Posts

Showing posts from 2017

Seminar Setiausaha 2017

Image
Release kejap dari kerja yang tak pernah habis. πŸ˜“
Sebenarnya terlupa hari ni ada seminar. Gigih sis masuk ofis hari ni. masuk je ofis, first sekali, bukak lah email dulu, maklumlah dari jumaat tak masuk ofis, ada urusan adik-adik dekat fakulti yang nak kena selesaikan di luar. Email yang di sync dengan handphone bertalu talu masuk tapi malas nak baca,  whatsapp tak usah cakaplah..πŸ˜‚
Dah clear pasal task nak buat hari ni barulah check calendar. Masukkan task dengan deadline.
Tu yang baru perasan ada seminar. Lupa nak set reminder, kalau tak bertalu bunyi notification kat handphone.
Gitu lahhh #lifeassecretary katanya 😁
Semua nak kena sync dengan handphone. Maksudnya sampai ke rumah pun masih lagi terikat dengan kerja.. Yang pasti balik rumah, phone silent! 
Kerja, kerja, kerja.
So hari ni skip kejaplah dari bebanan kerja. Bak kata penceramah tadi, u have a right untuk bagitau bos hari ni "Boss, please respect MY TIME today" πŸ˜‚πŸ˜‚
Tapi tak sampai hatilah nak cakap gitu kan. …

Hectic

Image
Nak cuti 😭😭

Magnificent Jumaat #2

Image
Saya juga manusia, manusia yang jauh dari kesempurnaan. Kalau ada tersalah kata, terlanjur bicara, Maafkanlah.
Atas rasa tanggungjawab itu yang buat saya memadam semua kata-kata dan cerita yang tak sepatutnya di kongsi, baik di sini mahupun dimana-mana. 
Apa yang menjadi perkataan seharian kita, adalah apa yang ada dalam hati kita. Itulah diri kita. 
Bukan semua yang kita rasa boleh di luah dengan kata-kata. 
Kata-kata yang akhirnya membawa dosa ke atas diri saya sendiri. 
Cukuplah mendoakan sesama kita, moga urusan hati, Allah permudahkan.
Maafkanlah saya. πŸ˜”πŸ˜”

Infection

Isnin lepas dah cerita tentang vaksin Anas untuk dua tahun. Sepatutnya minggu lepas tapi terpaksa di tunda sebab demam.
Jadi, Isnin tu selesailah ambik vaksin untuk dua tahun.
Keesokkan harinya pulak, masa nak mandikan Anas pagi Selasa tu, nampak peha dia bengkak sikit dan merah. Bagitau suami, masa tu pun suami tengah nak bergegas pergi kerja dah, terpaksa keluar awal sebab kena pergi ke mahkamah klang. Dia tengok sekali lalu jela. Mungkin fikir macam saya jugak kot 'biasalah, normal la baru lepas cucuk bengkak'

Balik kerja petang tu, tengah 'bonding time' Anas dan Omi, check balik peha dia. Makin besar pulak bengkak. Bila picit-picit dia relax je macam tak sakit. Emm, memang tak sakit la kot.

Suami suruh tanya kawan kitorang yang kerja sebagai nurse dekat kpj. Whatsapp dia tunjuk gambar.

Kawan kitorang tu inform, sepatutnya tak bengkak lepas cucuk. Dia suggest jumpa je Dr. dan tanya. Salah satu sebab katanya infection.

