Eid 2016

10 Syawal dah hari ni. 
Last kerja 1 julai, lepas tu cuti sampai 11 julai pun macam tak puas lagi. Wuuuwuu 

rindu mak
rindu adik beradik
rindu nak berkepit dengan anak-anak
rindu jerit pekik anak-anak dengan sepupu diorang
rindu kampung halaman
rindu SEMUA nya laaaa..

So, macam mana raya? mesti la seronok gila kann, dapat berkumpul ramai-ramai.

Mengikut MoU rumahtangga yang telah dibentangkan awal puasa, tahun ni giliran sebelah si isteri. kehkeh. Harus laa isteri seronok lebih mengalahkan anak-anak. 

Actly kitorang tak bergaduh pun pasal turn siapa sebab dua-dua pun asal kl, mak aku pun raya turun kl dulu berkumpul dekat rumah peninggalan arwah ayah. mama dengan ayah mertua pun stay kl je so tak de adegan drama sendu tak dapat cium tangan mak ayah di hari raya.

Biasanya kalau pagi raya dah balik segambut, dalam tengah hari atau petang kitorang balik wangsa maju pulak. Raya kedua tu baru aktiviti pulang ke kampung halaman. Kampung suami kat melaka, kampung aku kat johor. Sepelaung je pun. Itu la untungnya kawen dekat. kahkah.

Gambar raya tak berapa nak proper pun. Paham aje lah kalau ada dua ketul hero yang tengah aktif terloncat sana sini. Tahun lepas raya, anas baru 3 bulan kot, keje dia duduk diam-diam jela. Tahun ni raya, dia dah setahun tiga bulan dan tengah seronok test kaki. Baru boleh jalan kot. paham-paham jela kan. Stress mak kau tahu?? 


flower among the beetle katanya

sepantas kilat di ambil menggunakan gopro. haha. tengok anak aku tu, sorang mata melilau tengok tv, sorang lagi tengah sedaya upaya nak melepaskan diri. jadi, ini la family potrait kami untuk raya 2016. ok la tu dari takde. u_u

Lepas kawen ni memang rajin bertema. Tahun ni kalau ikutkan nak warna baby blue atau pun mint green. Aku berkenan pulak nak try pastel color. Tapi masa MIL aku suruh pilih kain, warna baby blue dengan mint green tak de pulak untuk jenis kain yang aku nak. So ambik jela warna desert sand ni. Lagipun dalam banyak-banyak koleksi baju, warna ni yang tak ada.

Baju aku dengan anak-anak, malam raya baru siap. Bertungkus lumus kak ngah aku siapkan jugak. hahaha. Sanggup aku tunggu kat segambut sampai tengah malam. Gara-gara renovate rumah dalam bulan puasa. Kak ngah aku la kesian, dua minggu sebelum raya tu memang dia pulun habis-habisan siapkan tempahan orang. Ada masa tu 24 jam tak tido. fuhh.. So, puasa last tu aku berbuka kat segambut sambil tolong-tolong mak aku siapkan juadah raya. Lepas berbuka tu terus tolong kak ngah aku siapkan baju kitorang anak beranak pulak. Aku tolong yang simple-simple jela macam potong poket baju melayu, potong lace..hahaha. Lepas tu tolong hiburkan hati dia supaya jangan stress siapkan baju aku. kahkah.

Kesudahannya dia sendiri tak ada baju raya. Agaknya macam tu la keje seorang tailor kot.. Biar tak ada baju sendiri, janji baju customer siap. Bertabahlahhh.


inshaAllah tahun depan bertambah lagi 2 orang cucu mak, weheee :) 



haaa ni la dia, budak yang tak reti duduk diam. geram mak kau tau tak?? nasib baik comel. ehh, terpuji anak sendiri pulak.. hahaha.


the boyssss..... gegirl tak geng.


raya kedua, menghabiskan masa di dalam kereta. jem huii. anak aku pun dah memberontak dalam kereta. dah rimas masing-masing. dengan cuaca panas. sabar jela aku. dah siap lawa-lawa siap pusing-pusing shawl habis kena tarik je dengan budak kecik tu.

video

ni raya ke tiga, raya kedua banyak atas jalan je sebab jalan jem balik kampung, dari putrajaya pukul 11 pagi, pukul 4 petang baru sampi tangkak, check in homestay lepas tu beraya rumah mak teh (kakak emak), malam pulak pak mertua adik aku jemput pegi kenduri kat kampung dia, kat sagil. tengok, semua kawen dekat-dekat je. haha.


ni la rumah arwah tok'tan dengan tok'ne (sebelah emak) entry sebelum ni aku pernah cite. dulu kiri kanan tu ladang getah. masa kecik-kecik dulu ladang getah tu la tempat bermain dengan sepupu. syok wehh. sekarang ni dah clear dah, pokok getah pun dah tua, so tebang jela. belakang tu still lagi kebun. kalau musim durian dulu, berkampung kat pondok kebun tunggu durian gugur. nostalgic sungguh...

