot kalau tak silap, pun tak siap jadi baju lagi. Hahaha.. Birthday present dari SIL tahun lepas sepasang. Ada lagi beberapa yang husband belikan dan hadiah dari siapa entah, sampai dah tak ingat sebab bertahun- tahun simpan. So tahun ni siapa-siapa nak bagi hadiah tolong jangan bagi kain.hahahahaha..demand!

Dalam family saya, emak memang pandai menjahit. Dulu-dulu masa sekolah rendah baju sekolah semua emak jahit. Tak pernah beli, lepas ayah tak ada baru semuanya beli siap je. Yela, emak sorang je nak uruskan anak-anak, mana sempat dah nak menjahit. Kakak saya pun memang menjahit sepenuh masa.

Last menjahit masa tingkatan 3 kot, subjek kemahiran hidup modul ekonomi rumah tangga. Itu pun jahit tangan je, belajar jahit jelujur, kelim err apa lagi entah jenis-jenis jahit tu. Lupa dah..

Sila percaya sepanjang lepas kawen ni memang langsung tak pegang benang dan jarum. Kalau seluar/baju suami koyak dia jahit sendiri, baju/seluar anak koyak pun suami tolong jahit termasuklah cangkuk kain baju kurung si isteri yang asyik tercabut..suami lah orang yang akan menjalankan tugas-tugas menjahit. Hewhew.. I love u suami..

Seumur hidup jugak tak pernah menjahit dengan mesin #realtalk .


Nak jahit baju sendiri mesti la ukur badan sendiri. Mula-mula nak pakai je ukuran lama tapi terasa diri ini makin selimmm pulak. hahaha #silajanganmuntah #jangankecamsis #sistakuadd 🙈🙈 ehhh, betul lahh makin selim melim, hilang 3' 😭😭 #trusturinstinct #instinctdoesntlie

Task pertama. Baju kurung. Dulu pernah la belajar buat pola atas kertas. Dah lupa dah pun. Kali ni terus buat pola atas kain.


Tips untuk yang zero basic macam saya ni. Seeloknya belajar dengan kain cotton dulu. Kalau kain licin ni leceh sikit la sebab bergerak-gerak. Kain yang saya guna ni jenis licin, jadi bertabahlahhh bila nak memotong tu. Nampak jelas senget bengetnya. #siscuba

Tak sampai sejam siap dah potong pola. Senang jeeeeeeee rupanya, cuma confuse sikit la. Baru belajar kannnn. Lepas dah siap semua ni, jahit tepi pulak. First time guna mesin jahit tepi, macam bawak kereta je, tekan-tekan pedal. Yang kekoknya, pedal sebelah kiri, biasa bawak kereta tekan pedal minyak sebelah kanan. Hahaha. So masih tak dapat mengawal kelajuan mesin lagi.

Tak siap lagi ni. Tinggal nak cantum semua bahagian je. Disebabkan masa tak mengizinkan, sambung masa next class. Dah siap nanti dengan bangganya saya upload di blog dengan title "my first self-made baju kurung" 😭😭

Dah lulus buat baju kurung, lepas ni belajar modul lain pulak. Moga-moga semangat belajar menjahit ni berkekalan hendaknya. Hahaha.

Nak belajar kat luar mahal kottt untuk 1 modul, nasib baik kakak saya sudi mencurahkan ilmu secara percuma. hewhewhew. Ada setengah orang belajar dengan tengok youtube je. Macam saya ni tak boleh, kena jugak ada cikgu depan mata tolong ajar. Senang nak bertanya itu ini.

Errrr dah boleh kot request kat suami mesin jahit.. #mohonsuamibaca #supportisteripleaseee