Suami, bila dah dengar macam tu hati dia lagi t…

Weaning Off, Anas Zahrin #2

Hari tanpa bekalan.
Saya namakan hari ni sebagai hari tanpa bekalan untuk Anas Zahrin. Sebab bermula hari ni dah tak bekalkan stock susu lagi untuk dia.
Macam kejam bunyinya πŸ˜‚
Tapi, itulah hakikatnya. Tabah omi, tabah... πŸ’ͺ
Pagi tadi hantar dia dekat taska, tinggalkan pesan jugak dekat teacher. Start hari ni dah tak bekalkan stock susu. Tapi kalau dia merengek ke, mengamuk ke nak susu, mintak teacher inform saya terus. Sebab saya standby je pump dekat ofis. 
Kalau boleh tak nak lah menyusahkan teacher melayan ragam dia sebenarnya, sebab tu standby je pump, incase la dia mengamuk nak susu.
Incase,
Hopefully tak laaa. Semoga Anas pun kuat semangat dan tabah 😊
Walaupun sebenarnya saya tau dia okey je tak ada susu kat taska. Dia bukan kisah sangat pun dengan botol susu tu. haha.
Cabaran yang sebenar-benarnya nak weaning off ialah directfeed. 
Ni paling susah ni.
Tak pela, kita cuba yang termudah dulu, lepas tu baru move to the next step. 
Cabaran yang susah tu melibatkan emosi. Emosi a…

Sup Ayam Anakanda

Image
Ni apa ni, pasal sup ayam pun nak di kongsi dalam blog ke? Macamlah susah sangat nak buat sup ayam. πŸ˜‚
Relax-relax..

Al kisahnya, semalam genap umur Anas Zahrin dua tahun, dan semalam jugak ada appoinment di klinik untuk last vaksin. Malangnya tak boleh di vaksin kerana demam.

Demam di hari jadi. Nak bertambah bijak leteww.

Actly dah dua tiga hari Anas batuk dan selsema, tapi suhu badan start naik semalam. Dari rumah dah rasa dedar je, check suhu baru 37.3, tak demam pun. Sampai je klinik, nurse check terus jadi 38.3 πŸ˜‚

Sabar jela omi.

Tapi sesungguhnya memang tak nampak simtom-simtom orang demam, memanjat sana, berlari keliling klinik 😌 nurse pun confuse, demam ke tak demam ni. Walaupun suhu agak tinggi, alhamdulillah masih kekal aktif bertenaga πŸ’ͺ

No worries.

Balik je rumah omi terus sediakan remedy terbaik untuk orang batuk, selsema dan demam!

SUP AYAM ~

Kalau anak-anak tak sihat biasanya memang bagi sup je, tak kiralah sup ayam ke, sup sayur ke. Anas ni biasanya makan ikut mood,…

Adorable Anas Turns 2

Image
Semalam kami sekeluarga decide nak celebrate birthday Anas Zahrin. Walaupun birthday dia yang sebenarnya pada 6 April, alaa awal dua hari je. Tak pe, celebrate in advance.
Plan asal nak celebrate weekend ni, buat dekat taman saujana hijau, photoshoot sikit dengan props. Tapi biasalah, kita merancang, Allah menentukan. Tak jadi, lagi pun cuaca sekarang ni tak menentu. Err tak pela, kita buat photoshoot jela nanti. hehe.

Sebabnya papa diorang agak busy dalam dua bulan ni. Outstation sana sini tak habis-habis lagi πŸ˜… Pengorbanan namanya, lagi tinggi jawatan maka lagi banyaklah beban tugas dan tanggungjawab yang terpaksa di galas. It's okey papa, anak-anak semua memahami. Emak kepada anak-anak lebih memahami. Janji lepas ni dapat beli ferrari sebijik, eh, honda civic sebijik, hahahaha. Berangan!
Kami celebrate simple je, just four of us. Papa, Omi, Abamar, dan yang diraikan Tuan Anas Zahrin, bukan Anas Mikail πŸ˜‚
Sebenarnya tak plan pun nak celebrate semalam, balik kerja terus decide.…

Keria Gula Melaka

Image
Hari tu terbaca blog kak aty pasal kueh keria (silent reader blog beliau sebab suka tengok rumahnya yang cantik itu, hehe), terus teringat ada keledek dekat rumah yang dah tergolek seminggu dekat dapur tu. Memang asalnya nak buat keria pun tapi semangat membuat tu tak di seru lagi. Jadi biarkan jelah keledek tu tergolek-golek dulu dekat sana. πŸ™Š
Daripada viral sampai dah tak berapa nak viral nak buat tapi tak terbuat jugak.
Senang macam mana pun resepinya, kalau mood tu tak sampai nak buat memang tak buat jugak. 
Walaupun setiap tahun balik melaka, sekali pun suami tak pernah bawak merasa kueh keria yang viral tu. Nak suruh dia beratur berpusu-pusu lepas tu dapat beli ikut quota yang ditetapkan?? Memang tak lahhh~
Gigihlah buat sendiri. Gigih tak gigih jugak la, disebabkan dah terbeli keledek dan terbiar dekat seminggu, takut pulak berakar umbi πŸ˜‚ dah tak jadi kuih keria, jadi penternak keledek yang berjaya pulak nanti. haha.
Nak buat keria ni tak banyak pakai bahan pun. 

