Iftar beramai-ramai dan versi throwback hari raya..

berbuka dengan keluarga tersayang sekali dalam bulan ramadhan ni satu kemestian. jadi acara wajib macam tu la.

seronoknyaaa..

sebab makan beramai-ramai tu yang jadi seronok. dari tak ada selera terus bertukar selera buaya masing-masing.

biasanya dalam awal puasa tu dah start plan. Menu, tempat dan lain-lain. Kitorang tak pernah lagi la iftar beramai-ramai dengan konsep buffet di luar, sebabnya iftar beramai-ramai, berkumpul di rumah itu lebih membahagiakan kami seisi keluarga.

Anak-anak bebas bermain, berlari, bergaduh, bertumbuk (haa lantak sana) tanpa kawalan ketat.

Mak-mak berganding bahu, menyinsing lengan, berlaga bontot (dapur kecik, harap maklong) kelentung-kelentang didapur sambil bergossip diselangi dengan hilai tawa bak langsuir.

Bapak-bapak duduk ruang tamu sebagai penjaga anak-anak.

Kitorang mengamalkan konsep potluck setiap tahun, kadang-kadang datang perangai mengada kami adik-beradik nak suruh emak jugak masak sebab dah lama tak merasa masakan emak. haha.

Tempat pulak memang kebiasaan rumah dekat segambut la jadi hala tuju. Rumah kitorang membesar adik-beradik. rinduuu nyaaa kenangan masa kecik-kecik kat rumah tu T____T setiap bulan balik pun rasa tak puas nak lepas rindu menggamit kenangan proses tumbesaran di sana. Maaf, beremosi tiba-tiba, padahal jarak perjalanan tak sampai sejam pun. kahkah..

Tahun ni masing-masing kata free masa cuti nuzul quran hari tu, laju-laju booked tarikh semua adik beradik supaya kosongkan segala aktiviti pada hari tersebut. Aku ni sebagai event planner setiap tahun, dalam group whatsapp family tu, aku yang selalu bersuara dulu kalau nak buat itu ini, so yang lain menurut perintah je. 

Dan setiap tahun jugak, adik aku yang bongsu tak dapat join. Dia je yang duduk "terpaling jauh" (terpaling jauh means di luar lembah klang) dan kekangan kerja dia. Takpe laaa.

Gambar iftar tahun ni yilekk, nak menepek pun masing-masing muka tak semenggah. Pakaian tak patuh syariah. Letak gambar makanan kang menguji keimanan pulak. Dahhh, skip terus next paragraph. u_u

#throwback

Selalunya seminggu sebelum raya macam ni, masa zaman hingusan masing-masing belum berlaki/berbini kitorang dah kemas rumah sikit-sikit. dah cabut langsir lama, cabut sarung kusyen nak basuh. lap tingkap sikit-sikit. Kena buat seminggu sebelum sebab dua tiga hari sebelum raya tu dah nak balik kampung pulak. Aaaaa rindunyaaaa T____T

Dapat beraya kat kampung tu nikmat dia tak boleh lawan macam pergi holiday tahu???

Sepuluh kali ganda best. Berganding bahu pulak dengan sepupu sepapat mengemas rumah atok. Lepas tu tengok pulak sesi menangkap ayam untuk disembelih, tak main laaa ayam beli wehh. nama pun kampung. tangkap ayam baru lejen. Lepas dah sembelih sesi merebus ayam untuk mencarik-carik bulu ayam. tugas kitorang la tu sebagai anak-anak dara. Mak-mak sebok anyam ketupat, lepas berbuka bapak-bapak nak merebus ketupat. berjaga la sampai ke pagi..

Wuuwuuu serius rindu teramat.

Kampung atok ni jenis rumah sebijik-sebijik, kiri kanan kebun getah, belakang dusun buah..memang feeling desa tercinta betul.

Sekarang ni tok'tan dengan tok'ne (panggilan atok sebelah keluarga mak) dah takde. Suasana raya dah tak macam dulu. Sobss! Tapi meriah la jugak kalau dapat balik kampung.

Tiba-tiba rasa macam kesian pulak kat anak-anak sebab tak merasa suasana macam aku rasa dulu. hahaha.



adik beradik ramai pun seronok jugak. lagipun kitorang memang jenis yang rapat adik-beradik. sangattt rapat. tiba-tiba rasa macam nak bagi ammar dan anas adik beradik yang ramai jugak. hahahahahaha...





Seronoknyaaa, rindunyaaa....