Posts

Showing posts from 2016

Anas Zahrin Setahun Tujuh Bulan

Image
Nak masuk setahun lapan bulan dah pun, tahun depan dua tahun.
How time flies.
Kenapa cepat sangat besar ni?? Next year Ammar 5 tahun, Anas 2 tahun. Ya Allah, cepat sungguh anak-anak ni membesar. Rasa macam baru semalam kepak kepak kebum kebumm kawen. Hahaha..
Awal tahun kawen, hujung tahun keluar seketul, dua tahun berikut keluar lagi seketul.
This cheeky boy banyak sangatt dah akal dia. Sangattt banyak.
Dah boleh bercakap beberapa patah perkataan. Yang boleh mak bapak dia faham la. Cuma sampai sekarang dia susah nak sebut mommy. Ammar pun sampai sekarang tak panggil mommy, dia panggil mimi, kadang-kadang tu ummi. Bila tanya, mommy ke ummi?? Dia akan cakap ummi, bila saya cakap "mommy laaa", dia akan jawab "bukannnn, ummiiii".
Kemain emak nya ponnn nak acah-acah western, anak-anak nak panggilan melayu jugak. Tak kisah lah. Yang mana selesa dia nak meyebut. Haha.
Cheeky boy sorang ni cepat belajar dari apa yang dia tengok.
Abang memanjat, dia pun sama naik memanjat.
Abang be…

Misi mencari kinder

Memandangkan dah bulan 10, kelam kabut jugak la memikirkan kinder untuk ammar next year. Macam tak percaya je saya ada seorang anak yang dah nak bersekolah. Haha.
Set cuti sehari ajak suami pusing-pusing bangi survey kinder yang paling dekat dengan tempat kerja saya. Kalau dekat senang sikit nak hantar dan ambik. Suami bawak motor dan saya tak yakin nak bagi anak naik motor dengan suami. #clingymom
Tapi ada jugak kami apply kinder sekitar putrajaya, private & public. Macam kinder di bawah Jabatan Perdana Menteri. Dah dapat dah jawapan. Tapi mengecewakan. "TIDAK LAYAK"

Yang mana entah dikatakan tidak layak. Status gaji kah? Mungkin.

Jadi, selasa lepas saya dan suami meronda-ronda sekitar bangi lepas hantar anak-anak ke taska. Dari satu kinder ke satu kinder kami pergi.

Tanya pasal kekosongan

Tentang yuran bulanan, yuran tahunan

Tentang modul

Dan sebagainya..

Alhamdulillah, tak sampai setengah hari selesai urusan.

Disebabkan ini baru pertama kali nak hantar anak ke kinder…

Amarah

Sejujurnya saya ni bukanlah seorang yang cepat marah atau melenting..
Ada ketikanya bila keadaan terlalu menekan tu yang buat saya kadang-kadang lupa diri. Yela bila otak tengah serabut, jiwa tengah gundah, badan tengah penat time macam ni la syaitonirojim senang menghasut akal fikiran serta jiwa dan raga..
Sebagai seorang mak contohnya laa.
Tau jela bila budak tengah membesar ni, tahap kesabaran kena tebal. Nak melayan tantrum, nak memujuk, nak kena jadi clown, nak perah otak cari idea bernas mengembalikan mood anak. Saya memang respect habis la emak-emak yang menjaga dan mendidik sendiri anak-anak. Mungkin sebab tu saya di takdirkan untuk menjadi ibu bekerjaya 😂😂 kurang kesabaran kekdahnya. Ada masanya memang kemarahan tu tak dapat dibendung. Lepas dah marah mula la menyesal tak sudah sampai menangis di bucu meja.
Kalau konflik kat tempat kerja pulak..

Dari pengalaman saya masa ada konflik kat ofis dulu. Ada sikit la salah faham antara salah sorang colleague. Kitorang masing-masi…

hati

"Hati tanpa benci membentuk jiwa yang tenang dan damai...."

Ketahuilah sekiranya kita berasa iri tanpa sebab, annoying tanpa alasan terhadap orang lain, walaupun perbuatannya tidak kena mengena dengan kita. itu tandanya kita sedang sakit.

mood serius.

to see ugliness in others people is the reflection of the ugliness in our own heart.

sentiasa nampak diri sendiri lebih perfect! - "alaaa dia tu buat baik nak perhatian jeee"

asyik nak menyampah je tengok orang lain. - "sebok je nak plagiat cara haku, tak reti ada style sendiri lerr tu.." #kaupungooglejekakoii #copyfromoneitsplagiarismcopyfromtwoitsresearch

benci - "no reason" #takdealasankukuh #sajenakbenci .. -__-"

hati kita ni, Allah yang pegang, Allah jugak yang berkuasa untuk membolak balik kan. Kalau kita tak jaga hubungan dengan Allah, dah tentu hubungan sesama manusia pun kita tak jaga.

Macam mana nak merawat hati yang sakit?? jom cabar diri untuk perbaiki..

Seek the higher healer. Al…

Eid 2016

Image
10 Syawal dah hari ni.  Last kerja 1 julai, lepas tu cuti sampai 11 julai pun macam tak puas lagi. Wuuuwuu 
rindu mak rindu adik beradik rindu nak berkepit dengan anak-anak rindu jerit pekik anak-anak dengan sepupu diorang rindu kampung halaman rindu SEMUA nya laaaa..
So, macam mana raya? mesti la seronok gila kann, dapat berkumpul ramai-ramai.
Mengikut MoU rumahtangga yang telah dibentangkan awal puasa, tahun ni giliran sebelah si isteri. kehkeh. Harus laa isteri seronok lebih mengalahkan anak-anak. 
Actly kitorang tak bergaduh pun pasal turn siapa sebab dua-dua pun asal kl, mak aku pun raya turun kl dulu berkumpul dekat rumah peninggalan arwah ayah. mama dengan ayah mertua pun stay kl je so tak de adegan drama sendu tak dapat cium tangan mak ayah di hari raya.
Biasanya kalau pagi raya dah balik segambut, dalam tengah hari atau petang kitorang balik wangsa maju pulak. Raya kedua tu baru aktiviti pulang ke kampung halaman. Kampung suami kat melaka, kampung aku kat johor. Sepelaung je…

Iftar beramai-ramai dan versi throwback hari raya..

Image
berbuka dengan keluarga tersayang sekali dalam bulan ramadhan ni satu kemestian. jadi acara wajib macam tu la.
seronoknyaaa..
sebab makan beramai-ramai tu yang jadi seronok. dari tak ada selera terus bertukar selera buaya masing-masing.
biasanya dalam awal puasa tu dah start plan. Menu, tempat dan lain-lain. Kitorang tak pernah lagi la iftar beramai-ramai dengan konsep buffet di luar, sebabnya iftar beramai-ramai, berkumpul di rumah itu lebih membahagiakan kami seisi keluarga.
Anak-anak bebas bermain, berlari, bergaduh, bertumbuk (haa lantak sana) tanpa kawalan ketat.
Mak-mak berganding bahu, menyinsing lengan, berlaga bontot (dapur kecik, harap maklong) kelentung-kelentang didapur sambil bergossip diselangi dengan hilai tawa bak langsuir.
Bapak-bapak duduk ruang tamu sebagai penjaga anak-anak.
Kitorang mengamalkan konsep potluck setiap tahun, kadang-kadang datang perangai mengada kami adik-beradik nak suruh emak jugak masak sebab dah lama tak merasa masakan emak. haha.
Tempat pulak …