Hari kedua Ammar Zahin

Kesinambungan dari cerita hari pertama Ammar Zahin ke kinder,

Jalan cerita hari ini lebih serius dan sedikit beremosi. 😂

Petang semalam, ambil dia dulu di kinder. Jarak kinder Ammar dengan taska Anas makan masa dalam 10 minit jugak la, lain seksyen.

Dalam perjalanan ambil Anas tu, sempat la berborak kejap dengan Ammar.

M : "Macam mana school hari ni? ok ke?"

A : "Okkkk..."

M : "Seronok..?"

A : "Seronokkkkkk.."

M : "Teacher baik?"

A : "Baikkk..."

M : "Ammar belajar apa hari ni?"

A : "Belajar main-mainnnn.." (actly tau dah hari first memang belum mula belajar lagi)

M : "Ammar dah dapat kawan baru?"

A : "Tade kawann..." (alahaiii, sedih bunyinya 😅, its ok Ammar, baru 1st day kan)


Hari ni; hari kedua,

Bermula episod duka lara, drama air mata.

Pagi tadi hantar Anas dulu ke taska. Lepas tu terjumpa dengan teacher lama dia tengah jalan. sembang-sembang kejap. Terus dia cakap;

A : "Umi, ammar nak pergi school atas (school lama dia atas bukit)"

M : "Tak boleh sayang, umi dah tak bayar yuran ammar dekat sana. Kita pergi school baru ye."

A : "Tak nakkk, tak nak umi.."

Saya buat tak tahu je, terus menuju ke sekolah baru dia. Dalam kereta tu dah start merengek cakap tak nak school baru. Sampai je dekat guard house depan school baru tu terus meraung. Mujur guard tu tak buat spot check ke apa tengok Ammar Zahin meraung macam kena kidnap je. Haha.

Hati ibu mana yang tak tersentuh kan. Bila dia ulang banyak kali, pujuk rayu supaya tak dihantar ke sana.

"Ammar tak nak school baru, Ammar tak nak kawan baru, Ammar tak nak teacher baru.."

Sedih. 😢

Saat tu rasa macam nak patah balik je. peluk dia dan cakap "ok ammar sayang, hari ni tak payah pergi school, ammar duduk dengan umi jee.."

Tapi ayat tu mampu berlegar-legar dalam hati je. Kalau hari ni dia tak pergi school, esok lusa dia tetap kena ke sana juga.

Pasrah. Kuatkan hati, tahan air mata dari jatuh depan dia.

Ambil handphone. Buat video call dengan suami, minta dia tenangkan Ammar Zahin sementara saya mencari kekuatan.

Masa tu teacher dah tunggu depan pagar nak sambut Ammar Zahin. Saya keluar kereta dan bagitau teacher, Ammar tantrum pagi ni tak nak ke sekolah.

Ammar masih lagi dalam kereta mengamuk, tendang dashboard berkali-kali sambil ditenangkan suami melalui video call. Mujur dia tak campak handphone saya. Kalau tak kena la claim dengan suami iphone 7. haha.

Slowly, saya datang dekat dia, bukak pintu kereta. Dia main lari-lari pulak, dari seat depan ke seat belakang. Tak nak saya pegang dan dukung dia masuk dalam school.

Teacher datang tolong kawal keadaan. Saya dukung Ammar Zahin, teacher tolong angkat beg dan kasut dia. 😓

Masuk je dalam kawasan school terus dia berguling pulak.

Datang lagi sorang teacher cuba tenteramkan dia, peluk dia sambil selawat.

Saya tak boleh bertahan lagi dah. Terus saya minta diri. Sempat teacher pesan supaya jangan susah hati. Mungkin dia nampak muka saya yang tengah tahan air mata yang bertakung dari tadi 😅 

Masuk je kereta terus bercucuran air mata membasahi pipi. kabur pandanganku seketika. haha. peduli apa dengan segala foundation lapanbelas inci yang ranap dimamah air mata. 

Maaflahh, saya memang sejenis emak yang beremosi bila sesuatu hal berkaitan anak. eh, semua emak pun macam tu jugak kan?? haaa jangan tak mengaku.

Susah hati saya.

Tak serasi ke dia dengan tempat ni? 
Tak ok ke tempat yang saya dan suami pilih?

Baru hari kedua kan? Mungkin saya tak boleh harapkan sesuatu lagi. Perlu bagi lebih lagi masa untuk dia serasi di tempat baru. Mudah-mudahan, InshaAllah

Ammar Zahin, memang seorang yang susah mesra dengan orang yang tak dikenali. Sama la macam saya. Haha.

Everything will be fine~