Hari pertama Ammar Zahin

Permulaan 2017 yang baik dan semoga berterusan sehingga ke penghujung.

Azam baru? Apeteww?? haha.

Tak ada nak berazam sangat pun, just go with the flow. May Allah ease everything i do.

Hari ni, hari pertama Ammar Zahin ke kinder. Dalam kepala saya ni dah terfikir bermacam-macam drama sendu sebabak dan dialog yang akan dipertontonkan oleh beliau. Beberapa hari sebelum ke kinder memang dia protes habis-habisan yang dia tak ada sekolah baru, dia masih lagi sekolah di house of toddler. lebih kurang gini la ayat dia;

"bukan umi, bukannnn, bukan school baru. Ammar nak pegi school 'besar' (hot)" ~ di ulang sebanyak lapanblasjuta kali bila disoal sebanyak sekali je. 😭

Hati seorang ibu turut berlagu sendu.

Sedih. 

Sedih memikirkan macam mana dia nak sesuaikan diri dengan environment baru, kawan baru dan teacher baru. Serasi ke dia dengan sekolah ni?? boleh ke dia sesuaikan diri?? ok ke teacher melayan dia?? 

Bukan minta di layan dengan istimewa pun. cuma perhatian yang diberi tu sama rata ke macam anak-anak lain yang memang dah bersekolah di situ sebelum ni?? #clingymom

Takpe lah. balik ni emak soal siasat. haha.

Nampaknya expectation saya sebelum hantar dia tadi salah sama sekali.

Tak ada drama sendu sebabak!

Tak ada dialog air mata!

Sangat tenang..Sampai je sekolah, bukak kasut, salam, kiss kiss, bagi pesanan empat kerat dan dia berjalan masuk dengan tenang sambil menjeling kawan-kawan yang tengah menangis ditenangkan oleh ibubapa dan guru. 😊😊

Cuma bila saya dah nak melangkah pergi tu dia macam pandang dengan pandangan sayu je seolah-olah berkata "pleasee umi, don't leave me here.." dan akhirnya saya yang berjujuran air mata dalam kereta.😭😭

Berat hati sebenarnya nak pergi kerja bila terpaksa meletakkan anak dibawah jagaan orang yang kita tak kenal langsung sebelum ni. Macam mula-mula hantar dia ke taska masa umur 3 bulan dulu. Macam tu la perasaan sekarang ni. 

Alhamdulillah Allah jumpakan saya dengan owner taska dia yang lama (sekarang ni anas pulak kat sana). Baik orangnya, sayang semua anak-anak dibawah jagaan macam anak sendiri. Saya tak kisah bayar mahal, asalkan hati saya senang bila nak bekerja sebab saya tahu anak-anak didalam tangan yang baik.

Hopefully, saya tak silap memilih tadika juga. Erghhh, rasa nak berlari kejap pergi jenguk ammar kat sana 😭😭

Sabar..sabar. baru first day!

InshaAllah semoga semuanya baik-baik saje.


Doa umi dan papa sentiasa mengiringi Ammar Zahin. Belajar rajin-rajin ye nak 

"kalau kawan buli, report dekat teacher. Jangan gaduh-gaduh, main sama-sama, Nak berak, kencing inform teacher. Waktu makan, makan. Waktu tidur, tidur. Jangan lupa sebelum tidur pergi kencing dulu" ~ pesanan penaja pagi tadi
#ificouldkeepulittle 👶




haa, yang ini memang tak banyak masalah pun. paling senang bangun pagi, bukak baju sendiri, bukak diaper sendiri, masuk bilik air, mandi, gosok gigi je papa gosokkan. tahun ni dah start pakai uniform 😘 tak risau sangat sebab masih di tempat lama. dalam kereta asyik la A,B,C..A,B,C..nak belajar sangat nampak gayanya. rileks la dulu Anas, u are still baby tau. Tolong jangan cepat sangat besar! Nanti umi terpaksa bagi adik baru. hahahaha




p.s : dulu mommy sekarang umi, macam mana boleh tukar?? bila rajin la cerita..haha. Yang pasti keputusan nak panggil umi di buat oleh Ammar Zahin.