hati

"Hati tanpa benci membentuk jiwa yang tenang dan damai...."

Ketahuilah sekiranya kita berasa iri tanpa sebab, annoying tanpa alasan terhadap orang lain, walaupun perbuatannya tidak kena mengena dengan kita. itu tandanya kita sedang sakit.

mood serius.

to see ugliness in others people is the reflection of the ugliness in our own heart.

sentiasa nampak diri sendiri lebih perfect! - "alaaa dia tu buat baik nak perhatian jeee"

asyik nak menyampah je tengok orang lain. - "sebok je nak plagiat cara haku, tak reti ada style sendiri lerr tu.." #kaupungooglejekakoii #copyfromoneitsplagiarismcopyfromtwoitsresearch

benci - "no reason" #takdealasankukuh #sajenakbenci .. -__-"

hati kita ni, Allah yang pegang, Allah jugak yang berkuasa untuk membolak balik kan. Kalau kita tak jaga hubungan dengan Allah, dah tentu hubungan sesama manusia pun kita tak jaga.

Macam mana nak merawat hati yang sakit?? jom cabar diri untuk perbaiki..

Seek the higher healer. Allah.

Jaga solat. Kalau dulu tak solat, solat lahh. Kalau dulu solat fardhu rompong, baiki lahh. Tips : paksa diri jaga solat fardhu selama 20 hari berturut-turut tanpa gagal, inshaAllah nanti sayanggg nak tinggal solat :)

Solat awal waktu. Aku pun masih lagi perbaiki. Kadang-kadang tanpa sedar dan secara sedar melengah-lengahkan waktu. My bad :/

Berdoa. Kalau tak solat macam mana Allah nak dengar doa kita kan? Mudah-mudahan Allah tetapkan hati kita, Allah campak kan ketenangan dalam diri. so that, kita tak kan rasa sakit hati. Lebih-lebih lagi sakit hati terhadap orang lain :)

Baca al-quran. manfaat yang besar bila kita baca al-quran, menenagkan hati dan menjadi penawar untuk mengubati. Kalau tak pandai baca, belajar.

Belajar memafkan dan memohon maaf. Manusia mana yang tak pernah buat salah. kalau kita salah, belajar minta maaf. Kalau orang lain buat salah pada kita, belajar memaafkan. simple. macam iklan dalam radio, memaafkan tidak mengubah apa yang berlaku, tapi akan mempermudahkan masa hadapan. bak kata orang, buang yang keruh ambil yang jernih. ecehh.

Jaga tutur kata. Marah macam mana pun sekali diri kita, didik hati, lidah, jari supaya tak mengeluarkan kata-kata kesat. Nak menampak kan diri kita tak hipokrit konon dengan mencarut dan sebagainya. tapi apa yang kita carut tu la diri kita. taste your words before you spit them out.
-------------------------------------------------------------------

Tak semua orang suka kan kita, betul.

Bila ada yang tak suka, kita "lawan" lah dengan doa, bukan dengan kata-kata. Jangan didik hati kita membenci orang lain.