#throwback raya 2009, ni la kebun getah kat sebelah rumah atok. wuuwuu rindu nak main lastik biji getah T_T



kalau dulu rumah ni la tempat menginap anak beranak, sepupu sepapat. sekarang ni adik emak yang jaga rumah arwah atok. sepupu semua pun dah besar dah kawen. tak best la pulak kan kalau nak tido lambak berjemaah. lagi pun masing-masing ada anak yang tengah menyusu badan. sebab tu sekarang ni kalau balik kampung kitorang menginap kat homestay/hotel je. 



pose wajib, dalam kereta. serbu rumah berikutnya pulak. rasanya ada jugak rumah sedara mara yang tak sempat singgah. kekangan masa, lagi pun petang raya ketiga tu dah nak gerak ke melaka pulak. petang la sangat, pukul 8 malam baru kitorang gerak. haha. FIL aku berapa kali call entah, suami asyik cakap kejap lagi gerak, kejap lagi gerak. banyak la dia punya kejap. bukan aku yang lengah-lengahkan masa. #salahkansuami.

Dari tangkak ke melaka tak la jauh mana pun. sepatutnya dalam sejam je dah sampai. Kitorang gerak pukul 8 malam, puluk 10 lebih baru sampai. Customer service hotel call tanya jadi check in ke tidak. haha. 

Ye, balik melaka pun tido hotel jugak. bukan nak demand ke ape. macam aku cakap kat atas tadi tu la. Hari tu FIL aku cakap rumah penuh, memang takde space nak tido. So seminggu sebelum raya tu suami siap-siap booked hotel untuk dua malam. Masa raya pertama tu pulak, FIL cakap ada bilik kosong kat kampung, tapi disebabkan dah bayar deposit, kitorang decide bermalam kat hotel sehari, esoknya bermalam kat kampung pulak. Jimat seratus lebih. haha..


Sampai hotel pun anak-anak dah tido. Tak jadi nak ke kampung terus jumpa family sebelah suami. Kitorang pun masing-masing dah flat. Terus lelap jela. Pagi esoknya baru ke kampung.



Raya keempat.recycle balik baju 1st raya..hahaha. apa kau fikir aku che ta nak kumpul baju sampai 30 pasang??? Sekarang ni memang aku suka pakai jubah dress simple cenggini je. Tak crowded sangat dengan labuci ke manik ke. Yang penting nursing dan wudhu friendly. Baju raya 1st , kedua, ketiga yg aku pakai ni semua kak ngah aku jahitkan. Ada lagi berapa pasang kain entah tak siap lagi. Kain pun banyak orang bagi, sume aku suruh jait camni je sebab selesa sangat..Sapa nak tempah boleh contact aku..sedia menerima tempahan. #kakngahbayarroyalty 


Untuk kesekian kali, kasi chance laa nak upload. #inikanraya

Lepas bersalam-salaman dengan sedara mara sebelah suami, duduk lepak-lepak jela layan tv. Dalam pukul 3 petang mak aku call bagitau diorang dah sampai melaka. Nak beraya rumah adik aku pulak kat cheng. Siap-siap terus gerak. Adik aku yg bongsu tu dah stay kat melaka. Tetiap tahun tak dapat cuti raya. Sian mak rindu kat anak bongsu..hehe

Itu pun adik aku keje, tapi dia lari kejap sebab nak jumpa mak. Lepas makan-makan, borak kejap terus pegi keje balik.

Lepas tu masing-masing ajak lepak pantai. Port biasa dah tentu la klebang. Bawak anak-anak bersantai kejap. Mak aku dengan adik beradik lain dah nak balik kl hari tu.






Teheee :) Dekat nak maghrib baru masing-masing nak gerak. Ajak mak singgah kampung suami kejap. Mandi kan bebudak yang dah berpasir. Rehat-rehat kejap sebelum diorang balik ke kl. Dalam pukul 8 malam baru diorang bertolak.



Raya kelima. Last cuti. Wuwuwuw kejap betul masa berjalan. No raya outfit dah. Kehkeh. Ambik mood nak kena kerja esoknya. Pagi-pagi dengan tak mandinya, FIL ajak breakfast tepi pantai. Basuh muka, gosok gigi je jawabnya. Lama tak buat camni, keluar tak mandi.haha..



Lepas breakfast, lepak kejap tepi pantai bawak anak-anak main air laut. Kebetulan air tengah pasang, ombak pun kuat. Syok la diorang. Sedar tak sedar sampai ke tengah hari kitorang duduk kat pantai. Saja spent time dengan ayah. Anak-anak aku tu pun jarang jumpa atok dia.

Bila dah rasa terik matahari baru balik rumah, bersiap nak balik. Sobss T_T 

kononnya balik dari melaka tu nak singgah a'famosa freeport, tapi bila dah nak sampai tiba-tiba tukar fikiran tak jadi pegi. pasrah jela suami dengan perangai isteri. Rasa penat pulak berjalan. kahkah. Memikirkan jalan sesak dan memikirkan diri sendiri yang rambang mata kalau shopping. Pergi jpo dulu pun habis beratus untuk baju anak, balik kl tengok brand yang sama tapi harga murah. Ciss! terus insaf.


ayuhh nak, kita pulang ~