Pentingnya atur waktu tidur anak!

Assalamualaikum..

Lepas sebulan memulakan tugas, menjadi seorang ibu bekerjaya..ada masa lagi ke nak berblog??

Haha! mesti la ada..tapi jarang la kan..masuk-masuk kerja dapat bos baru lagi. belajar sesuaikan diri dengan cara kerja bos baru. nasib baik la dapat bos semua baik-baik belaka. hewhew.

Hari ni rasa macam nak share pasal waktu tidur anak. kenapa aku cakap penting? penting pada aku la, memang sangat, sangat penting! orang lain aku tak tau la penting ke idokk nak set timing anak tido..

Penting supaya;
  • aku boleh memasak/buat housechores yang lain
  • aku ada masa yang berkualiti jugak untuk berehat/tidur/menguruskan diri 

Dulu sebelum ada anak, aku selalu jugak dengar keluhan mak-mak lain pasal anak susah nak tido malam la, tak tido siang la. so, mak-mak ni terkejar-kejar nak buat macam-macam benda kat rumah. nak berak pun tak sempat hoii, anak dok meraung berpaut kat kaki tak bagi pergi jamban. apa kess??

Masa dapat ammar dulu, aku berpantang kat rumah family. anak first kata kan, semua first time.tak tau macam mana nak pegang baby, macam mana nak menyusu baby, mandi/basuh berak/tukar pampers, semua serba serbi first time kan..kena la ada yang membantu. Dah tentu la aku mengharapkan emak aku yang uruskan. masa bersalin ammar dulu mak aku belum pencen lagi, jadi dia ambik cuti seminggu. suami pun dapat cuti paternity seminggu. tapi suami banyak urusan kat luar, nak pergi register nama anak kat jpn, nak inform klinik wife dah bersalin, nak hantar dokumen aku bersalin kat ofis, nak pickup makcik urut, nak hantar makcik urut balik ;'D

Seminggu urusan kat rumah semua mak aku handle. lepas seminggu, mak dengan suami dah start kerja, kak ngah aku pulak take over jaga  sampai la dah habis pantang. nasib baik la ada kak ngah aku, kalau tak dari anak first lagi dah kena berdikari.kehkeh.

Disebabkan ada insan-insan yang membantu mengurus aku dan anak dari basuh baju, sidai baju, mandikan anak, memasak, kemas rumah dan segala-galanya lahh. aku tak ambik kisah sangat pasal timing tido anak. yela aku je yang dok membelek dia doplohpatjam. bila dia nak tido ikut suka hati dia la. time aku nak mandi, makan, berak pun ikut suka hati aku jugak la sebab ada orang yang tolong tengok, pegang anak aku time dia tak tido.haha!

Sampai la habis pantang, aku stay lagi rumah mak sampai hari ke namploh. lepas tu baru balik rumah sendiri menghabiskan sisa cuti. suami dah tentu la kerja kan. tinggal la berdua-duaan dengan anak kecik. haaa kau, hari first kat rumah sendiri agak huru hara jugak keadaan waktu tu. makan pun sempat masak megi je, sambil riba anak sambil makan. pernah jugak sampai suami balik kerja baru aku dapat mandi. haha, punya tak senonoh perangai. nak mebuang isi perut apatah lagi. sebabnya memang aku tak tau langsung macam mana nak manage masa. nak selarikan masa aku dengan anak. kira macam anak tak nak bagi kerjasama la time tu..

Sepanjang sebulan tu memang aku rasa tak terurus langsung. rasa stress, asyik nak mengamuk kat suami je. yela baru nak suap makanan dalam mulut, anak nangis, suami pulak cakap anak lapar nak susu padahal baru 5 minit tadi aku susukan. mau tak mengamuk je kerja aku. haha. masing-masing tengah nak adapt environment baru. aku tak boleh nak salahkan suami, suami pun tak boleh nak salahkan aku. kena sama-sama belajar. 

Lepas 3 bulan, aku dah start kerja balik. aku hantar ammar dekat taska. actually, aku tak berapa yakin nak hantar kat pengasuh kat rumah-rumah ni. sebabnya aku selalu fikir yang pengasuh kat rumah-rumah ni macam makcik-makcik yang dah berumur. aku takut diorang tak pandai handle ebm. pastu takut diorang cakap leceh nak panaskan susu badan. kang terganggu niat aku nak melengkapkan penyusuan anak selama dua tahun. haha. padahal ramai je akak-akak suri rumah muda-muda yang mengasuh anak orang jugak, yang tau macam mana nak handle ebm. aku je malas cari sebab nak kena tanya orang sekeliling..so, cari taska je senang. bukak website jkm, cari yang dekat dengan ofis, call je..

Alhamdulillah, aku berterima kasih betul kat pengasuh taska. Start dia kat taska aku rasa rutin tidur dia lebih teratur. petang, lepas ambik dia kat taska, aku susukan, main-main kejap dengan dia. lepas maghrib dia tido sampai la ke pagi esoknya. dia bangun pun sekadar nak menyusu. tak pernah lagi bangun tengah malam ajak berborak ajak main sampai tiga empat pagi. so, weekend pun aku follow je jadual dia kat taska. bila waktu dia mandi, susu/makan, mandi, tidur. Alhamdulillah, hidup kami suami isteri pun lebih terurus, dapat masa tidur yang berkualiti, masa makan yang berkualiti, masa urus diri yang teratur..haha.

Sampai sekarang ni pun dia tetap ikut rutin taska;

Pukul 8 pagi - mandi -> breakfast -> belajar/main/tengok tv (banyak main jeeeee!)
Pukul 11 pagi - lunch -> diapers change
Pukul 12 t/hari - afternoon nap
Pukul 3 petang - bangun -> main/tengok tv -> mandi -> minum petang -> main/tengok tv
Pukul 9/10 malam - tidurrrrr, sekarang dah tak bangun malam sebab dah wean off.

fuhh, lega jugak la. diantara waktu tidur dia tu aku sempat buat macam-macam. memasak, sidai baju, lipat baju, kemas rumah, makan, minum, melepaskan hajat, tengok tv sambil goyang kaki, menghadap facebook, tidur sekali dan lain-lain kerja yang perlu diselesaikan lah.

Bila lahirnya Anas, aku pulak belajar berpantang sendiri. 100% semua suami uruskan. dari awal aku cuba aturkan rutin anas sama macam ammar. sebulan pertama tu agak mencabar jugak la sebab baby baru lahir ni tengah melalui proses nak biasakan diri dengan kehidupan dia kat luar perut. kadang-kadang sebelum subuh dia dah bangun, lepas tu time nak mandi tu pulak merengek nak tidur. malam pulak berjaga. dah masuk dua bulan lebih macam tu, makin lama dia adapt dengan rutin baru yakni dunia baru dia kat luar perut..mihmih :D kalau ammar tak pergi taska masa aku tengah cuti bersalin hari tu pun kira berjaya lagi handle dua anak kecik. rutin diorang sama, time ammar tidur, anas pun tidur jugak..

Sebenarnya, bila dah ada anak ni, kita yang kena sesuaikan masa kita dengan diorang. kita atur rutin diorang lepas tu kita adjust la sikit rutin kita. macam sebelum ada anak boleh la nak makan macam pengantin tengah makan beradab, nak berkaraoke time mandi, nak berangan kawen dengan anak raja time melepaskan hajat. so, bila dah ada anak sorang, dua, tiga, pat, lima...kena lah berkorban sikit dari segi masa. tak boleh lah nak merungut stress memanjang jaga anak..sesungguhnya bila ada anak baru kita sedar bahawa masa itu emas..hewhewhew~