Ramadhan & Penyusuan #tahunke3

Assalamualaikum..

Ramadhan & Penyusuan..kalau sesiapa yang sudi baca blog aku ni, mesti tau kan setiap tahun, lepas ada anak la. Aku selalu cerita pasal penyusuan dalam bulan puasa.

Alhamdulillah, tahun ni tahun ketiga masih meneruskan rutin menyusukan anak di bulan puasa. InshaAllah kalau di izinkan Allah dapat la puasa penuh lagi tahun ni macam tahun-tahun sudah. 2012, dapat puasa penuh sebab pregnant kan ammar, 2013 dapat lagi puasa penuh sebab menyusukan ammar (tak period selama setahun lebih), 2014 tak dapat penuh sebab period tapi tak tau masa tu pregnantkan anas rupanya..hewhew, 2015 kalau tak ada halangan dan diberi kesihatan yang baik InshaAllah penuh.. :D

Ada beza puasa sambil breastfeed kali ni..kalau dulu, masa bulan puasa ammar dah 7 bulan dan dah start makan solid food. Lagipun tak terasa sangat sebab siang ammar dekat taska so takde direct feed. Cuma aktiviti mengepam kat ofis je. Bagi aku directfeed buat kita lagi cepat lapar, haus, penat segala dari kita mengepam.

Kali ni dua minggu pertama puasa tengah menghabiskan sisa sisa maternity leave. Anas pulak baru masuk dua bulan, menyusu sepenuhnya. Siang antara pukul 10 pagi sampai 4 petang memang bottle feed. Lepas pukul 4 direct feed..tapi disebabkan dia menyusu sepenuhnya aku kena la gigih mengepam untuk stock dia. Stock nak biasakan dia dengan botol dan stock untuk hantar ke taska bulan julai nanti...phewww (lap peluh)

Disebabkan tu, aku dah prepare awal-awal.dari sekarang (actly masa dalam pantang lagi) kena gigih mengepam incase bulan puasa nanti susu drop ke.incase la, idak ler aku mintak perkara-perkara negatif yang jadi...kita kena la prepare kan. Penyusuan ni macam pergi berjuang jugak. Tak kan kau dah kena serang baru nak prepare senjata.haaa, giteww ler..Lagipun aku sebolehnye, semahunye tak nak la bukak puasa sebab perkara yang aku boleh elak dari awal..dah ada stock ebm senang, kalau anak tak puas nyusu panaskan aje ebm yang dah sedia tersimpan rapi.

Alhamdulillah stock ebm untuk anas semakin bertambah dari hari ke hari. Freezer pun dah hampir penuh. Dah tu sekarang aku pulak pening mana nak letak stock ebm lepas ni, suami pulak dah sebok cakap nak beli barang basah ayam, daging segala untuk stock bulan puasa...hahaha.bergaduh-gaduh manja laki bini sebab tak kan nak beli lauk tunjuk hari-hari semata-mata nak bagi space dekat ebm.kahkah. Akhirnya tiga hari lepas pasrah la laki bini survey deep freezer untuk simpan ebm. Survey je, belum decide lagi nak beli yang chest freezer atau upright freezer. Itu pun suami dok bising sebab aku berkenan yang upright freezer dan kosnye dah tentu la mahal sikit dari chest freezer.hahaha..bini demand padahal nak simpan ebm je kottt..

Bab-bab pemakanan untuk mengekalkan kualiti dan kuantiti ibu menyusu aku malas nak cerita dah sebab sebelum-sebelum ni dah penah cerita jadi malas nak repeat benda yang sama tetiap tahun..dekat insta pun aku ada share tips yang boleh membantu banyak kan susu..

Ye, aku baru anak dua.belum expert lagi bab breastfeeding ni tapi aku share berdasarkan pengalaman aku sendiri. Bukan nak tunjuk hebat ke apa. Kalau berguna untuk orang lain, alhamdulillah. Kalau tak pun, aku sendiri boleh refer balik tips penyusuan untuk anak yang seterus seterusnya..agagaga. kemahennn, anak yang sekarang ni masuk dua bulan pun belum aqilah oii :"D

Separuh stock ebm anas tak termasuk kat chiller sebab freezer dah penuh ;p


Alhamdulillah, rezeki anas sama macam ammar dulu. Aku suka tengok orang share gambar stock ebm diorang kat facebook. Sebabnya aku rasa macam tu sumber inspirasi untuk aku gigih nak teruskan penyusuan. Supaya aku tak mengeluh penat mengepam setiap hari untuk bekalkan yang terbaik...Lebih-lebih lagi kalau mak-mak yang bekerja, susah payah "curi masa" mengepam kat ofis. Kalau diorang boleh, aku mesti boleh! Dari gambar-gambar yang diorang share tu la aku ambik semangat..thank u bf mommy sekalian..

Aku selalu fikir dari sudut positif dan bila aku share pun aku niatkan yang positif. Supaya aku dapat inspire mak-mak dan bakal mak yang nak menyusukan anak. Moga Allah jauhkan dari rasa riak... Menyusukan anak kerana Allah.Tapi kalau ada yang pandang dari sudut negatif, terpulang la.hak individu..hehe :D peace!

Haa, aku kalau buat entry kekadang memang lari tajuk sikit. So ok lah, itu je yang nak di bebelkan. Sebulan sekali update blog tapi hari-hari upload gambar anak kat insta. Macam aku sorang ada anak..haha. Kekadang itu pun boleh jadi isu hokey.. Takpe, biarkan manusia dengan sifat ketidakpuashatian mereka. Kita ni jadilah manusia yang bertamadun dan sentiasa positif..kahkah #akuyanguploadkauyangpanas

Sekian, selamat menjalani ibadah puasa yang bakal tiba tak lama lagi..peace yo!