Bento Ammar #4


Breakfast Box untuk hari ni, ini je yang mampu omi sediakan untk anak-anak. haha. Suami tak ada minggu ni, so tak ada "alarm clock" yang nak tolong azankan kat telinga sesubuh gajah. 

Harapkan alarm clock handphone sendiri yang selalu di set pukul 6.15 pagi. Memang tak laa nak menumis segala bagai dengan waktu yang singkat. Yang penting anak-anak suka, omi gembira 😂😂

Hari ammar kena bawa bekal memang anas pun akan bawa sekali. Kalau tak nanti dia mengamuk sepanjang pagi. Omi berlaku adil, sediakan untuk kedua-dua sekali. 💗