BAHAN-BAHAN…

Magnificent Jumaat #1

Copy & Paste;
sources : Whatsapp Group original sources : tidak dapat dipastikan.

Masuk rumah. Semuanya senyap sunyi.
Suami tak bercakap. Isteri tak bercakap.
Apabila isteri mahu bercakap, suami sudah keluar rumah ‘ngeteh’ bersama kawan-kawan. Apabila suami mahu bercakap, isteri sudah tidur di bilik keletihan.
Anak-anak? Disuruh buat kerja rumah. Tiada siapa meneman. Akhirnya buku ditolak ke tepi, layan Insta di iPhone 7 plus lebih menarik.
Dari mana belajar ‘duckface’? Tengok gambar Insta kawan-kawan.
Abah duduk ‘pulau’ lain.
Mama hidup ‘pulau’ lain.
Anak-anak terdampar ‘pulau’ lain.
Masing-masing ada ‘pulau’ sendiri.
Katanya kita keluarga?
Suami ada masalah, tak terasa nak berbincang dengan isteri. Isteri ada masalah, tercari-cari dengan siapa mahu dikongsi. Anak ada masalah, terasa hidup sebagai anak tiri. Hidup sendiri-sendiri. Keluarga bahagia? 
Jauh. Lebih jauh dari Kuala Lumpur ke Miri.
Buka surah At-Taubah.
Kaab bin Malik dan beberapa orang sahabat Nabi dipulaukan k…

Weaning Off, Anas Zahrin #1

Diam tak diam minggu depan anak teruna kedua tu dah nak masuk dua tahun dah. Alhamdulillah.
Diam tak diam jugak hampir dua tahun jugak omi mengusung beg doremon ke tempat kerja. Beg doremon yang banyak berjasa buat omi dan anak-anak. Juga tidak ketinggalan buat suami, sebab tak payah beli formula milk πŸ™Š kira berjasa jugak lah tu. haha.
OK!
Dengan itu, genap je umur Anas Zahrin dua tahun minggu depan, omi isytiharkan untuk 'wean off' secara pelan-pelan. Ye, slow-slow dan tiada paksaan di antara kita berdua.

Kenapa tak nak teruskan??

Cukuplah dua tahun. #jangankecamomiplease . Setiap orang ada pandangan, pengalaman berbeza-beza kan.

Weaning off pun bukanlah nak dilakukan secara drastik. Ambik masa jugak. Ikut pengalaman yang lepas masa Ammar Zahin, ambik masa dalam lima bulan jugak untuk berhenti sepenuhnya πŸ˜‚

Macam-macam tips saya dapat. Sapu itu lah, letak ini lah. Hehehe. Tapi tak buat pun. Saya tak sampai hati sebenarnya. Biarlah  secara semulajadi. Tak ada stress antara i…

Mengaji

Tahun ni saya berazam untuk tekankan sikit dalam bab mengaji untuk Ammar Zahin di rumah. Walaupun dekat sekolah dia dah mengaji, balik rumah saya tetap buat revision sama-sama dengan dia lepas maghrib. Kadang-kadang tu, suami ambik alih bila saya terkejar-kejar nak siapkan makan malam, nak solat maghrib dengan melayan si Anas Zahrin yang asyik mengempeng lepas gian πŸ˜‚
Alhamdulillah, permulaan agak susah, mencabar dan penuh drama.
Akhirnya, berjaya jugak kami berdua mengharungi kelemahan masing-masing.
Ye, walaupun rasa agak terlambat jugak tekankan dia bab-bab mengaji ni tapi alhamdulillah Ammar Zahin sangat cepat belajar. Tak apa lah, better late than never kan?
Bila mengajar anak sendiri ni cabaran dia lain sikit, tak macam dia belajar dengan teacher kat sekolah.

