Posts

Showing posts from January, 2017

Rosy Silicon Breastpump

Image
Alhamdulillah, my breastfeeding journey dah nak masuk setahun sepuluh bulan dan hampir mencapai target yang ditetapkan. Syukur ya Allah.
Dugaan dah nak tamat tempoh penyusuan ni macam-macam sikit.
Hari tu dugaan sore nipple, sekarang adapter pump pulak rosak 😓 
Biar apa pun halangan dan dugaan, sebagai seorang pejuang titisan emas akan tetap berjuang sehingga titisan terakhir. haaa giteww. hahaha..
Tak ada isu la sekarang ni, kebanyakan breastpump sekarang semua dah ada spare part. Make sure la masa mula-mula nak beli tu kau tanya macam-macam kat kedai tu. Warranty, spare part senang cari tak, boleh servis ke tidak.
Macam saya, pakai lacte duet. Ada je jual spare part macam dekat PumpOnTheGo, kalau nak walk in kena pergi hq dia di kelana jaya, kalau nak beli online, lazada pun ada jual rasanya. Harga dalam RM59 sahaja. Tak mahal.
Tapi saja nak tukar selera. Electric pump ni nak bagi beliau berehat dulu setelah empat tahun berjasa dari anak yang sulung lagi. hehehe..
Sebelum ni pun m…

Bento Ammar #3

Image
Minggu lepas tak ada #bentoAmmar
Sebabnya, tengah masak-masak gas habisssss 😂😂 mana pulak nak cari gas sesubuh gajah tu kan? Jadinya, emak dapat idea bawak tupperware kosong je singgah gerai atok dan tapau (gerai nasi lemak favorite ammar) kihkih..
So menu hari ni "Nasi Goreng Papa"
Kenapa nasi gorang papa??
Sebabnya, papa dia yang bangun masak pagi tadi. hahaha..maklumlah emak baru sihat dari diserang migrain semalam. So semua kerja suami take over #suamikumithali 😅

Kalau suami yang masak plain je, tak ada sayur. Diorang memang tak makan sayur kekdahnya. kalau emak masak gigih siang sayur walaupun tau anak tak makan..Jadilaaa, nasi goreng ala ala bujang ni. Janji anak kenyang, giteww.

Bento Ammar #2

Image
Churros Mac & Cheese

Bento Ammar #1

Image
Minggu ni semua cerita berkisar anak sulung yang baru masuk ke kinder.
Biasa lahh sindrom emak-emak. haha.
Kinder Ammar Zahin ni dah tetapkan sehari untuk parent bawakan bekal untuk breakfast anak-anak. Dia panggil Bento's Day. Hari yang bertuah yang dipilih ialah hari Khamis. 👏👏👏
Setiap hari khamis sepanjang minggu pembelajaran, digalakkan ibubapa untuk membawa bekal sarapan untuk anak masing-masing, kalau terlebih rajin nak bekalkan untuk anak orang pun apa salahnya. Sarapan je, tidaklah complicated sangat nak menyediakan. Tambahan pulak Ammar Zahin tu sejenis anak yang suka makanan simple.
Nasi goreng, spagetti, macaroni, roti bakar, lempeng kosong, cekodok nestum, nugget, popcorn ayam..jenis-jenis macam ni je.
Sayur?
Hmm, dia memang gigih untuk asingkan satu-satu sehingga tiada sebutir sayur pun dalam makanan dia. pfttt 😩 Dah pandai memilih. Anas alhamdulillah okey lagi, sumbat je segala jenis sayur, dia telan je.

Jadi untuk hari pertama #bentoAmmar ini je yang mampu umi …

Hari kedua Ammar Zahin

Kesinambungan dari cerita hari pertama Ammar Zahin ke kinder,
Jalan cerita hari ini lebih serius dan sedikit beremosi. 😂
Petang semalam, ambil dia dulu di kinder. Jarak kinder Ammar dengan taska Anas makan masa dalam 10 minit jugak la, lain seksyen.
Dalam perjalanan ambil Anas tu, sempat la berborak kejap dengan Ammar.
M : "Macam mana school hari ni? ok ke?"
A : "Okkkk..."
M : "Seronok..?"
A : "Seronokkkkkk.."
M : "Teacher baik?"
A : "Baikkk..."
M : "Ammar belajar apa hari ni?"
A : "Belajar main-mainnnn.." (actly tau dah hari first memang belum mula belajar lagi)
M : "Ammar dah dapat kawan baru?"
A : "Tade kawann..." (alahaiii, sedih bunyinya 😅, its ok Ammar, baru 1st day kan)

Hari ni; hari kedua,
Bermula episod duka lara, drama air mata.
Pagi tadi hantar Anas dulu ke taska. Lepas tu terjumpa dengan teacher lama dia tengah jalan. sembang-sembang kejap. Terus dia cakap;
A : "Umi, ammar nak …

Hari pertama Ammar Zahin

Image
Permulaan 2017 yang baik dan semoga berterusan sehingga ke penghujung.
Azam baru? Apeteww?? haha.
Tak ada nak berazam sangat pun, just go with the flow. May Allah ease everything i do.
Hari ni, hari pertama Ammar Zahin ke kinder. Dalam kepala saya ni dah terfikir bermacam-macam drama sendu sebabak dan dialog yang akan dipertontonkan oleh beliau. Beberapa hari sebelum ke kinder memang dia protes habis-habisan yang dia tak ada sekolah baru, dia masih lagi sekolah di house of toddler. lebih kurang gini la ayat dia;
"bukan umi, bukannnn, bukan school baru. Ammar nak pegi school 'besar' (hot)" ~ di ulang sebanyak lapanblasjuta kali bila disoal sebanyak sekali je. 😭
Hati seorang ibu turut berlagu sendu.
Sedih. 
Sedih memikirkan macam mana dia nak sesuaikan diri dengan environment baru, kawan baru dan teacher baru. Serasi ke dia dengan sekolah ni?? boleh ke dia sesuaikan diri?? ok ke teacher melayan dia?? 
Bukan minta di layan dengan istimewa pun. cuma perhatian yang diber…