Bahagi kasih..

Assalamualaikum..

Tengah duduk-duduk termenung memikirkan esok sahur nak masak apa ni..haha. teringat masa disahkan pregnant kali kedua yakni mengandungkan si anas.sebab masa puasa tahun lepas sebenarnya dah mengandung tapi tak tau.emak nak fefeeling throwback kejap pepetang ni..

Masa bulan puasa tahun lepas ada jugak la tinggal puasa sebab period..sesiapa yang rajin follow baca blog aku tau la yang aku tak period dekat setahun lebih lepas bersalinkan ammar.kiranya tahun lepas aku datang period lebih kurang 2-3 kali je sebelum aku pregnant balik.memang tak expect langsung kot pregnant..lagipun secara jujurnya aku mengaku waktu tu belum ready lagi nak menambah cahaya mata.ye!aku terlalu obses dengan goal untuk complete kan penyusuan ammar selama dua tahun. Tapi perancangan kita tak dapat menandingi perancangan Allah. Dan sebaik-baik perancang adalah Allah..kena ingat tu sampai bila-bila.

Sampai la lepas raya.aku dok renyah gila kot.pergi panjat bukit ladang teh la, terloncat sana sini masa pergi cameron dengan adik beradik aku. balik je dari cuti raya tolong adik ipar aku (adik suami) pulak cat rumah. Wife dia tengah pregnant anak sulung time tu..memang kitorang tak bagi dia buat keje berat.so suami offer nak tolong..aku on je sebab aku suka mengecat..haha.




Anas dah ada dalam perut lebih kurang 5 minggu :')



Cuma aku perasan yang aku cepat penat je..pergi beraya je ngantuk memanjang, baru mengecat sikit benti, lepas tu bantai tido.haha..serius letih yakmatt..tapi takde la syak apa-apa.aku fikir mungkin sebab penat kot baru balik dari beraya, pastu pegi cameron lagi..

Sampai la dah masuk kerja balik..tiba-tiba terperasan macam dah lewat sepuluh hari datang period. Mula-mula tak syak pape yela sebab aku kan baru datang period balik.mungkin hormon belum stabil kot.aku bagitau suami, suami pun fikir apa yang aku fikir..hormon tak stabil lagi katanya!

Kuat betul naluri time ni bagitau ammar nak jadi abang walaupun belum check lagi..hehe


Tapi entah la..naluri aku time tu kuat betul pengaruh suruh beli pregnancy test.time lunch je, zasss pergi bangi gateway cari farmasi..beli la kit pregnancy test yang paling murah rm8, ada dua. Sampai ofis terus test..nak meredakan hati aku yang gundah gulana tu..macam mana kalau pregnant lagi??dah ready ke aku ni??boleh ke terus menyusukan ammar?? Allah, time tu memang serabut la..terus istighfar, anak tu kan rezeki. Allah dah bagi aku rezeki nak merasa lagi sekali mengandung, bersalin..kenapa dengan aku ni??



Ya Allah, bila tengok muka anas sekarang rasa macam bodoh gila biar syaitonnn menghasut fikiran aku..tenangnya jiwa raga emak tengok muka anak yang tak ada dosa ni. Mana mungkin tak ready nak ada anak secomel ni.. :') tskk

Masa tu belum buat test lagi tapi dah fikir macam-macam..haihh. Sampai je ofis terus buat test..berdeborrr hati emak tau. Macam test kali pertama nak dapat anak...dua line clear, memang tak syakkk lagi.naluri orang pompuan ni memang selalu betul..

Lepas tu terus wassap suami..simple je ayat aku, "inshaAllah, ammar nak jadi abang tak lama lagi.." siap hantar gambar pregnancy test tu..suami pulak reply "haa?betul ke??alhamdulillah..." itu je dia reply, sabo jela..haha.

Esoknya aku pegi klinik untuk confirm kan. Doktor scan nak tengok dah berapa minggu. Time tu dah nampak heartbeat baby berkelip-kelip. Ya Allah, automatik dari perasaan kosong terus rasa happy teramat macam first time mengandung. Hilang segala benda-benda negatif yang aku fikir..rasa bahagia, rasa teruja. Syukur, dapat merasa sekali lagi nikmat menjadi ibu yang mana semua wanita berkahwin impikan..


anas dah 7 minggu rupanya, 1st time tengok dia dalam perut.jantung berkelip-kelip..Allah, happynye emak!

Sebab rasa teruja tu la kadang-kadang terover share dalam insta..maafkan dahku wahai followers yang ada.balik-balik upload cite mengandung, balik-balik upload cite anak..haha. selagi tak melanggar hukum tak salah ye dakk?? Asalkan niat yang betul dan bukan untuk menunjuk..kalau ada yang terasa hati ke, termenyampah ke..u ols unfollow jela ye..mahapkan kekhilafan hamba yang tiada niat berbuat begitu..cuma merakamkan rasa gembira untuk diri sendiri sahaja..kihkih..

Kalau dulu anak sorang, 100% perhatian, kasih sayang, jiwa raga memang untuk dia sorang. Masa tengah mengandung tu terfikir jugak macam mana ye nak bahagi kasih sayang, boleh ke bagi sama rata?boleh ke adil?agagaga cara aku fikir tu macam nak berpoligami kau tau?? Aku ni memang suka mengusutkan fikiran sendiri dengan soklan merepek merapu meraban..pehtu tanya berjuta kali dekat suami.kau ghasee dia nak layan?? Sekali dua boleh lerrr, masuk tiga pat kali aku tanya soklan sama dia boo layan je..tak koser nak menjawab..hahaha..pasrah la dapat bini macam ni wahai suami..


anas beberapa jam kat luar perut..dan ada rambut..haha

Sampai la lahirnya anas, hebatnya hati dan perasaan ibu yang Allah bagi..kasih sayang pada anak-anak tak pernah terbahagi..sama rata je.kalau aku sayang ammar 200%, anas jugak aku sayang 200%..dah tau anak ketiga, empat dan seterusnya (kalau ada rezeki lagi, inshaAllah) mesti sama jugak level kasih sayang tu..tak ada sorang maka tak lengkap la jiwa emak..



"Allahummarhamhu faiini arhamhu.."
Ya Allah, kurniakanlah kasih sayang Mu kepadanya, kerana aku menyayanginya...