Bila tanya performance Ammar Zahin kat sekolah macam mana, teacher puji melambong-lambong. "Kak, Ammar Zahin ni sangatttt bagus, sangattt fokus dalam kelas, suka participate dalam semua aktiviti, blablabla...."

A…

Umi ke mommy?

Sebelum ni memang panggil mommy pun.
Tapi, Ammar dah masuk 4 tahun pun belum jugak fasih nak menutur perkataan mommy tu. 
Mula-mula mama, lepas tu ami, lepas tu mimi. Dan sekarang ni pulak omi. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Payah nak menyebut agaknya. Maklumlah lidah melayu. Mak kau je tak sedor diri..
Kenapa mommy?
Sebab dalam keluarga sebelah saya ni anak-anak panggil mak sedara semua bukan dengan panggilan mak long, mak ngah macam tu..
Macam abang dengan kak ipar, anak-anak saya panggil ayah dengan mama. Tapi anak diorang panggil saya mokde πŸ˜‚
Kalau kak ngah dengan abang ipar saya pulak, anak-anak saya panggil ayahngah dengan ibu. Anak-anak diorang panggil saya mommy sebab sebelum kawen lagi anak diorang yang sulong panggil saya mommy πŸ˜‚
So, melekatlah panggilan mommy tu sampai dah ada anak maka di teruskan pula untuk anak sendiri.
Paham tak? Tak paham takpe, tak penting pun bagaimana sejahrahnya bermula. Hahaha.
Macam saya cakap tadi, Ammar ni susah betul nak menyebut perkataan mommy. 4 tahun tunggu di…

Berwajah Baru

Holaa!
Mencari mood untuk berblog. Nak ada mood kena la 'mencantek' kan sikit rupa blog tak semenggah ni dulu. Asalkan sedap mata sendiri memandang.
Lama dah tak tukar theme, susun atur layout.
So tukar la sikit, try test theme baru, click satu-satu, preview kejap tengok berkenan ke tidak lepas rasa puas hati sikit baru save 😁 ok la ni, guna theme yang sedia ada je - contempo - 
Adjust sikit layout, susun-susun bagi sedap mata memandang dan tak berterabur sangat. Mana yang rasa tak perlu tu remove. Nak nampak simple dan matured. Dulu-dulu boleh la tukar cursor jadi rama-rama ke, letak link lagu kegemaran ke. Umur dah three series ni macam dah tak sesuai rasanya πŸ™ŠπŸ™Š cukuplah yang simple je. Tak serabut mata memandang.
Lepas ni nak tapis post yang lama pulak.
Masa 'reconstruct' hari tu semua post di 'revert to draft'. Ni dalam proses pemilihan, post mana yang nak di pertontonkan balik. Jenuh jugak la nak bukak satu-satu dan baca balik πŸ˜‚ Eh tapi seronok jugak …

Soto Ayam Simple, Cepat dan Lazat

Image
Weekend lepas macam biasa bila suami terpaksa kerja memang tak ada plan ke mana-mana lah jawabnya. Plan nak keluar pun lepas suami balik kerja konon nya. Nak ke festival makanan antarabangs je pun, 5 minit dari rumah πŸ™ˆ Alaa depan presint diplomatik tu. Siapa suka thai food wajib pergi. Sampai 8hb ni je..

Sementara nak menunggu kepulangan suami, buatlah apa yang patut dulu.

Disebabkan pagi-pagi dah breakfast dekat luar, fikirkan menu untuk tengah hari sampai ke malam je lah. Masak tengah hari tapi boleh makan sampai ke malam. Selalu weekend memang masak portion banyak sebab malas lahhh banyak kali nak masuk dapur πŸ˜‚ melainkan kalau awal-awal suami dah pesan, malam tak payah masak sebab nak bawak makan kat hotel lapan belas bintang (gerai tepi jalan jelaah, kan dapat tengok banyak bintang dilangit). wanita terbahagialahh aku jawabnya. kahkah..

