Misi mencari kinder

Memandangkan dah bulan 10, kelam kabut jugak la memikirkan kinder untuk ammar next year. Macam tak percaya je saya ada seorang anak yang dah nak bersekolah. Haha.

Set cuti sehari ajak suami pusing-pusing bangi survey kinder yang paling dekat dengan tempat kerja saya. Kalau dekat senang sikit nak hantar dan ambik. Suami bawak motor dan saya tak yakin nak bagi anak naik motor dengan suami. #clingymom

Tapi ada jugak kami apply kinder sekitar putrajaya, private & public. Macam kinder di bawah Jabatan Perdana Menteri. Dah dapat dah jawapan. Tapi mengecewakan. "TIDAK LAYAK"

Yang mana entah dikatakan tidak layak. Status gaji kah? Mungkin.

Jadi, selasa lepas saya dan suami meronda-ronda sekitar bangi lepas hantar anak-anak ke taska. Dari satu kinder ke satu kinder kami pergi.

Tanya pasal kekosongan

Tentang yuran bulanan, yuran tahunan

Tentang modul

Dan sebagainya..

Alhamdulillah, tak sampai setengah hari selesai urusan.

Disebabkan ini baru pertama kali nak hantar anak ke kinder, saya tak pasti pula la kadar yuran tahun lepas berbanding tahun ini dan tahun hadapan. Mungkin ada sedikit kenaikan. Biasalah setiap tahun pun akan ada peningkatan kos. Uhukk Uhukk..

Saya cuma boleh bezakan kadar yuran nursery yang saya bayar sekarang dengan kadar kinder yang saya pilih untuk tahun hadapan. Tak jauh beza, kira masih affordable untuk saya.

Ini antara kinder yang saya start survey dari bulan lapan hari tu:-

Akademi Pengajian Al-Fateh (Putrajaya)
Dari segi modul lebih menekankan konsep Islamic, bahasa perantaraan ialah Bahasa Inggeris. Silibus pelajaran, mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Kadar yuran sangat berpatutan. Saya kira masih murah untuk sesi full day, RM390. Yuran tahunan tidak melebihi RM1K, tak silap saya lebih kurang RM800-900+ sahaja. Mungkin ada pertambahan sekiranya parents ingin menambah bilangan pakaian seragam dan lain-lain. Jumlah pelajar seramai 20orang sahaja untuk satu kelas. Ok, ini setakat yang saya sempat fokus, memandangkan saya pergi open day dengan anak-anak. Maka tumpuan saya lebih kepada anak-anak yang tak duduk diam. Haha.

Tadika Jabatan Perdana Menteri (Putrajaya)
Yang ini permohonan adalah melalui sistem atas talian. Suami yang uruskan. Lupa pula saya nak tanya kadar yuran dan lain-lain. Tapi kecewa, sebab permohonan kami tidak layak.

Tadika MAIWP (Putrajaya)
Yang ini pun sekadar dia buka satu hari untuk parents datang ambil borang sahaja. Bayaran untuk ambil borang adalah sebanyak RM20. Tiada pemulangan sekiranya tak jadi. Tidak diterangkan dengan lebih detail. Yuran bulanan lebih kurang RM150+ . Cuma, tadika ini hanya separuh hari sahaja. Kemudian perlu fikir untuk transit pula. Letih mak jemah, kalau ada meeting kesian anak terpaksa tunggu.

Tadika Perpaduan (Putrajaya)
Saya walk in je. On the way balik dari kedai depan rumah, rasa nak melawat tadika berhampiran rumah. Mujur bukak lagi waktu tu. Saya tanya macam mana nak daftar je, Cikgu tadika terus bagi borang pendaftaran. Yuran bulanan RM50 sebulan termasuk kafa, yuran tahunan tak pasti. Tadika ini juga separuh hari sahaja, parents perlu ambil anak-anak selewatnya pukul 1 tengah hari. Kemudian boleh la dihantar ke transit.

Tunas Permata UKM (Bangi)
Alang-alang kerja UKM, saya rasa nak cuba apply walaupun kadang-kadang susah nak dapat. Saya pergi ambik borang dan melawat sekitar tempat. Pada pendapat saya, tempat ni terbuka sangat. Sesiapa pun boleh access masuk. Risau pula, walaupun ada beberapa bilik yang menempatkan pelajar tadika dan bayi. Yuran bulanan tak silap saya tak lebih RM350 pun untuk full day. Murah kan? Khas untuk staf UKM jela. Haha.

