Rosy Silicon Breastpump

Alhamdulillah, my breastfeeding journey dah nak masuk setahun sepuluh bulan dan hampir mencapai target yang ditetapkan. Syukur ya Allah.

Dugaan dah nak tamat tempoh penyusuan ni macam-macam sikit.

Hari tu dugaan sore nipple, sekarang adapter pump pulak rosak 😓 

Biar apa pun halangan dan dugaan, sebagai seorang pejuang titisan emas akan tetap berjuang sehingga titisan terakhir. haaa giteww. hahaha..

Tak ada isu la sekarang ni, kebanyakan breastpump sekarang semua dah ada spare part. Make sure la masa mula-mula nak beli tu kau tanya macam-macam kat kedai tu. Warranty, spare part senang cari tak, boleh servis ke tidak.

Macam saya, pakai lacte duet. Ada je jual spare part macam dekat PumpOnTheGo, kalau nak walk in kena pergi hq dia di kelana jaya, kalau nak beli online, lazada pun ada jual rasanya. Harga dalam RM59 sahaja. Tak mahal.

Tapi saja nak tukar selera. Electric pump ni nak bagi beliau berehat dulu setelah empat tahun berjasa dari anak yang sulung lagi. hehehe..

Sebelum ni pun memang dah berangan nak cuba silicon breastpump. Lagi-lagi masa sore nipple dulu. Memang down sangat-sangat rasa sebab tak boleh nak pump. Siap dah survey, baca review macam-macam. Bila dah sembuh terus melupakan niat lama. haha. 

Silicon pump ni dah famous jugak dalam berapa tahun lepas. Ada macam-macam brand jugak, Haakaa, Vcool, Autumnz, Rosy..affordable and reasonable price. Pastikan anda membeli dari authorized retailer. Sekarang ni banyak yang fake jugak.

Kalau bab macam ni saya suka walk in bila nak membeli belah. Sebab dapat pegang dapat tengok dapat check-check dulu sebelum beli. Baru puas hati.

Mujur la dekat bangi ni dah macam-macam ada. Tak payah dahh nak turun KL, orang luar bangi pun dah datang bangi okeyyy. Tak percaya tunggu la dekat-dekat nak raya nanti. Hahaha. Sesak wehhh..

Butik ibu dan bayi pun dah melambak-lambak.

Saya suka pergi PumpOnTheGo Bangi Branch. Reason, dekat bebenorr dengan office. Parking senang 😂😂 itu yang penting.

Masa mula-mula pergi, berkenan dengan Haakaa. Pergi lagi sekali tinggal dua brand je autumnz dan rosy. Harga untuk haakaa dalam RM75+ tak silap, Autumnz RM39 dan Rosy RM35 (normal price RM59). 

Disebabkan rosy tengah sale, dengan tidak membuang masa lagi terus sambar seunit. Nak tak nak memang kena beli jugak la sebab adapter rosak 😂


 boleh memuatkan isipadu sehingga 70ml lebih kurang 2-3oz. Tunjuk botol kosong jela, ada isipadu kang paham-paham jelaa 😁 its okey no heart feeling, semoga Allah memberi peluang kepada semua ibu-ibu untuk merasai pengalaman berharga ni. Amin. #nooffense 😘


besar tapak tangan je. nak travel bawak yang ini je, sumbat dalam handbag.

product features:
1) small and convenient to carry
2) safe non-toxic BPA Free High Grade Silicon
3) Soft and comfortable. Easy fit to breast
4) perfect for tandem pumping or nursing
5) Avoid leaking breastmilk (milk collector)

Saya rasa setiap ibu-ibu perlu ada satu. kihkih.. kalau macam saya ni, anak dah nak masuk 2y memang dah tak banyak sangat menyusu. Kira cukup la pakai ni untuk buat stock. Kalau macam mommies yang anak kecik-kecik lagi boleh la guna untuk milk collector time tandem nursing. Supaya tak berlaku pembaziran.