Weekend tu mood saya tengah berkerjasama dengan baik, anak-anak turut behave dengan aktiviti masing-masing. Dapatlah saya scroll-scroll resepi …

My Breastfeeding Journey #AnasZahrin

Image
A month to complete. InshaAllah. Alhamdulillah, Allah makes it easy. And thank you husband for your part in this journey (ucapan menang award) πŸ˜‚πŸ˜‚ #journeytoPhDinbreastfeeding #secondPhD #ididit #proudmom #selfreward #nothingcanbeatthishappiness #onlycomesonecinalifetime #readyforthirdπŸ‘Ά

Definisi Bahagia #inmyperspective

Image
In my perspective, ecehh πŸ˜‚
Bahagia itu subjektif, sama juga dengan perspektif cantiknya wanita di mata lelaki, handsomenya lelaki di mata wanita dan sebagainya. Kenapa cantik dan handsome menjadi contoh?? Sebab itu yang paling simple untuk difahami kottt. ngerti??
Bahagia itu terpulang kepada individu.

Bahagia dapat mengurus anak-anak dengan tangan sendiri.

Bahagia dapat memasak makanan untuk suami dan anak-anak dengan makanan yang sedap-sedap.

Bahagia dapat berbakti kepada kedua orang tua kita.

Bahagia bila dapat bertugas dalam organisasi yang tak banyak drama. #luckyme

Bahagia bila anak-anak berjaya menjadi insan yang berguna

Dan lain-lain hal yang kita buat dan senang dengan keadaan tersebut..

Bagi saya bahagia itu tak perlu matlamat. Bila kita meletakkan matlamat untuk bahagia kena buat itu, kena buat ini takut-takut satu hari nanti tak mustahil menjadi disaster!

Nak bahagia kena ada duit berkepuk-kepuk dalam bank.

Nak bahagia kena selalu beli barang mewah dan berharga.

Nak baha…

Bento Ammar #5

Image
Hari ni pukul lima pagi dah berkumandang alarm suami dekat telinga isteri. haha. Gigih laaa jugak bangun menuju ke dapur dengan lemah longlai 😴😴😴 
Mujur laa dari malam dah prepare semua barang-barang nak memasak. Pagi tadi tinggal tumis-tumis, kelentung, kelantang..siappp!
Menu asal nak buat mushroom soup dengan garlic bread. Tapi cendawan lupa beli πŸ˜… Malam tadi selongkar fridge masak apa yang ada jela.
So, menu #bentoammar hari ni - Nasi Goreng Cina/ Cek Mek Molek/ French fries.
Cek Mek Molek tu siap-siap gentel dari malam, lepas tu frozenkan, bagun pagi tinggal goreng je. Nak gentel pepagi buta?? Memang tak lahhhh.. Kecik Molek je rupa dia sebab dapat sweet potato dari Cameroon hari tu tak banyak. Jadilahhh 😭
Menu sendiri, nasi putih, telur mata dengan sambal tumis petai ikan bilis. Gigih menyambal pepagi. hahaha. 

My adorable Anas

Image
Anas Zahrin, 1y10m.. Attention seeker, selalu buat macam-macam benda yang membuatkan omi bertukar hijau Bila tau omi nak marah, cepat-cepat datang peluk omi..dia tau omi akan kalah dengan tektik dia..cehh!
Dia memang dah tak nak duduk carseat, selalu jugak la buat stunt dalam kereta yang mana setiap stunt dia tu boleh buat jantung omi berhenti sesaat dua..herghhhh 😩 #jangantiruaksiini
Sebulan lebih je lagi dah nak masuk dua tahun.
Orang selalu ingat baru setahun sebab kecik comel macam omi, ehhh? hahaha..
Pandai apa dah??
Pandai cakap Pandai baca alif, ba, ta Pandai baca a,b,c Pandai nyanyi - hafal lagu boboiboy galaxy paling tak boleh blah πŸ˜… Pandai buat lawak Pandai bergaduh - dengan abamar Pandai mengamuk, merajuk Pandai membazir diapers - abang masuk toilet buang air, dia pun sama pergi bukak diapers konon nak kencing πŸ˜‚ ok, dah boleh potty train. Pandai bodek omi, papa
ehhh, pandai belaka lahhh. Itu yang kadang-kadang omi bertukar warna, hijau, biru, merah, kelabu.
Masih lagi k…

