Anas Zahrin Setahun Tujuh Bulan




Nak masuk setahun lapan bulan dah pun, tahun depan dua tahun.

How time flies.

Kenapa cepat sangat besar ni?? Next year Ammar 5 tahun, Anas 2 tahun. Ya Allah, cepat sungguh anak-anak ni membesar. Rasa macam baru semalam kepak kepak kebum kebumm kawen. Hahaha..

Awal tahun kawen, hujung tahun keluar seketul, dua tahun berikut keluar lagi seketul.

This cheeky boy banyak sangatt dah akal dia. Sangattt banyak.

Dah boleh bercakap beberapa patah perkataan. Yang boleh mak bapak dia faham la. Cuma sampai sekarang dia susah nak sebut mommy. Ammar pun sampai sekarang tak panggil mommy, dia panggil mimi, kadang-kadang tu ummi. Bila tanya, mommy ke ummi?? Dia akan cakap ummi, bila saya cakap "mommy laaa", dia akan jawab "bukannnn, ummiiii".

Kemain emak nya ponnn nak acah-acah western, anak-anak nak panggilan melayu jugak. Tak kisah lah. Yang mana selesa dia nak meyebut. Haha.

Cheeky boy sorang ni cepat belajar dari apa yang dia tengok.

Abang memanjat, dia pun sama naik memanjat.

Abang berlari, dia berlari. Dah tiga kali rasanya tersungkur sampai berdarah bibir. Yang penting tak pernah serik.

Kuat mengamuk hoii. Dia kalau tengok abang pegang apa-apa je mesti dia pun nak. So, segala mak nenek mainan mahupun barang yang dibeli untuk abang, kena beli untuk dia jugak. SAMA! Saya jenis yang tak berapa suka beli benda yang sama lebih dari satu, lagi-lagi mainan. Herghhh stress emak kau nak oii.

Sekarang ni dah kena mandi pagi-pagi sebelum pergi school, of course la suami yang akan memandikan anak-anak sementara emak berlenggang kangkong bersiap dengan aman damai. I love u suami..haha.

Kalau suami outstation gelap gulita dunia emak. Sorang nak mandi bilik air luar, sorang nak mandi bilik air dalam bilik. herghhh, memang bertukar hulk la jawabnya dan sepanjang minggu ketiadaan suami, log in emak merah setiap hari. T__T

Dah pandai baca ABC tapi berterabur huruf dan hanya beberapa huruf je yang dia kenal pun. A, C, B, G, S, Jekk (Z) . Hahaha. Teacher kat school dia yang banyak ajar ni. Nak harap emak, hurmmm tunggu masuk tadika laa. Bila lalu dekat highway atau mana-mana yang dia nampak signboard terus automatik baca A,B,C. Main sebut jela sebab dia bukan kenal betul huruf-huruf tu semua.

Setiap kali lepas solat, dia akan datang bawa buku ABC dia. Sebab biasanya, lepas solat dia akan tengok abang dia baca iqra. So dia ikut apa saje yang abang buat. Abang idola adik giteww. Bila benda-benda yang bahaya dan tak elok abang buat, kena la tegur.

Paling suka lagu didi and friends tu. Sebut la kat dia "horaaa...." nanti dia akan sambung "horeyyyy.."

Watak jarjit dalam Upin Ipin tu memang favorite dia. Asal jarjit berpantun je gelak. hekelehh macam paham. Haha.

Hafal lagu boboiboy paling tak boleh diterima akal. -_-! omaigaddd.. cuba hafal surah-surah lazim ke  sejuk perut ibu mengandung #typicalmom

Haiwan kesayangan dia kucing. Bila nampak kucing je, excited dia lain macam. Di kejarnya kucing sampai dapat kalau boleh.

Terus membesar dengan sihat ye anak! 

Mimi love u soo much baby...

Nanti dah besar baca blog mimi yee.