Bento Ammar #1


Minggu ni semua cerita berkisar anak sulung yang baru masuk ke kinder.

Biasa lahh sindrom emak-emak. haha.

Kinder Ammar Zahin ni dah tetapkan sehari untuk parent bawakan bekal untuk breakfast anak-anak. Dia panggil Bento's Day. Hari yang bertuah yang dipilih ialah hari Khamis. 👏👏👏

Setiap hari khamis sepanjang minggu pembelajaran, digalakkan ibubapa untuk membawa bekal sarapan untuk anak masing-masing, kalau terlebih rajin nak bekalkan untuk anak orang pun apa salahnya. Sarapan je, tidaklah complicated sangat nak menyediakan. Tambahan pulak Ammar Zahin tu sejenis anak yang suka makanan simple.

Nasi goreng, spagetti, macaroni, roti bakar, lempeng kosong, cekodok nestum, nugget, popcorn ayam..jenis-jenis macam ni je.

Sayur?

Hmm, dia memang gigih untuk asingkan satu-satu sehingga tiada sebutir sayur pun dalam makanan dia. pfttt 😩 Dah pandai memilih. Anas alhamdulillah okey lagi, sumbat je segala jenis sayur, dia telan je.

Jadi untuk hari pertama #bentoAmmar ini je yang mampu umi sediakan. Roti bakar dengan strawberry jam dan fetucini goreng aje. Gigih bangun awal, silalah hargai usaha murni umi mu ini..😂😂

Biarpun rupa tidak rupawan, inshaAllah rasanya bakal membuat mu tertawan..

First time kannn. Memang tak berseni langsung.

Lepas ni kena la gigih pergi membeli bento maker tools pulak. Kot nanti dia tengok kawan ni bawak nasi bentuk beruang, kawan tu bawak roti bentuk buaya. Tak pasal-pasal dia request umi segala bentuk.

Slowly.

Umi pun masih belajar lagi, kasi chance la umi explore dan gali ilmu-ilmu penyediaan bento ni dulu ye nakkk.

Maka, bermula hari ini di setiap hari bertuah iaitu hari Khamis blog ini akan dihiasi dengan wajah #bentoAmmar sebagai mengenang jasa sendiri bangun dan menyediakan bekal anak sebelum subuh. Siapa lagi nak hargai kita kalau bukan diri sendiri. Kann??

Next week menu apa pulak ye?? hurmmm....