Bento Ammar #4

Image
Breakfast Box untuk hari ni, ini je yang mampu omi sediakan untk anak-anak. haha. Suami tak ada minggu ni, so tak ada "alarm clock" yang nak tolong azankan kat telinga sesubuh gajah. 
Harapkan alarm clock handphone sendiri yang selalu di set pukul 6.15 pagi. Memang tak laa nak menumis segala bagai dengan waktu yang singkat. Yang penting anak-anak suka, omi gembira πŸ˜‚πŸ˜‚
Hari ammar kena bawa bekal memang anas pun akan bawa sekali. Kalau tak nanti dia mengamuk sepanjang pagi. Omi berlaku adil, sediakan untuk kedua-dua sekali. πŸ’—

Bucket list #1 - Menjahit

Image
Rasanya dah bertahun-tahun dah terperammm je dalam bucket list. Macam tak de inisiatif nak mula.. Memandangkan banyak sangat kain ela yang orang bagi terperap je dalam almari sampai dah berbau almari pun ada ni..haha. Gigih jugak la pasang niat dan cari masa nak belajar..
Korbankan kain yang murah-murah dulu. Contohnya kain yang suami belikan. Dia sendiri ngaku kain murah.siapa suruh..hahaha. Kain yang lain sayang nak korbankan untuk belajar. Silap potong nanti menangis bucu meja.
MIL bagi je dah 4 pasang, 2 pasang batik sarawak, sepasang kain apa entah, sepasang lagi dah buat baju raya tahun lepas. FIL bagi sepasang kain saree dari tahun 2014 kot kalau tak silap, pun tak siap jadi baju lagi. Hahaha.. Birthday present dari SIL tahun lepas sepasang. Ada lagi beberapa yang husband belikan dan hadiah dari siapa entah, sampai dah tak ingat sebab bertahun- tahun simpan. So tahun ni siapa-siapa nak bagi hadiah tolong jangan bagi kain.hahahahaha..demand!
Dalam family saya, emak memang pand…

Busy Book versi JIMAT

Image
Termenung ku sendiri, hati sayuuu mengenang diri mu...sobsobss. Tetiba fefeeling satu hari di hari raya ni dah kenapa?? Ambik mood sedih kejap sebab nanti terpaksa berjauhan dengan suami beberapa hari. Gitu laa, demi memenuhi syarat kelayakan gred baru. Its okey baby, bersusah payah dahulu bersenang lenang kemudian.inshaAllah..My prayers always be with u.. Actly nak cerita pasal projek busy book untuk anak-anak. Lamaaaa dah teringin nak buat tapi asyik la tergendala beberapa kali. Bila mood rajin dah datang cepat-cepat la proceed supaya tak terbantut lagi niat tu. Saya ubah sikit mengikut cost poket sendiri. Haha. Kalau ikutkan nak laminate mahal jugak kalau beli laminating film. Pergi book store dekat warta bangi (kip mall) tanya harga laminate film tu, 100 keping dalam rm50. Memandangkan bajet saya dibawah rm50, fikir cara lain untuk menepati bajet sendiri.hehe. Printing cost : rm20
White board marker : rm2.10 (mr diy)
White board duster : rm1.40 (mr diy)
Sheet protector : rm5.40 (…

Rosy Silicon Breastpump

Image
Alhamdulillah, my breastfeeding journey dah nak masuk setahun sepuluh bulan dan hampir mencapai target yang ditetapkan. Syukur ya Allah.
Dugaan dah nak tamat tempoh penyusuan ni macam-macam sikit.
Hari tu dugaan sore nipple, sekarang adapter pump pulak rosak πŸ˜“ 
Biar apa pun halangan dan dugaan, sebagai seorang pejuang titisan emas akan tetap berjuang sehingga titisan terakhir. haaa giteww. hahaha..
Tak ada isu la sekarang ni, kebanyakan breastpump sekarang semua dah ada spare part. Make sure la masa mula-mula nak beli tu kau tanya macam-macam kat kedai tu. Warranty, spare part senang cari tak, boleh servis ke tidak.
Macam saya, pakai lacte duet. Ada je jual spare part macam dekat PumpOnTheGo, kalau nak walk in kena pergi hq dia di kelana jaya, kalau nak beli online, lazada pun ada jual rasanya. Harga dalam RM59 sahaja. Tak mahal.
Tapi saja nak tukar selera. Electric pump ni nak bagi beliau berehat dulu setelah empat tahun berjasa dari anak yang sulung lagi. hehehe..
Sebelum ni pun m…

