Posts

Showing posts from July, 2016

Eid 2016

Image
10 Syawal dah hari ni.  Last kerja 1 julai, lepas tu cuti sampai 11 julai pun macam tak puas lagi. Wuuuwuu 
rindu mak rindu adik beradik rindu nak berkepit dengan anak-anak rindu jerit pekik anak-anak dengan sepupu diorang rindu kampung halaman rindu SEMUA nya laaaa..
So, macam mana raya? mesti la seronok gila kann, dapat berkumpul ramai-ramai.
Mengikut MoU rumahtangga yang telah dibentangkan awal puasa, tahun ni giliran sebelah si isteri. kehkeh. Harus laa isteri seronok lebih mengalahkan anak-anak. 
Actly kitorang tak bergaduh pun pasal turn siapa sebab dua-dua pun asal kl, mak aku pun raya turun kl dulu berkumpul dekat rumah peninggalan arwah ayah. mama dengan ayah mertua pun stay kl je so tak de adegan drama sendu tak dapat cium tangan mak ayah di hari raya.
Biasanya kalau pagi raya dah balik segambut, dalam tengah hari atau petang kitorang balik wangsa maju pulak. Raya kedua tu baru aktiviti pulang ke kampung halaman. Kampung suami kat melaka, kampung aku kat johor. Sepelaung je…