The Sunny School House (Bangi)
Ini tadika parent salah seorang bestfriend ammar di taska sekarang. Tadika baru. Mulanya, tadika ni nak di buka di Teras Jernang. Saya dah excited dah sebab laluan saya pergi kerja. Senang la nanti, on the way pergi kerja boleh drop ammar terus. Lepas tu, saya di beritahu tadika ni berpindah tempat ke Seksyen 4 tambahan, Bangi. Jauh jugak lah dari saya sebab bukan laluan pergi kerja. Tadika ni akan buat open day pada 15hb ni. Siapa yang tengah mencari berdekatan area situ boleh la serbu cepat-cepat.

Aulad Perdana/Aulad Centre (Bangi)
Ada 2 cawangan berdekatan di area Bangi. Yuran pun sangat affordable, RM390 untuk full day. Yuran tahunan boleh buat bayaran secara ansuran 2-3 kali, so parents tak payah pening kepala mana nak cari duit untuk full settlement. Yuran tahunan lebih kurang RM1500. Paling best ada pakej family. haha. Macam kalau hantar lebih dari seorang anak, dapatlah pengurangan harga sikit. Untuk anak berumur 2 tahun pun dah didedahkan dengan suasana berlajar dan bermain, macam playschool. Buat masa sekarang ni tak terfikir lagi nak tukarkan Anas ke apa, sebab dah selesa dan puast hati sangat dengan taska sekarang.hihi.

Ana Montessori (Bangi)
Tadika ni tutup pendaftaran awal sebab dah cukup quota, dia reserve untuk anak-anak daycare bawah diorang dulu kemudian baru buka pada orang luar. huhu. Tapi saya pergi jugak la isi borang, kalau-kalau ada kekosongan boleh serapkan Ammar. Yuran bulanan tak silap saya dalam RM 315 (4&5tahun) untuk full day session. Flyer yang dia bagi hilang pulak. haha. Tapi yuran tahunan dia kena bayar dua kali setahun. Kira macam semester la. Dan untuk anak umur 6 tahun wajib ambil kelas renang, bawah 6 tahun optional nak ambik boleh tak nak pun tak apa. Ni memang favorite Ammar la ni, suka main air.

Tadika Haluan Insan (Bangi)
Dua kali pergi ke sini tapi tak dapat jugak berjumpa dengan pengetua tadika. So saya interview melalui telefon je dan minta borang pun melalui email. Yuran bulanan RM390, full day session. Yuran tahunan lebih kurang RM1500+ dan boleh dibayar secara ansuran sebanyak 3 kali (ada pecahan yang dah diberi).

Setakat ni, semua tadika yang saya survey menepati criteria yang saya nak untuk Ammar. Memang saya prefer tadika berciri Islamic. Ada juga yang suggest masukkan tadika yang boleh belajar bahasa mandarin. Bukan tak mau, buat masa sekarang ni otak dia tengah ada kuasa absorb yang sangat hebat. Macam sponge. Apa yang dia dengar, tengok semua dia repeat balik. So saya nak dia absorb banyak-banyak ilmu agama. Kenal Allah, Rasul, Al-Quran.

Nak belajar bahasa lain tu inshaAllah akan diusahakan. Saya sendiri pun belajar bahasa Mandarin masa buat Degree. Hehehe. Belum terlambat kan. Selain yuran yang sangat affordable, saya sebenarnya lebih suka kalau Ammar ada suasana yang selesa untuk belajar. Tak terlalu crowded sangat, teacher yang friendly.

Tahun ni, tahun terakhir dia di taska sekarang. Alhamdulillah hampir 4 tahun, saya bersyukur sangat berjumpa orang-orang yang boleh menjaga, mendidik dan sayang anak-anak saya dan anak-anak orang lain juga macam darah daging sendiri. Allah saje yang dapat membalas segala penat lelah teachers yang pernah menjaga Ammar. Sekarang ni Anas pun saya hantar ditempat yang sama cuma berlainan lokasi, Ammar di House of Toddler, Anas di House of Babies.

Fuhhh, boleh la tarik nafas sebab dapat booked kinder untuk Ammar next year. Lega sikit bila dah dapat tempat. kihkih. Kinder yang mana satu?? Haaa, tu rahsia.

Sedih pulak rasa nak pisahkan Ammar dengan teacher dia sekarang. Haha.