Bento Ammar #3

Image
Minggu lepas tak ada #bentoAmmar
Sebabnya, tengah masak-masak gas habisssss πŸ˜‚πŸ˜‚ mana pulak nak cari gas sesubuh gajah tu kan? Jadinya, emak dapat idea bawak tupperware kosong je singgah gerai atok dan tapau (gerai nasi lemak favorite ammar) kihkih..
So menu hari ni "Nasi Goreng Papa"
Kenapa nasi gorang papa??
Sebabnya, papa dia yang bangun masak pagi tadi. hahaha..maklumlah emak baru sihat dari diserang migrain semalam. So semua kerja suami take over #suamikumithali πŸ˜…

Kalau suami yang masak plain je, tak ada sayur. Diorang memang tak makan sayur kekdahnya. kalau emak masak gigih siang sayur walaupun tau anak tak makan..Jadilaaa, nasi goreng ala ala bujang ni. Janji anak kenyang, giteww.

Bento Ammar #2

Image
Churros Mac & Cheese

Bento Ammar #1

Image
Minggu ni semua cerita berkisar anak sulung yang baru masuk ke kinder.
Biasa lahh sindrom emak-emak. haha.
Kinder Ammar Zahin ni dah tetapkan sehari untuk parent bawakan bekal untuk breakfast anak-anak. Dia panggil Bento's Day. Hari yang bertuah yang dipilih ialah hari Khamis. πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Setiap hari khamis sepanjang minggu pembelajaran, digalakkan ibubapa untuk membawa bekal sarapan untuk anak masing-masing, kalau terlebih rajin nak bekalkan untuk anak orang pun apa salahnya. Sarapan je, tidaklah complicated sangat nak menyediakan. Tambahan pulak Ammar Zahin tu sejenis anak yang suka makanan simple.
Nasi goreng, spagetti, macaroni, roti bakar, lempeng kosong, cekodok nestum, nugget, popcorn ayam..jenis-jenis macam ni je.
Sayur?
Hmm, dia memang gigih untuk asingkan satu-satu sehingga tiada sebutir sayur pun dalam makanan dia. pfttt 😩 Dah pandai memilih. Anas alhamdulillah okey lagi, sumbat je segala jenis sayur, dia telan je.

Jadi untuk hari pertama #bentoAmmar ini je yang mampu umi …

Hari kedua Ammar Zahin

Kesinambungan dari cerita hari pertama Ammar Zahin ke kinder,
Jalan cerita hari ini lebih serius dan sedikit beremosi. πŸ˜‚
Petang semalam, ambil dia dulu di kinder. Jarak kinder Ammar dengan taska Anas makan masa dalam 10 minit jugak la, lain seksyen.
Dalam perjalanan ambil Anas tu, sempat la berborak kejap dengan Ammar.
M : "Macam mana school hari ni? ok ke?"
A : "Okkkk..."
M : "Seronok..?"
A : "Seronokkkkkk.."
M : "Teacher baik?"
A : "Baikkk..."
M : "Ammar belajar apa hari ni?"
A : "Belajar main-mainnnn.." (actly tau dah hari first memang belum mula belajar lagi)
M : "Ammar dah dapat kawan baru?"
A : "Tade kawann..." (alahaiii, sedih bunyinya πŸ˜…, its ok Ammar, baru 1st day kan)

Hari ni; hari kedua,
Bermula episod duka lara, drama air mata.
Pagi tadi hantar Anas dulu ke taska. Lepas tu terjumpa dengan teacher lama dia tengah jalan. sembang-sembang kejap. Terus dia cakap;
A : "Umi, ammar nak …