Amarah

Sejujurnya saya ni bukanlah seorang yang cepat marah atau melenting..

Ada ketikanya bila keadaan terlalu menekan tu yang buat saya kadang-kadang lupa diri. Yela bila otak tengah serabut, jiwa tengah gundah, badan tengah penat time macam ni la syaitonirojim senang menghasut akal fikiran serta jiwa dan raga..

Sebagai seorang mak contohnya laa.

Tau jela bila budak tengah membesar ni, tahap kesabaran kena tebal. Nak melayan tantrum, nak memujuk, nak kena jadi clown, nak perah otak cari idea bernas mengembalikan mood anak. Saya memang respect habis la emak-emak yang menjaga dan mendidik sendiri anak-anak. Mungkin sebab tu saya di takdirkan untuk menjadi ibu bekerjaya 😂😂 kurang kesabaran kekdahnya. Ada masanya memang kemarahan tu tak dapat dibendung. Lepas dah marah mula la menyesal tak sudah sampai menangis di bucu meja.

Kalau konflik kat tempat kerja pulak..

Dari pengalaman saya masa ada konflik kat ofis dulu. Ada sikit la salah faham antara salah sorang colleague. Kitorang masing-masing ambik pendekatan untuk diam, walaupun sebelum tu ada perang mulut sikit. Bila masing-masing dah malas nak layan benda tak berfaedah, lepas beberapa bulan terus boleh duduk semeja breakfast sama-sama, bergosip, bercerita macam dah tak ada apa yang jadi. Cumanya dah ditakdirkan tak bekerja dalam satu unit yang sama jela. haha. mungkin ada hikmah jugak kot.

Kalau dah masing-masing nak bertekak, tinggi suara, perli-perli, nak menang dalam situasi konflik tu pun tak guna jugak. Sebab bila marah, otak kita ni berfungsi secara separa sedar. Hahh, bila dah kurang sedar tu nampak la segala kebodohan yang kita sorok kan selama ni.

Tak kurang jugak dalam rumahtangga

Tipu la kalau tak pernah bergaduh langsung kan. Bak lagu p.ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit. Biasanya salah sorang kena banyak sabar dan berdiam diri. Saya sejenis yang suka diam dari menjawab. Suami pulak jenis yang membebel lepaskan apa yang terbuku. Contra. Selalunya gaduh pun tak lama mana, puas dia membebel, dia datang la pujuk balik. hahahaha...So win-win situation. Saya biarkan apa je dia nak luahkan tapi saya guna cara halus mendiamkan diri..kihkihkih.

So, sekarang ni bila emosi unstable saya guna kaedah: PAUSE - SILENT

Bila rasa marah. Diam.

Bila kena marah. Diam.

Bila kita diam dari keadaan yang kita tak suka, kita boleh bertenang dan sabar, bila sabar kita boleh berfikir dan bertindak secara rasional. Dan paling penting kita dapat jaga tutur kata atau penulisan kita dari sebarang kata-kata negatif.

Masa muda belia dulu ada la jugak, tak puas hati sikit update status, marah je perli-perli kat twitter. Tak suka je, buat karangan lapan juta patah perkataan kat blog (nasib dah delete banyak cerita tak berfaedah) Jangan beriya sangat nak cari dalam previous post, memang tak kan jumpa dahh. Haha. Bila teringat balik rasa macam bodoh pulak. Entah pape ntah perangai masa muda remaja. Sekarang pun muda jugak, cuma dah jadi remaja purba jela. lebih matang gitewww..

Mungkin faktor usia sekarang ni pun macam dah malas nak melayan hal remeh temeh yang tak mendatangkan faedah. Fokus utama nak membesarkan anak-anak, mencurahkan sepenuh perhatian, cinta, kasih sayang serta membahagiakan orang-orang yang menyayangi saya. Ecehh.

Marah tu kan sifat mazmumah. Elok la bila marah tu kita diam dan cuba bawak bertenang. Bila tak bertenang nanti mula terkeluar macam-macam bahasa dan kata-kata kesat yang tanpa sedar memperbodohkan diri sendiri. Cuba sebelum lepaskan amarah tu ambik cermin dan cermin diri dulu. Buruk kan muka time marah? haaa, macam tu la buruknya bahasa atau perkataan yang akan keluar nanti.

Bila keadaan dah bertenang, emosi dah stabil baru la boleh meluahkan segalanya dengan penuh berhemah. tak gitu??

So, pilihan di tangan anda. pilihlah dengan bijak..



Thanks for reading ✌